Ahli Blogger Pantai Timur Tidak Sah Taraf


Cerita minggu lepas, saya secara sahnya telah menjadi salah seorang daripada ahli team Blogger Pantai Timur aka BPT. Sebelum ini, saya merupakan ahli Blogger Pantai Timur yang tidak sah taraf :D

Alkisahnya saya punya niat nak berblogging balik datang akhir tahun lepas dalam bulan Disember. Jadi macam masa mula-mula buat blog, niat hati cuma nak isi masa lapang je. Jadi tak pernah study pasal macammana cara nak buat duit dengan blog, macammana nak join persatuan blog  atau macam2 perkara lain yang seorang blogger tegar akan buat.

Lepastu bila tengok blogger Azah tukar domain blog, saya pun dengan gediknya tukar domain jugak dalam bulan Februari tahun ni. Padahal asalnya berblog cuma nak isi masa lapang je sebab dah start jadi surirumah balik. Time tu saya perasan ada group untuk blogger iaitu group Ben Ashaari tapi takde fikir nak join sebab tak tau fungsi group ni untuk apa.


Maka, misi berblogging diteruskan sampailah saya terjumpa satu group blogger yang saya rasa saya boleh join iaitu group BPT. Asalnya saya terjumpa group ni dalam Facebook dan memandangkan saya berasal dan menetap di pantai timur jadi saya request untuk join group dan diluluskan oleh admin. Ingatkan saya dah berjaya jadi ahli BPT la time tu so saya dengan berleluasanya mula guna hashtag #bloggerpantaitimur di social media. Ingatkan masuk FB group je maksudnya dah jadi ahli tapi rupanya salah okay..haha..

Tanpa segan silu dan rasa bersalah saya terus gunakan hashtag tersebut hari demi hari setiap kali update status di instagram. Sampailah satu hari saya bersembang dengan sis Shikin Razali dan dia beritahu tentang group WhatsApp team BPT. Serius tak tau pun wujud group WhatsApp ni. Sis Shikin suruh saya contact founder team iaitu sis Siti Awadah dan beri nombor contact beliau. Disebabkan saya segan nak terjah dan mintak join group secara drastik, jadi saya add sis Siti di Facebook dan tunggu untuk di approve kan je lah.

Bila dah approved di FB baru saya start request nak join group BPT. Lawaknya sis Siti Awadah dah tau saya menggunakan hashtag BPT di instagram secara illegal tapi dia buat derk je. Aish, tebal muka kita tau. Sekarang saya merupakan ahli BPT yang telah sah taraf ye. Bukan lagi pengguna hashtag illegal. Jangan condemn saya :P


Tips buat blogger yang baru nak mula berblogging


1. Buat research dulu sebelum buat sesuatu benda. 
Dapatkan maklumat dan minta izin terlebih dahulu daripada owner.

2. Kalau tak tau jangan malu bertanya sebab blogger ni biasanya memang baik dan peramah, 
kalau tertanya pada blogger yang kekwat..sila maki dalam hati ye. 
Jangan maki kat luar nanti gaduh, tak baik.

3. Jika dah buat silap, jangan segan silu nak minta maaf. 
Kalau orang lain buat salah, kita mesti harap mereka akui kesilapan dan mohon maaf kan? 
Sama juga dengan situasi mereka. Jadi rendahkan ego dan jangan sombong.

4. Hidup dalam komuniti adalah lebih baik. 
Peluang untuk dapat job pun lebih luas selain boleh tambah kawan. 
Maknanya makin ramai kaki komen dan like di blog dan socmed anda :P

5. Support satu sama lain dengan like, follow dan komen. 
Boleh bantu naikkan artikel dan gambar mereka. 
Win win situation.



Akhir sekali, terima kasih kepada founder group, sis Siti Awadah dan co-founder group, sis Hazirah yang telah terima saya masuk group. Begitu juga ucapan terima kasih ditujukan buat sis Shikin Razali dan sis Sharifah Ashikin yang dah indirectly beritahu info tentang WhatsApp group BPT ni kepada saya. Buat senior BPT, mohon tunjuk ajar ye :)

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. salam hormat.
    apabila lihat hanya nama-nama perempuan sahaja disebut di sini. timbul dalam benak fikiran bahawa adakah bpt ialah untuk perempuan sahaja. benarkah atau tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam hormat awak.
      Ada je blogger lelaki dalam group ni contoh Abam Kie, tapi maybe sebab tak ramai blogger lelaki yang suka join group..jadi nampak macam takde blogger lelaki. Saya agak je jawapan tu, mungkin kena tanya pada yang lebih arif :)

      Padam
  2. salam auni.. ohh junior bpt rupanya. x sempat nak sembang kot wassap grop.. hii all the best. x pe team bpt baik2 belako.. jangan risauu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..baru register masuk kelas sis. Tabik hormat pada senior :D

      Padam
  3. tahniah.. best kan masuk group bpt ni..

    hai saya rabia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Rabia, semua baik-baik dalam BPT. Awak pun baik jugak :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Ala..dah alumni. Kalau tak boleh duk satu batch :P

      Padam
  5. wahhh dah mcm persatuan koperasi laa pulak ni ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok jugak kalau jadi koperasi, boleh saya mencarum nanti :P

      Padam
  6. Bagus bila ada group.. Job dan aktiviti bersama banyak yang boleh dibuat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, sebelum ni lone ranger je. Tak tau fungsi group macammana. Alhamdulillah dah join pun sekarang :)

      Padam
  7. ada banyak kebaikkan join group blogger macamni..boleh belajar macam-macam especially drp otai

    BalasPadam