Fesyen Baju Merdeka Kanak-Kanak Pra Sekolah Kebangsaan Padang Midin


Teruja saya hari ini apabila berpeluang melihat kakak beraksi di atas pentas sekolah menggayakan baju merdekanya yang pertama. Sebelum ini saya tidak pernah bercerita tentang sesi persekolahan kakak memandangkan ibu bapa tidak digalakkan untuk hadir ke kebanyakan acara besar di sekolah.



Jadi, untuk kebanyakan peristiwa seperti hari pertama masuk ke sekolah atau sambutan hari sukaneka di sekolah, kami tidak dapat sertainya. Namun pada hari ini, 15 September 2019, pihak sekolah mengadakan sambutan Hari Malaysia. Jadi, kakak juga tidak lepaskan peluang untuk turut serta dalam acara pertunjukan fesyen baju merdeka bagi kanak-kanak pra Sekolah Kebangsaan Padang Midin.

Fesyen Baju Merdeka Kanak-Kanak Pra Sekolah Kebangsaan Padang Midin

Kebetulan seorang guru kelas kakak cuti dan tidak dapat hadir untuk membantu pelajar mengenakan persalinan baju merdeka, jadi ibu bapa pelajar yang menyertai pertunjukan fesyen ini digalakkan hadir untuk turut membantu menyediakan pelajar bersiap. Apa lagi, saya tidak lepaskan peluang untuk turut serta dalam sesi ini. 


Iyelah, peluang sekali sekala je kan, susah pula lepas ini mahu turut serta lagi dalam program persekolahan kakak. Apa yang paling tidak disangka-sangka adalah suami saya turut hadir untuk melihat kakak menggayakan baju merdekanya. Sedar-sedar beliau dah sampai depan pintu kelas. Anak sulunglah katakan, terlebih excited pula.


Fesyen Baju Merdeka Kanak-Kanak Pra Sekolah Kebangsaan Padang Midin


Macam-macam fesyen baju merdeka yang cantik dan menarik dipakai oleh kawan-kawan sekelas kakak. Baju kakak pun cuma last minit disiapkan oleh Moksu Atikah dan niat kami hanya mahu kakak mendapat pengalaman menggayakan baju merdeka. 


Jadi, tiada fancy accessories yang kami beli dan sesungguhnya kami tiada pengalaman menghias pakaian merdeka. Langsung tidak terfikir pun mahu pakaikan kakak tiara atau rantai. Sabar je lah ye kakak dapat makpak macam ni.

Fesyen Baju Merdeka Kanak-Kanak Pra Sekolah Kebangsaan Padang Midin

Bagi yang tengah mencari idea untuk fesyen baju merdeka kanak-kanak perempuan dan fesyen baju merdeka kanak-kanak lelaki, boleh tengok contoh daripada baju merdeka yang dipakai oleh pelajar pra dari Sekolah Kebangsaan Padang Midin. Yang penting semua baju merdeka mereka cantik-cantik dan segak belaka.


Fesyen Baju Merdeka Kanak-Kanak Perempuan


Fesyen Baju Merdeka Kanak-Kanak Pra Sekolah Kebangsaan Padang Midin

Fesyen Baju Merdeka Kanak-Kanak Pra Sekolah Kebangsaan Padang Midin


Fesyen Baju Merdeka Kanak-Kanak Lelaki


Fesyen Baju Merdeka Kanak-Kanak Pra Sekolah Kebangsaan Padang Midin
Fesyen Baju Merdeka Kanak-Kanak Pra Sekolah Kebangsaan Padang Midin

Semua kawan-kawan kakak comel-comel dan kiut je dalam persalinan baju merdeka masing-masing. Tapi tak dilupakan juga buat kawan-kawan kakak yang tidak turut serta dalam pertunjukan merdeka ini, kita save juga gambar mereka di sini buat kenangan kakak di masa depan.

Fesyen Baju Merdeka Kanak-Kanak Pra Sekolah Kebangsaan Padang Midin

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada umi dan cikgu kakak yang telah mendidik kakak menjadi insan berguna, jasamu amat bernilai dan tidak terbalas. Semoga semua anak-anak didik cikgu berjaya dunia dan akhirat. Aamiin..

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. wahhhhh meriahnya. comel comel semua.

    by the way, if you dont mind boleh tak pergi blog saya, unfollow blog saya lepastu follow balik? sebab saya tukar link blog baru. takut tak masuk dalam reading list. thankyou in advance. if awak tak kisah lah

    BalasPadam
  2. Comelnyaaaaa! Kenapa masa dulu kiteorang takda cmni haha takaciiiii.


    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/09/temporary-mini-library-2019.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah melawat mini library Ika. Nak juga sebiji macamtu kat rumah tapi rasanya dah tak cukup space nak letak. Penuh dah satu rumah akak..

      Padam
  3. kemain ko lagi dik.... berfesyen sakan ya ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala auntie ni, kasi can la nak cantik sekali-sekala macam auntie :P

      Padam
    2. ahkak laa dik...apa auntie2 ni hahahahahahahahahaha

      Padam
    3. Ahahahahhaha...makcik lupa diri weh :D

      Padam
  4. cantik cantik fesyen baju masing-masing. comel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila budak2 pakai semua nampak comel, kalau kita yang besar pakai..tak sabar rasa nak tukar baju :D

      Padam
  5. comel comel semua..hihi..takpa kakak..janji kakak dapat pengalaman manis macam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks auntie Ada, tapi kakak dapat hadiah jugak..hadiah saguhati. Yang tu lagi kakak happy :D

      Padam
  6. alolo somel2 semua.. kemahen lagi ropol sana sini.. tapi mmg cantik dan kreatif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali-sekala tukar baju tshirt jadi ropol2 mama, ala kasilah can :P

      Padam
  7. kalau sudah kreatif..memang kelihatan cantik dan menarik.

    anak-anak yang terkesan dengan aktiviti seperti ini..

    bila besar nanti jadi memori yang cukup indah sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kakak ingat kenangan dia pakai baju merdeka ni tuan, at least dah pernah merasa kan..

      Padam
  8. Wahhhbh adeknya lucu lucuuu, jadi pengen punya dedek satuu deh huhuwww.. gemes

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ku ingatkan itu terlihat cantik tapi mengapa dong adik-adik terlihat lucu? Gimana jadinya lucu?

      Padam
  9. Balasan
    1. Tukang jahit semua hebat2 ni, sampai berjaya hasilkan baju macam princess masing2..

      Padam
  10. suka tengok. cantik2 semua anak2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua excited time tu sebab pakai baju cantik2 belaka. Dia punya energy tu lain macam..

      Padam
  11. memang trend dah skrng ni kan mana2 kindy buat cemni
    pening mak ayah pkir nak design baju untuk anak2. hehe..

    BalasPadam