Khamis, 1 Februari 2018

Resepi Chicken Twister Ala KFC


Pernah makan KFC Twister tak? Feveret kami tu tiap kali pergi KFC. Tapi rasa macam tak berbaloi pulak makan kat KFC sebab harganya RM7/set tapi saiznya cinonet je. Makanya kami pun request pada husband untuk beli barang buat twister ni, pasai kami nak buat sendiri kat rumah.

Cheeezy Twister KFC

Percubaan kami berjaya! Sekarang nak makan twister hari-hari pun takde hal lah. Jimat duit poket suami kami tapi tak jugak pasal kami request makan kat pizza pulak lepastu..hihi.

So arini kami nak share resepi kami buat twister ala-ala KFC ni. Cuma kat rumah takde sos thousand island, kalau ada dah kira menjadi lah. Jom tengok resepi kat bawah.


Bahan-bahan untuk buat chicken twister


Bahan-bahan

Wrapper
Ayam - bahagian isi
Salad*
Tomato*
Timun*
Tepung Bestari (original & spicy)
Sos cili
Mayonis
Sos thousand island - kami takde yang ni

Yang bertanda * potong kecik petak ye
2 sudu tepung Bestari original dicampur dengan sesudu tepung Bestari spicy dan dibancuh pekat dengan sedikit air

Untuk cara penyediaan sila tengok gambar kat bawah.

Sayur potong kecik

Celup ayam dalam tepung bestari
Kemudian di salut dengan tepung dan goreng dalam minyak banyak

Dah siap! Ngap dulu satu

Panaskan wrapper atas pan sekejap dalam 30saat

Letak mayonis dan sos atas wrapper

Letak ayam dan sayur atas wrapper tadi
Twister ala KFC

Twister anak = wrapper kena potong separuh + ayam takde sayur

Sekarang kami dah tak order twister ni kalau makan kat KFC pasal kami dah pandai buat sendiri. Selain jimat kat duit poket suami, kami jugak boleh sesuka hati nak letak ayam banyak mana, sayur banyak mana. Lepastu kalau rasa nak makan tengah malam pun kami boleh buat, apa ada hal. 

Takmo try buat ke?

8 ulasan:

  1. Haa senang nak buatnya. Lepas ni takyah dah beli dekat kfc. Jimat buat sendiri. Puas pun puas hehe. Jom join segmen ika. https://ikashoid.blogspot.my/2018/01/segmen-jari-jemari-menari-bloglist.html

    BalasPadam
  2. alaaa sedapnya...cikyan laparrrrr !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala kesiannya dia..mai makan biskut sama2, kami brekfes biskut je ni..

      Padam
  3. sedapnya
    haihhh terus lapar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak ajak makan pun xleh sbb kami xbuat arini..pi makan kat kfc la ye Hans..hihi

      Padam
  4. sedapnya. adui lapa plak pepagi ni sbb x breakfast lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mai la join kami makan mushroom soup ni, tapi twister takde

      Padam