Juadah Nostalgia Ramadan Mudah dan Berkhasiat dengan Ayam Brand

 

Tak seronok Ramadan tanpa juadah kuih-muih dan tak lengkap pula juadah kuih-muih tanpa santan sebagai bahan tambahan dalam penyediaannya. Rasa yang lemak berkrim dan sihat untuk hidangan seisi keluarga, kehadiran santan amat diperlukan bagi golongan suri dapur bagi menceriakan suasana Ramadan dan Hari Raya buat rakyat Malaysia.


Meskipun kelapa segar sedap rasanya namun proses pengekstrakan untuk mendapatkan santan mengambil masa yang panjang dan cerewet. Selain itu, kebanyakan masyarakat Malaysia amat sibuk dengan gaya kerja namun mereka tetap bimbang dengan masalah kesihatan yang bakal dihadapi melalui pengambilan makanan yang tidak sihat. 


Bagai memahami kesukaran rakyat Malaysia yang rindu akan rasa kuih pada zaman kanak-kanak, Ayam Brand tampil menyediakan santan kelapa yang enak dan mudah didapatkan sejak beberapa dekad lalu. Santan Ayam Brand™ diperah dengan bersih daripada kelapa-kelapa matang yang terpilih. Ia kemudian disimpan di dalam pek-pek tetra yang mudah, menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT). Santan ini setaraf santan yang diperah menggunakan tangan, tetapi lebih mudah kerana tidak memerlukan proses cucian selepas itu. 

Juadah Nostalgia Ramadan Mudah dan Berkhasiat

Terdapat tiga pilihan santan Ayam Brand yang boleh digunakan mengikut tahap lemak yang berbeza. Pengguna boleh memilih samada untuk menggunakan Santan Ayam Brand™ atau Santan Trim Ayam Brand™ yang mempunyai 45% kurang lemak serta Santan Super Light Ayam Brand™ yang hanya mengandungi 5% lemak.


Bersempena dengan bulan Ramadan dan Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Ayam Brand telah memperkenalkan Santan Ayam Brand™ 200ml dengan pek mudah dibuka Pek Edisi Terhad ini didatangkan supaya pengguna boleh menggunakannya hanya ketika perlu, tutup penutup dan sejukkan selebihnya untuk digunakan kemudian hari. Pek baharu tetapi dengan resipi santan yang sama.


Jika berkunjung ke bazar Ramadan, umum pasti sedar bahawa juadah nostalgia kegemaran yang sedap dan berkhasiat tidak selalunya mudah untuk didapatkan. Oleh itu, pencipta resipi Ayam Brand™ telah memperkenalkan lima resipi tradisional menggunakan santan yang boleh dicuba di rumah. Resipi ini telah diolah dengan teliti melalui kerjasama pakar pemakanan bagi mengikut kesesuaian kelengkapan dapur di rumah dengan kandungan rendah gula dan lemak.


Kuih-muih tradisional seperti kuih Akok dari Pantai Timur, kuih Tako yang juga dikenali sebagai kuih Limas dari Selatan, Bubur Pulut Hitam dari Utara, kuih Seri Muka Labu Kuning dari Kelantan dan sagu gula Melaka pasti mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak di kampung halaman. Kesemua kuih ini merupakan juadah nostalgia yang mempunyai rasa lemak berkrim dan diperbuat daripada Santan Ayam Brand™. Ia juga mudah disediakan dan berkhasiat!


Jadi, apa tunggu lagi? Jom cuba Santan Ayam Brand™ pek mudah buka 200ml untuk Ramadan dan Hari Raya tahun ni! Jangan lupa juga untuk sertai pertandingan Ayam Brand Masak dan Menang. Caranya mudah sahaja, hanya perlu ambil gambar masakan yang dibuat menggunakan Santan Ayam Brand™ dan muat naik ke akaun Facebook atau Instagram dengan hashtag #santanayambrand. Peluang untuk memenangi hadiah lumayan all-in-one cooker Innochef yang bernilai sehingga RM17,200! Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ayambrand.com.my/masakdanmenang.


