Resepi Roti Sosej Gulung yang Senang


Resepi Roti Sosej Gulung Senang | Bila anak-anak dah makin membesar ni, memasak merupakan perkara wajib untuk surirumah macam saya. Tiap kali tiba waktu petang, kalau takde aktiviti mengunyah rasa macam tak sah pula sebab kami semua memang suka makan tak kira masa. Jadinya kalau time rajin datang bertandang, maka berasapla dapur waktu petang untuk menu hi-tea. Antara menu petang yang boleh dihidangkan antaranya adalah roti sosej gulung.


Senang sangat sebenarnya nak buat roti gulung sosej ni. Cukup bahan boleh terus masak. Kebetulan kalau jadi macam keluarga saya, stock roti sentiasa ada makanya boleh terus buat menu roti sosej gulung petang ni juga. Katakan kalau takde sosej, boleh ganti dengan sardin. Jadilah menu roti gulung sardin. Ha, senang kan?

Cara Buat Roti Sosej Gulung

Tak perlu pening kepala samada nak tukar letak sardin atau sosej kat dalam roti, semua boleh. Cuma kena guna kreativiti mak-mak sikitlah, kalau tak cukup bahan kita ganti tukar dengan bahan lain. Tapi jangan tersalah pilih jenama sardin yang bercacing, takut nanti jadi peristiwa macam saya pulak. Loya nak makan. Pastikan check dulu senarai jenama sardin yang bercacing ni supaya tak termuntah di kemudian hari.


Menu roti sosej gulung ni bukan saja sedap, ia juga senang disediakan dan kena dengan selera anak-anak. Anak bila nampak sosej, takkan nak tolak kan? Jadi, sementara mereka bermain di luar, saya boleh goreng roti sosej gulung untuk hidangan petang. Bila mereka dah kelaparan, hidangkan roti sosej gulung sambil minum teh. Senang kan.


Kalau dulu saya selalu ada masalah untuk simpan stok roti di rumah, sekarang dah takde masalah tu. Iyelah, simpan tak sampai seminggu tapi roti dah expired dan rosak. Kebiasaannya expiry date untuk roti ni tahan dalam empat hingga lima hari saja, lepas itu dah tak boleh makan kerana berkulat. Sebenarnya senang je nak pastikan roti tahan lama dan boleh tetap dimakan walaupun dah dua minggu disimpan. Boleh check tips simpan roti tahan lama ni.


Kembali pada cara buat roti sosej gulung ini, bahan yang diperlukan tak banyak ye. Proses penyediaan pun ambil masa tak sampai 30 minit pun. Jadi kalau ada semua bahan ini di dapur rumah, apa kata petang ni kita buat menu roti sosej gulung untuk minum petang.

Resepi Roti Sosej Gulung

Bahan-bahan

Roti
Sosej
Kepingan cheese
Serbuk roti
Sebiji telur yang dikacau sebati
Satu sudu tepung gandum dibancuh bersama satu sudu air

Cara Penyediaan

1. Sosej direbus dalam anggaran 5 minit dan di toskan.
2. Ambil sekeping roti dan letak sekeping cheese di atas roti.
3. Letak sebatang sosej ke atas lapisan cheese dan gulung roti mengikut bentuk sosej.
4. Di hujung roti, letak sedikit bancuhan tepung gandum sebagai pelekat.
5. Kemudian masukkan roti ke dalam telur yang telah dihancurkan dan sekatakan.
6. Masukkan pula roti ke dalam serbuk roti dan sekatakan.
7. Goreng dalam minyak panas.
8. Siap!


Makan roti sosej gulung panas-panas sambil pekena teh o dan duduk bersantai depan tv bersama keluarga adalah saat yang perlu dihargai bersama okay. Sementara masih bersama keluarga, hargai mereka seadanya kerana mereka tidak akan selamanya bersama kita. Mana tau lepas ni sorang nak ke tandas, sorang nak ke dapur..jadi hargai insan tersayang :P


Klik video untuk tengok cara buat roti sosej gulung yang senang ini. Kalau rasa nak subscribe pun dialu-alukan sangatlah. Thanks in advance ye :)

Catat Komen

7 Ulasan

  1. Wahhh dah jadi youtuber lahh akak comel sorang ni ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak saja2 la buat Hana. Dah subscribe belum? Wajib subs okeh, kata nak belajar masak kan? :P

      Padam
  2. Husband Nurul suka la finger food macam ni. Macam budak2. Hahaha. Maybe boleh buat untuk dia nanti (kalau rajin hihih)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni bukan finger food dah Nurul, besaq okeh nak makan semua. Jenuh nak habiskan :D

      Padam