Isnin, 29 Januari 2018

Pengalaman Beranak Secara Caesar


Kalau diberi peluang, kami pilih nak bersalin normal instead of caesar tapi apakan daya baby nak keluar awal. 

Sebenarnya kes kami bersalin aritu dikira abnormal sebab tetiba kami bleeding dan placenta pecah sampai doktor terpaksa buat emergency caesar takut ada masalah pada baby dan ibu. Sebelum bleeding kami kat rumah sapu lantai lebih kurang jam 6 petang. Tengah sapu lantai tu tiba-tiba tengok kat lantai ada 2 titik darah. Tengok kat seluar..merah. Sah nak beranak. Tapi hairan langsung tak sakit pun.


Kami lahir 5/9/2017

Kami pun slow-slow jalan pergi toilet sambil cari phone nak call husband. Tapi phone pulak takde bateri. Kat tandas basuh apa yang patut, terasa ada ketulan yang keluar beberapa kali. Masa tu dah risau takut baby terkeluar sama. Masalahnya langsung tak rasa sakit. Cuma cuak. Terfikir maybe ni lah ketuban darah sebab baby first sebelum ni keluar ketuban air.

Keluar toilet terus cas phone dan call husband. Dalam masa menunggu husband sampai, darah dah tak keluar. Time tu dekat jam 7 malam. Lepas husband sampai teruslah ke hospital HSNZ untuk check up. Jam 8 mlm kami register. Tapi bila sampai katanya takde doktor perempuan..yang oncall doktor lelaki. Husband kami dah la anti bab-bab aurat ni, so dia ajak pergi hospital lain atau masuk swasta je boleh senang request doktor.


Hai..nama saya Ameera Saqeena

Tapi ofkos la tak boleh sebab bila darah dah keluar tu kira emergency kan. Nurse tak kasi pergi mana-mana tunggu doktor check dulu. Bila nama kena panggil, on the way nak pergi bilik doktor tu terasa darah keluar non-stop macam air paip. Selang-seli terasa jugak ada ketulan keluar. Jalan sampai terkepit-kepit. Tapi still tak rasa sakit. Cuma sejuk sikit.


Baby dah 4bulan..kakak tolong jaga

Masa dalam bilik doktor..mula-mula 2 doktor laki yang check, lepastu masuk 2pembantu perempuan check lepastu masuk pulak doktor perempuan senior. Diorang bising duk bincang kenapa apa semua lah. Lepastu datang pulak 2 nurse tukarkan baju kami dan amek bacaan denyut jatung baby.

Kami masa tu dengan tengah terkangkang duk menggigil satu badan sampai lutut terketar-ketar. Sejuk satu macam. Walaupun tengah baring macam tu still boleh rasa lagi darah keluar macam air paip laju. Time tu langsung tak sakit tapi sejuk. Terus terfikir macam tu lah agaknya orang yang nak mati rasa.


Kami BFF

Kemudian dengar doktor senior perempuan tu buat call pada unit bloodbank request 2 bag darah untuk cover darah yang keluar. Ayat beliau memang tak boleh lupa, "cepat sikit, im holding placenta on my hand right now". Time tu tengok muka suami kat pintu macam risau sangat. Kesian suami, mesti dia takut sangat. Kami just senyum kat suami dan cakap "ok, sayang tak sakit pun, sejuk je'. 


Welcome Ameera

Lama jugak menunggu time tu dalam 30minit sebab tunggu beg darah dari bloodbank. Penantian yang menyeksakan. Sejuk kot, still boleh rasa darah keluar lagi tu. Sempat tengok patient lain masuk dalam bilik pulak untuk check kandungan diorang. Akhirnya staf nurse datang untuk tukar bed sebab dah lencun dengan darah dan kami disorong masuk ke labour room. Tahniah!

Korang ada cerita pasal beranak korang tak? Maila share..

6 ulasan:

  1. alolo comelnya baby !
    cikyan slalu jugak dgr pngalaman caeser ni..seram !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah rasa, lg seram tp still nak anak lg jugak..haha

      Padam
  2. ada org kata, pantang org mnadung pegang pnyapu..entahlaa...wallahualam..

    BalasPadam
  3. Hai Ameera Saqeena... ^^ selamat melihat dunia :D Btw sis,Hana tak ada pengalaman bersalin nak dicerita haaha so kiranya just nak menyampuk je kat sini hehe ^^ sorry menyampuk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai auntie Mizz Strawery..baby say thanks kat auntie comel

      Padam