Juadah Nostalgia Ramadan Mudah dan Berkhasiat


1. Kuih Akok yang Mudah dan Pantas

Hanya perlukan acuan mufin dan ketuhar sahaja! Didihkan gula Melaka bersama daun pandan yang telah dihiris nipis sehingga gula Melaka larut dan berbau wangi. Alihkan periuk dari dapur dan masukkan Santan Ayam Brand™ secara perlahan ke dalam periuk. Biarkan campuran tersebut sejuk. Sementara itu, panaskan ketuhar, dan sapukan minyak ke dalam acuan mufin. Masukkan telur dan tepung yang telah diayak ke dalam periuk yang mengandungi campuran santan dan gula Melaka dan kacau sehingga sebati. Tuang adunan tersebut ke dalam acuan mufin. Bakar selama 25 minit atau sehingga warna permukaan kuih menjadi perang.


Juadah Nostalgia Ramadan Mudah dan Berkhasiat

Tips Sihat:

Mengurangkan kuantiti gula Melaka akan mengurangkan rasa karamel. Jangan gantikan gula melaka dengan gula putih kerana ia akan menjejaskan rasa kuih Akok. Gunakan Santan Super Light Ayam Brand™ yang hanya mengandungi 5% lemak jika inginkan kuih dengan kadar lemak yang lebih rendah.


2. Kuih Tako (juga dikenali sebagai Kuih Limas)

Kuih Tako atau kuih Limas adalah sama seperti kuih Tepung Pelita tetapi mengandungi elemen manis atau rangup. Kemungkinan besar kuih ini sukar didapati di bazar-bazar Ramadan kerana memerlukan langkah tambahan iaitu penambahan elemen manis atau rangup tersebut. Mari kita lihat resipi mudah daripada Ayam Brand™ yang menggunakan jagung manis dan sengkuang Cina sebagai inti rahsia untuk tekstur dan serat.


Langkah pertama ialah untuk membuat 30 kelongsong kuih tako menggunakan daun pandan. Ini merupakan aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak yang ingin membantu. Seterusnya, sediakan lapisan bawah dengan mencampurkan tepung kacang hijau, gula, garam dan air. Masak adunan tersebut di atas api yang sederhana sehingga pekat, dan padamkan api. Letakkan sengkuang Cina ke dalam setiap kelongsong dan tuang adunan ke dalamnya. Biarkan sejuk.


Untuk lapisan atas, campurkan santan, tepung kacang hijau dan air ke dalam periuk yang lain, dan kacau sehingga pekat. Tuang aduan lapisan atas ke dalam kelongsong dan hiaskan dengan sesudu kecil jagung manis. Simpan di dalam peti sejuk. Sesuai dijadikan juadah ketika sahur!


Juadah Nostalgia Ramadan Mudah dan Berkhasiat

Tips Sihat:

Sukatan gula untuk resipi ini telah dikurangkan supaya ia tidak terlalu manis. Tepung kacang hijau, Jagung Manis Ayam Brand™ dan sengkuang Cina menambahkan serat dan vitamin. Apabila dimakan pada waktu Sahur dalam keadaan sejuk, ia mampu membekalkan tenaga yang mencukupi bagi sepanjang hari.


3. Bubur Pulut Hitam

Bubur pulut hitam adalah juadah enak, menyihatkan dan mudah disediakan. Boleh disediakan mengikut citarasa sendiri. Masakkan pulut hitam, daun pandan dan air di dalam periuk yang bertutup dengan api perlahan. Reneh adunan tersebut selama sejam atau sehingga pulut hitam telah lembut. Pada masa yang sama, panaskan santan, garam dan gula secukup rasa. Untuk menghidangkannya, masukkan bubur pulut hitam ke dalam mangkuk and tuang campuran santan ke atasnya.


