Sertai ACCESSTRADE Malaysia's Performance Growth Summit 2021 untuk Pemasaran Digital


Apa itu pemasaran affiliate dan adakah ia menguntungkan? Bagaimana anda dapat berdiri seiring dengan trend terkini dalam pemasaran digital? Adakah sumber pendapatan anda bergantung pada pemasaran digital? Atau adakah pemasaran digital adalah sebahagian besar daripada strategi pemasaran jenama anda? Jika jawapan anda ya, jadi sangat penting bagi anda untuk mengetahui perkembangan terkini dalam pemasaran digital.

ACCESSTRADE Malaysia's Performance Growth Summit 2021

Sertai ACCESSTRADE Malaysia's Performance Growth Summit (PGS) 2021 untuk mendapatkan pandangan mengenai trend semasa dan masa depan pemasaran digital di Malaysia. Dengan slogan 'MOVING TOWARDS DIGITALIZATION', PGS 2021 bertujuan untuk meneroka bagaimana dunia digital memberi kesan yang baik terhadap ekonomi dan mendapatkan pandangan bagi bertahan dalam wabak yang mencabar ini.


Dengan menyertai PGS 2021, anda dapat:

➔ Meningkatkan prestasi perniagaan anda di tengah wabak

➔ Mengetahui trend terbaru strategi pemasaran digital dari pakar

➔ Berhubung dengan pemimpin dalam industri dan mengembangkan rangkaian profesional

➔ Menjalin perkongsian baru dalam platform pemasaran prestasi terbaik

➔ Menyertai Perbincangan Panel "Petua Masa Depan Dan Trend Prospek Pemasaran Prestasi Pada 2022"


Sertai Perbincangan Panel "Tips Masa Depan Dan Trend Prospek Pemasaran Prestasi Bagi Tahun 2022"


ACCESSTRADE Malaysia's Performance Growth Summit 2021

Dunia pemasaran digital, terutamanya pemasaran prestasi sedang berkembang pesat. Gagal mengikuti perkembangan dan menyesuaikan diri dengan trend ini membuatkan anda hanya kembali kepada matlamat asas pemasaran, dan akhirnya mempengaruhi pendapatan anda. Tidak cukup sekadar mengetahui apa yang berubah tetapi anda perlu meramal dan menjangkakan pertumbuhan seterusnya untuk berada di hadapan.


Ketahui apa yang diramalkan oleh pakar industri bagi tahun 2022 untuk memastikan anda mempunyai cukup maklumat membuat perancangan dan menyusun langkah untuk tahun depan. Rakan sokongan PGS 2021 adalah Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).


Dikendalikan oleh Hayato Nakata, Ketua Pegawai Eksekutif ACCESSTRADE Malaysia & COO ACCESSTRADE Singapura, perbincangan panel akan menampilkan Ayush Goyal, Pengarah Urusan di Optimize Media SEA, Raymond Siva, Naib Presiden Kanan, Pelaburan dan Jenama, Ketua Pegawai Pemasaran di MDEC, dan Alejandro Kikuchi, Ketua Asia di Workana.


Selain daripada perbincangan panel, anda juga akan berpeluang mendengar sesi perkongsian yang menampilkan pemimpin industri:


  • Alina Kaspryk, Pengarah Perkongsian Afiliasi di APAC MGID

          Topik: Pemasaran Prestasi; Memanfaatkan Kekuatan Iklan Organik

          Topik: Merancang lebih pintar, lebih pantas dan lebih mudah untuk pertumbuhan perniagaan

  • Francesca Chia, Pengasas Bersama GoGet

          Topik: Pelajaran terbesar yang diperoleh semasa membina jenama semasa wabak

  • Nick Shigov [Keynote Speaker], Ketua Pembangunan Perniagaan di Indoleads.com

          Topik: Model CPS pemasaran affiliate sebagai masa depan pemasaran pengaruh semasa wabak


Daftar Untuk PGS 2021 Hari Ini


ACCESSTRADE Malaysia's Performance Growth Summit 2021

DAFTAR SEKARANG untuk menempah tempat anda dan teruskan perjalanan pemasaran affiliate anda ke tahap yang baru! Klik untuk lihat acara penuh di sini.

Berikut adalah perincian acara:


Tarikh: 11 September 2021 (Sabtu)

Masa: 10:00 pagi - 3:00 petang

Platform Acara: Pautan acara maya akan dikongsi selepas pendaftaran melalui Eventbrite


Bayaran: RM10* atau dapatkan PROMO 500 AWAL PERCUMA (tiket percuma). Tiket percuma akan diberikan berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat. Cepat mendaftar kerana hanya tinggal 200 sahaja lagi kerusi percuma!


* Sebarang sumbangan akan disalurkan sepenuhnya kepada mereka yang memerlukan: Persatuan Kebajikan Warga Tua & Kanak Kanak Wilayah Persekutuan (kanak-kanak dan orang dewasa yang didera, ditinggalkan, diabaikan atau berisiko).


ACCESSTRADE Malaysia's Performance Growth Summit 2021

Sertailah kami dan sertai aktiviti giveaway selama 30 minit seperti aktiviti putaran roda, cabutan bertuah serta 'tag dan menang' dalam peraduan media sosial yang disertakan dengan hadiah hebat untuk para pemenang. Pelbagai hadiah disediakan seperti baucar Tealive, Grab Food, dan Starbucks, serta hadiah istimewa bernilai sehingga RM300 (mengikut T&C).


ACCESSTRADE Malaysia's Performance Growth Summit 2021

Hadirin yang mengambil bahagian dalam acara ini sehingga berakhir akan menerima e-sijil sebagai tanda penghargaan kami. Nantikan maklumat terkini mengenai PGS 2021 dengan mengikuti halaman Facebook dan Instagram kami!


DAFTAR SEKARANG!

Catat Ulasan

0 Ulasan