Perlindungan Kulit dengan Dettol Profresh dan Dettol Proskin


Jadual hidup yang padat ditambah dengan cuaca panas menjelang tengahari merupakan perkara yang perlu dipandang serius bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif. Seharian di luar rumah bermula jam 7 pagi dan berakhir hingga lewat petang atau malam menuntut pengorbanan dari segi kekemasan penampilan diri serta bau badan. Menghabiskan sekurang-kurangnya 8 jam di luar rumah dengan menggunakan baju yang sama sepanjang hari boleh menghasilkan aroma yang mampu menyesakkan hidung.


Perlindungan Bau dan Kulit dengan Rangkaian Pembersihan Dettol Profresh dan Dettol Proskin

Selain mengganggu aktiviti sosial seharian, masalah bau yang terhasil juga boleh menjadikan seseorang individu kurang keyakinan diri dan kemurungan. Masyarakat sekeliling turut tidak terlepas dari terkena tempias hasil daripada masalah ini. Tentulah, siapa yang seronok jika terpaksa berhadapan dengan golongan yang mempunyai masalah bau badan?


Jenis Kalenjar Peluh

Masalah bau badan sebenarnya bukan sahaja berpunca daripada peluh. Walaupun ramai yang menganggap peluh merupakan musuh utama bau badan namun masih ramai yang tidak mengetahui bahawa bakteria penyebab bau badan adalah penyumbang utama bagi masalah ini. Terdapat dua jenis kalenjar peluh yang terdapat pada anggota badan seseorang iaitu:

Ekrin
Kalenjar yang terdapat di seluruh anggota badan dan bertanggungjawab untuk memberi rasa sejuk pada badan. Merembeskan peluh yang lebih berair berbanding apokrin.

Apokrin
Kalenjar yang terdapat di bahagian yang mempunyai folikel berambut. Merembeskan peluh yang lebih berlemak berbanding ekrin. Penguraian oleh bakteria di permukaan kulit akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Perlindungan Bau dan Kulit dengan Rangkaian Pembersihan Dettol Profresh dan Dettol Proskin

Peluh sebenarnya tidak berbau. Walaubagaimanapun, tindak balas peluh dengan kuman yang terdapat pada permukaan kulit akan mengeluarkan sisa asid penyebab bau badan. Ini menjelaskan mengapa bahagian anggota badan yang lebih berbulu menghasilkan peluh yang lebih busuk dan lambat kering. Oleh sebab itu adalah amat penting bagi menggunakan produk khas untuk membunuh kuman dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa.


Perlindungan Bau dan Perlindungan Kulit

Kebanyakan keluarga di Malaysia bergantung kepada dua keperluan perlindungan iaitu perlindungan bau dan perlindungan kulit. Perpeluhan yang berlaku akibat cuaca tropika yang panas dan gaya hidup aktif menyebabkan bakteria penyebab bau badan aktif bekerja. Oleh sebab itu, perlindungan bau perlu dititikberatkan bagi mengelakkan masalah bau badan mengganggu kehidupan seharian.

Perlindungan Bau dan Kulit dengan Rangkaian Pembersihan Dettol Profresh dan Dettol Proskin

Tidak lengkap sekiranya perlindungan bau diambil berat namun mengabaikan perlindungan kulit kerana cabaran berada di negara ini adalah pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan menyebabkan habuk dan kuman mudah melekat pada kulit. Jika tiada langkah pencegahan dilakukan, kulit akan mengalami masalah kering dan tidak sihat. Oleh sebab itu, langkah perlindungan kulit adalah amat perlu bagi mendapatkan kulit yang sihat dan tidak kekeringan sepanjang hari.

Jadi, bagaimana caranya untuk mendapatkan kedua-dua perlindungan ini? 
Mudah sahaja, anda hanya perlu mandi!


Dettol Rangkaian Pembersihan Diri

Gaya hidup aktif seharusnya bukan penghalang untuk kekal harum sepanjang masa. Ubah gaya hidup mungkin agak sukar namun kita boleh tukar mandian yang baru dengan menggunakan Dettol. Mengapa Dettol?

Dettol merupakan jenama perlindungan kuman No 1 di Malaysia sejak lebih 80 tahun yang lalu. Menjadi rakan aktif buat para ibu yang mahu melindungi keluarga, Dettol merupakan peneraju bagi jenama perlindungan kuman antarabangsa. Dettol komited untuk meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi kesejahteraan pengguna serta menambah baik kesihatan keluarga menerusi kebersihan.

Perlindungan Bau dan Kulit dengan Rangkaian Pembersihan Dettol Profresh dan Dettol Proskin

Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai sejak tahun 1932 dan merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarga sepanjang hari. Produk berjenama Dettol menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga.

Jenama ini kekal unggul dan kompeten menerusi pelancaran produk baru merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi keluarga daripada kuman. Rangkaian produk ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah bersifat anti-bakteria. Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman yang sering memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang aktif berevolusi dalam zaman kini.