Juadah Nostalgia Ramadan Mudah dan Berkhasiat

Tips Sihat:

Kurangkan masa penyediaan juadah ini dengan menggunakan periuk tekanan. Boleh juga panaskan campuran santan di dalam ketuhar mikro selain daripada menggunakan dapur. Pilihan alat-alat elektrik yang lain juga boleh digunakan untuk memasak. Hidangan ini boleh disediakan dalam kuantiti besar supaya boleh disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan untuk dinikmati semasa berbuka puasa atau bersahur pada hari lain.


4. Kuih Seri Muka Labu

Kuih Seri Muka yang dikenali dengan lapisan bawah pulut yang berlemak dan lapisan atas kastard pandan hijau mudah didapati di mana-mana. Namun, kuih Seri Muka Labu agak sukar ditemui di bazar-bazar Ramadan kerana ia biasanya dibuat hanya untuk suka-suka.


Resipi untuk lapisan bawah pulut boleh didapati di laman web Ayam Brand™. Untuk proses penyediaan kastard labu, gaul telur, santan, isi labu yang telah direbus dan dilenyekkan serta gula dan tepung sehingga sebati. Gunakan teknik double boil untuk menghasilkan kastard yang halus dan licin.


Tekan pulut ke dalam acuan sehingga padat supaya boleh mengekalkan bentuknya apabila dipotong nanti. Gunakan penapis untuk menuangkan kastard labu ke atas pulut tadi. Kukus di atas api sederhana. Pastikan kuih sudah sejuk sebelum dipotong secara tradisi dalam bentuk berlian.


Juadah Nostalgia Ramadan Mudah dan Berkhasiat

Tips Sihat:

Guna periuk nasi elektrik untuk menyediakan lapisan bawah. Memandangkan isi labu manis secara semula jadi, boleh kurangkan sukatan gula mengikut cita rasa. Telur adalah sumber protein manakala labu dan santan menambahkan serat, vitamin dan perisa untuk menghasilkan juadah berbuka puasa yang enak.


5. Sagu Gula Melaka

Ini merupakan salah satu juadah yang diminati ramai namun versi komersilnya kerap menghampakan atas sebab kekurangan sagu dan santan, manakala gula Melaka tidak wangi dan tidak mempunyai tekstur karamel. Setelah mencuba resipi mudah ini, anda pasti tidak akan kembali ke bazar untuk membeli sagu gula Melaka lagi


Renehkan sagu di dalam periuk yang mengandungi air panas selama 30 minit dan kacau dengan kerap supaya sagu tidak melekat di periuk. Sementara menunggu sagu masak, panaskan santan bersama air dan garam. Biarkan sejuk. Potong gula Melaka menjadi bentuk dadu dan panaskan sehingga terbit bau wangi. Untuk menghidangkannya, letakkan sagu di dalam mangkuk dan tuang santan dan gula Melaka yang telah dicairkan.


Juadah Nostalgia Ramadan Mudah dan Berkhasiat

Tip Sihat:

Bagi resipi kuih yang lebih sihat, boleh juga kurangkan gula Melaka dan gula perang semasa penyediannya. Untuk rasa lebih enak, panaskan gula Melaka sehingga ia menjadi karamel.


Begitulah caranya Ayam Brand membangkitkan nostalgia juadah Ramadhan! Ramadhan Karim. Dapatkan semua resipi di atas dan banyak lagi di www.ayambrand.com.my. Jom mula memasak juadah nostalgia Ramadan yang mudah dan berkhasiat dengan Ayam Brand dan jangan lupa untuk sertai peraduan Ayam Brand ya!

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. jenama yang tidak asing lagi buat saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, dari kecil hingga dah tua saya membesar dengan jenama ni :)

      Padam
  2. Bubur pulut hitam tu lama xmkn. Menarik bila ayam brand bt mcm ni. Boleh pilih nk guna yg mana ikut menu masakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harini saya nak masak nasi lemak, guna Ayam Brand juga :)

      Padam
  3. ayam brand ni selalu yg sy beli sardin laa... santan, tu kdg2 je😊

    BalasPadam