Upload Video Tidak Pecah di Facebook dengan Cara Ubah Setting


Sebelum ni, saya ada masalah untuk upload video di Facebook kerana gambar video kelihatan pecah sebaik sahaja berjaya di upload. Jadi bila nak tengok balik rasa macam geram sangat sebab video asal elok kualitinya tapi jadi pecah pulak bila di upload ke Facebook. Kebetulan masalah ni jadi masa saya tengah buat review di restoran dan salah satu task adalah perlu segera upload ke Facebook, jadi terpaksa jugalah upload walaupun mata sakit menengokkan hasilnya.



Upload Video Tidak Pecah di Facebook dengan Cara Ubah Setting

Bila saya dah balik ke hotel pada malamnya, saya terus godek phone dan tetiba terfikir dalam kepala otak saya yang tak berapa nak besar ni 'kenapa tak check setting kamera dan Facebook sebelum nak upload tadi, mesti ada cara kat situ'. Haiya..jadi malam tu memang saya berjaya hasilkan video baru yang nampak lebih berkualiti sikit untuk di upload ke Facebook. 

Target saya nak setelkan masalah upload video di Facebook sebab kalau upload di Instagram rasanya tidak bermasalah sangat kerana saiz video di Instagram kecil, jadi tak nampak sangat video pecah. Lagi satu, saya dah godek setting Instagram tapi tak jumpa caranya. So, skip pasal Instagram. Ini adalah cara untuk ubah setting pada Facebook dan kamera phone.

Cara Ubah Setting di Kamera Phone

1. Pergi ke kamera
2. Klik Setting
3. Pilih Video Size : HD 1280x720
4. Lakukan pada kedua-dua bahagian rear and front camera.

Upload Video Tidak Pecah di Facebook dengan Cara Ubah Setting


Kemudian ubah pula setting pada Facebook apps seperti di bawah :


Cara Ubah Setting di Facebook Apps

1. Pergi ke Facebook apps
2. Klik Setting & Privacy
3. Klik Setting
4. Skrol ke bawah dan klik Media and Contacts
5. Klik pada Upload Videos in HD

Upload Video Tidak Pecah di Facebook dengan Cara Ubah Setting

Sebenarnya, bila saya dah adjust setting pada kamera dan Facebook kemudian saya upload video ke Facebook personal, saya dapat lihat sedikit perubahan pada video yang mana nampak lebih baik daripada sebelumnya namun perbezaannya terlalu sedikit dan saya masih tidak berpuas hati sebab still nampak pecah jugak video yang saya upload. 

Disebabkan nampak macam tak berapa menjadi cara di atas, jadi saya abaikan dan anggap yang perubahan lepas adjust setting pada kamera dan Facebook adalah sangat sedikit, lalu saya anggap cara ini tak berapa berkesan. Sehinggalah pada hari ini, blogger >> MekYunie tegur di Facebook minta tolong ajar cara nak buat video yang tak pecah. Ha..jadi di sinilah saya, menaip cara nak kasi video yang di upload di Facebook tak pecah hasil permintaan daripada MekYunie. 

Upload Video Tidak Pecah di Facebook dengan Cara Ubah Setting

P/s buat MekYunie : Ni cara yang saya buat tapi tak tau lah membantu tak, cuba awak godek-godek jugak nanti. Dapat ilmu lebih, share2 okay..muah!

Catat Ulasan

35 Ulasan

  1. Done semua. Tapi dop menjadi dengan mek. Huhu. Thank you rinie untuk perkongsian ni. Trharu buat entry khas untuk soalan mek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan mek tanya dan saya free. Biasanya nak buat entry pun tak sempat..haha :D

      Padam
  2. Tqq share.. Baru jgk buat ni pas tgk tutor ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sure jadi tak, cuma cara ni boleh apply jugak. Goodluck zaza :)

      Padam
  3. ok..dah faham...patut ler...nanti boleh setting balik dekat camera tu...thanks sharing ye

    BalasPadam
  4. terus cek setting phone. nasib baik dah HD. thank you!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome, senanglah dah terus HD. Takyah tukar dah..

      Padam
  5. Hp kita xde setting HD kena ejas dulu hahaha pakai hp oppo mur mur jah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uish..oppo la mahal Cik Ash, gambar terbaik kot. Tapi setting oppo saya taktau caner, tak pernah guna oppo :D

      Padam
  6. tq for sharing kak.kdg2 ada jgk video kt fb pecah2 tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Video akak pun pecah aritu Rabiah, ni baru tau cara jugak ;D

      Padam
  7. yg rajin upload video ni kenalah ambil tahu kann

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah, terutama untuk job review. Memang penting nak dapat video cun dan tak pecah..

      Padam
  8. CCL tag sis ..
    https://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2018/11/mystery-boxes-giveaway-by-liyana-jasmi.html

    BalasPadam
  9. senang je rupanya, nanti nak ubah jugak lah bagi cantik sikit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Padahal senang je cuma kita tak perasan je..jom ubah setting..

      Padam
  10. nice sharing. bookmark awal2 . nnt mudah nak upload video. ada vid pecah2 bila download ke fb. adeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Lama tak sembang dengan Azah, sihat tak sekarang?

      Padam
  11. bagus nihh...pecah2 xcomey laa video nak tengok kan..nanti nak check jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malas nak tengok sampai habis kalau video pecah. Hok comey jugok best tengok..huhu

      Padam
  12. Perkongsian yg baik rini. Ana pun kekadang pecah. Nk try setting di fb pulak ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba la dulu Ana, ada yang menjadi dan ada yang tidak. Mungkin bergantung pada jenis handphone juga kot..

      Padam