Dettol Profresh dan Dettol Proskin

Sebagai jenama nombor 1 di dunia, Dettol kini melancarkan semula rangkaian produk pembersihan diri bagi melindungi keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya. Dalam usaha untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi melindungi keluarga Malaysia, Dettol telah mengenal pasti dua keperluan pembersihan diri yang berbeza iaitu perlindungan bau dan perlindungan kulit. Oleh itu, Dettol telah memperkenalkan dua jenis produk bagi perlindungan bau dan kulit ini iaitu :

Dettol Profresh
- Perlindungan bau dengan cara mengawal kuman penyebab bau.
- Dirumus untuk memberi perlindungan daripada bau badan selama 12 jam.
- Bagi memastikan kesegaran sepanjang hari walaupun dalam cuaca panas dan lembap.

Dettol Proskin
- Perlindungan kulit dengan menyediakan bahan pelembap.
- Dirumus untuk memastikan kelembapan kulit selama 8 jam.
- Bagi mengekalkan perlindungan kulit akibat pendedahan berterusan kepada sinaran matahari dan penyaman udara.

Perlindungan Bau dan Kulit dengan Rangkaian Pembersihan Dettol Profresh dan Dettol Proskin

Kedua-dua rangkaian produk ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga. Kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka daripada kuman ketika menjalani gaya hidup aktif dan sihat dengan menggunakan pembersih diri Dettol yang terdapat dalam lima varian yang menyegarkan iaitu Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Skincare dan Fresh.


Review Saya

Saya telah menggunakan produk Dettol iaitu mandian Profresh untuk melihat sendiri kesannya ke atas bau badan. Seperti yang pernah saya coretkan sebelum ini, saya mempunyai masalah bau badan akibat bengkak kelenjar yang saya hadapi di bawah ketiak bahagian kanan. Akibat kehadiran kelenjar ini, saya dapati ketiak kanan saya menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Untuk mengatasi masalah ini, kebiasaannya setiap kali selepas mandi, saya akan menggunakan deodoran bagi menutup bau badan.

Perlindungan Bau dan Kulit dengan Rangkaian Pembersihan Dettol Profresh dan Dettol Proskin

Meskipun saya hanya menghabiskan masa di rumah dan tidak bekerja di luar, namun saya pasti akan menggunakan deodoran dan minyak wangi setiap hari bagi memastikan bau badan saya tetap harum dan wangi. Selain mengelakkan bau badan, saya juga suka menghidu bau yang wangi. Oleh sebab itu, saya pastikan agar dua benda penting ini iaitu deodoran dan minyak wangi sentiasa berada di samping saya.

Sebaik menggunakan mandian Dettol Profresh seminggu yang lalu, kini pemakaian deodoran selepas mandi tidak lagi menjadi rutin harian saya. Bau mandian yang harum semerbak ditambah dengan rasa segar selepas pemakaian Dettol Profresh menjadikan waktu mandian merupakan saat yang menyeronokkan. Bau haruman Dettol Profresh sangat harum seolah-olah saya memakai sabun buku yang baru dibuka. Setiap kali menghidu haruman Dettol, pasti saya teringat akan zaman kecil sewaktu menggunakan sabun buku sebagai sabun mandian. Baunya memang sangat harum!


Bukan saya sahaja yang suka menggunakan Dettol Profresh, Auni juga sekarang tidak lagi menggunakan mandian kanak-kanak kepunyaannya. Auni lebih suka menggunakan Dettol Profresh. Kata Auni, baunya wangi dan sangat selesa menggunakannya. Nampaknya selepas ini saya perlu mencuba Dettol Proskin pula untuk melindungi kulit daripada kekeringan.


Harga dan di Mana untuk Mendapatkannya

Produk rangkaian pembersihan Dettol dijual di pasaraya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga:

RM6.90 - 250ml / botol
RM12.46 - 500ml / botol
RM20.25 - 950ml / botol

dan

RM15.67 - 900ml bagi pek isian semula

Sekiranya anda mempunyai masalah bau badan atau ingin mendapatkan kulit yang lembap sepanjang hari, apa kata anda cuba rangkaian pembersihan Dettol dan nikmati sendiri keharuman yang berpanjangan. Selain menyingkirkan bakteria daripada badan, anda juga bebas menjalani gaya hidup aktif tanpa perlu berdepan masalah badan berbau dan kekeringan lagi.
Jom cuba Dettol Profresh dan Dettol Proskin hari ini!

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. best guna dettol ni.. rasa bersih dan harum...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain bersih dan harum, badan pun kurang berbau jugak :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Tak pakai langsung deodoran tu tak boleh jugak wak..cuma boleh kurangkan pakai deodoran dah lepas ni..

      Padam
  3. Sep sikit pengguna setia dettol!! hehe >_<
    .
    Nice review kak! ^^ *budak Hana tumpang menyampuk ja :P

    BalasPadam
  4. wangi kan bau dettol. azah pun suka guna dettol ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama tak sembang dengan Azah..semoga bayi dalam kandungan sihat ye :)

      Padam