Promosi Harga Seoul Garden 2019 hanya RM25/pax Selama 6 Hari


Ha..siapa kat sini peminat makanan Korea?? Get ready guys, bermula hari ini, Seoul Garden akan buat promosi harga RM25/pax bagi makanan buffet dan air refillable serta sup di restoran mereka, selama 6 hari okeh! Tapi kan ada la hari-hari tertentunya. Nak tau apa harinya? Jom baca dulu..


Promosi Harga Seoul Garden 2019 hanya RM25/pax Selama 6 Hari

Alkisahnya kami baru je lepas makan di Seoul Garden minggu lepas. Cadangnya nak makan dulu kemudian tengok wayang tapi dah terbook tiket online jam 8 malam, jadi terpaksalah asingkan program. Kami lunch dulu di Seoul Garden waktu tengahari kemudian malamnya baru keluar balik untuk tengok Boboiboy 2. 


Jadi aktiviti makan-makan berlalu dengan jayanya di Seoul Garden. Macam biasa, kami tak boleh pilih seat sebab datang berempat, terpaksa duduk di seat tepi tingkap which is kami tak berapa nak gemar. Tapi sebelum balik saya dah isi survey online dan complain pasal isu tak boleh pilih seat ni, harapnya lepas ni dah takde la arahan meja tengah untuk orang datang berkumpulan je..sigh..

Promosi Harga Seoul Garden 2019 hanya RM25/pax Selama 6 Hari

Dsebabkan semua makanan is free flow and you dont have to order for an ice-cream, jadi kami makan seumpama membela saka. Abi sibuk pi topup makanan sementara saya memasak. Tapi dalam selingan waktu, saya pun sempat menyelit ambil aiskrim sambil hiaskan dengan nata de cocoa kat tepi mangkuk. Dekat 10 kali jugak saya exercise kaki pergi ke peti aiskrim sambil topap aiskrim yam dan coklat.


Makan punya makan punya makan, sampailah kami dah kenyang menyandar dan saya rasa dah kembang sangat kat anak tekak. Jom balik. Sebelum balik kita request belon dulu dari abang pekerja. Habis cerita. Bye.

Promosi Harga Seoul Garden 2019 hanya RM25/pax Selama 6 Hari

Eh eh↝ haha..sebenarnya taknak cerita pun pasal makan kat Seoul Garden ni, cuma nak bagitau yang kami taktau pasal adanya tarikh promosi harga RM25/pax di Seoul Garden ni! Selama 6 hari pulak tu! Aisey. Tapi kami still plan nak join juga dalam mana-mana tarikh tu nanti. Jimat banyak kot sebab RM25 je per pax. 


So tarikh bila tu yang ada promosi RM25/pax di Seoul Garden selama 6 hari sahaja ni? Tarikhnya adalah pada : 24 - 25 Ogos, 30 - 31 Ogos dan 7 - 8 September 2019. Perasan tak semuanya adalah antara hari Jumaat, Sabtu dan Ahad je? Tentulah Jumaat, Sabtu atau Ahad sebab nama promosi ini adalah New Hebat Daebak Weekend. 


Dah fikir tarikh bila nak pergi serbu Seoul garden? Cadangan saya, first check tempat dulu. Tengok cawangan mana yang buat promosi, bukan tick kalendar dulu sebab tak semua outlet Seoul Garden yang buat promosi harga RM25/pax ni. 


Jadi korang boleh pergi ke outlet Seoul Garden yang terlibat iaitu di Seoul Garden Pahang, Terengganu, Kelantan, Sunway Carnival Penang, Sabah dan Sarawak untuk dapatkan harga promosi RM25/ pax ni tau. Jangan cakap kakak tak payung okeh. Hari ni pun dah boleh pergi serbu. Tapi faham-faham je lah kalau dah namanya weekend, mesti padat, ramai, tepu dan sendat!

Promosi Harga Seoul Garden 2019 hanya RM25/pax Selama 6 Hari

Jadi yang nak pergi makan tu, makan kenyang-kenyang ya. Jangan lupa tarikh dan outlet yang terlibat. Kalau pergi on weekdays memang tak dapat harga RM25/pax la jawabnya. Happy steamboat-ing! Btw customer cuma boleh makan selama 90 minit je di restoran dengan promosi ni okeh.

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Baru teruja nak pergi... nasib baik baca habis2.. keciwaaaa wehhhh.... kenapa perak tak termasuk? Ke seoul garden baru je nii...uwaaaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..sebab tu warning sesiap sila baca sampai habis, kalau serbu terus memang menyesal. Jom la balik kampung CikMar kalau takde kat Perak tu..

      Padam
  2. okay lapar teruuussss bila baca entri ni..sedapnyaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah terjah belum wak? Kalau tak tunggu weekend ni pulak okeh..

      Padam
  3. murah tuh!! tapi limit masa pulak..baru nak duk 3 jam!hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Kalau makan kat Seoul Garden tak sampai 3 jam memang pelik. Paling lama saya makan sampai 5 jam. Keluar2 dah gemok :P

      Padam
  4. ooo patut laa penuh kt seoul garden ioi mall td... rupanya ada promotion..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh Anies, selain pantai timur, Sabah, Sarawak dan Penang, cawangan lain tak buat promosi ni tau. Maknanya memang Seoul Garden IOI tu tengah full house la kot..

      Padam
  5. alangkah bestnya kalau ada org belanja i..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala..jauh sangat nak belanja Cik Nor kat Kelantan. Mai Terengganu la saya belanja jom..

      Padam
  6. Alarh! Seoul Garden Melaka tam termasuk ke?

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Sementara tengah ada promosi ni, pergilah terjah Rabiah..

      Padam
  8. Tak pernah masuk makan sini. Sebab byk kali plan nak pergi ,anak2 mesti tak nak sebab diorg prefer makan kat sushi king

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbalik la kita camni, aritu pi try makan kat Sushi King, end up kitorang keluar cari makan kat tempat lain pulak. Takleh nak telan la...haha

      Padam
  9. harga untuk RM25 agak berbaloi juga tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Standard harga makan sekepala di kedai steamboat yang biasa..

      Padam
  10. murah dah harga tu. boleh serbu beramai-ramai ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom wak, tapi nak serbu ramai-ramai tu sakit sikitla. Jenuh nak menolak :P

      Padam