Ahad, 1 April 2018

Tutorial Mudah Tukar Template Mesra SEO


Saya telah menukar template mesra SEO beberapa hari lalu.

Disebabkan ada sahabat blogger yang bertanya cara menukar template mesra SEO, jadi kali ini saya ingin berkongsi tutorial menukar template asal kepada template mesra SEO.

Sebelum itu, anda boleh  download template mesra SEO secara percuma di Gooyaabitemplates.
Pilih template yang anda kehendaki di laman web tersebut. Klik Live Preview untuk mengetahui pilihan warna template yang disediakan.

Kemudian download template pilihan anda.


Seterusnya..
Dalam komputer anda, fail yang didownload adalah dalam aplikasi WinRAR. Klik dokumen yang telah didownload dan pilih dokumen yang mempunyai format .xml di belakangnya. Anda hanya perlu gunakan dokumen berformat .xml ini semasa proses tukaran template. Abaikan dokumen yang lain.

Copy dokumen .xml ini ke dekstop untuk memudahkan proses menukar template dijalankan.


Tutorial Mudah Tukar Template Mesra SEO


Sebelum meneruskan proses tukaran template, sila buat back up template asal terlebih dahulu. Boleh refer pada Cara Senang Simpan Back Up Kod HTML Tanpa Copy Paste untuk step-by-step tutorial.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan template asal daripada hilang.


Siap? Seterusnya kita ke step berikutnya.
Mengganti template lama kepada template mesra SEO.

Pergi ke dashboard blogger anda.
Klik Template > Back up/ Restore > Choose file
Kemudian pilih dokumen .xml yang telah di save di dekstop tadi.
Klik Upload.

Untuk melihat step-by-step tutorial yang lebih mudah, anda boleh klik pada Cara Senang Masukkan Semula Back Up Kod HTML Blog Selepas Simpan.


Siap!

Jika anda tidak berpuas hati dengan template baru dan ingin menggunakan kembali template asal, anda cuma perlu upload kembali template asal yang telah di back up sebelum ini.

Itulah sebabnya kenapa kita perlu buat back up terlebih dahulu sebelum menukar template lain.

Senang bukan?

Tapi jangan lupa untuk baca dulu Kebaikan dan Keburukan Kerap Menukar Template Blog.

26 ulasan:

  1. Senang tu memang senang tapi nak kena masukkan balik sitemap semua tu leceh sikit la hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..itu pasalla sampai sekarang pun tak siap lagi nak adjust header kat atas tu..huhu

      Padam
  2. tampak mudah tp rs nyer mmg akan tekial2 jg laa nk buat nnt hahahah. sapa? sy laa tu ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, entry ni untuk awak la Anies. Aritu ada tanya macammana nak tukar kan

      Padam
  3. salam singgah. Langkah demi langkah yang jelas

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Susah eh? Try buat dulu, xjadi..xtau ye :P

      Padam
  5. shu pun dari gooyaabitemplates jugak :)

    BalasPadam
  6. Pernah jugak terfikir nak bagi blog bermesraan dengan SEO.hehe tapi bila fikir2 balik... blog Hana tu level2 diary ja hahah >_<
    .
    Thanks for sharing kak!! :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak baru nak bermesra dengan SEO Hana sebab fikir untuk long-term berblogging. Nanti kalau Hana nak tukar template baru, mai refer sini okey

      Padam
  7. Wajib back up template dulu sebelum tukar blog template. Kot2 senang nanti nak tukar balik in case tak suka template baru :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..kalau hilang semua, jenuh nak menggodek balik satu persatu kan

      Padam
  8. menarik info ni. #blogwalking here

    BalasPadam
  9. bab template paling malas nak tukar. Tapi gaya macam senang je nanti boleh buat rujukan. Thanks kak auni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome..nak tukar template memang senang Farhanna tapi nak mengedit balik semua widget tu memang amek masa jugak..

      Padam
  10. Menarik ni, nanti nak try juga la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan Zumal..eh tapi dah tukar template baru kan kat blog awak? Baru blogwalking petang tadi

      Padam
  11. teruskan sharing nih, dah lama saya tak guna blogspot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh sekarang guna Wordpress ye? Tak berapa pandai saya nak guna Wordpress :D

      Padam