Kek Coklat Kukus Paling Senang


Kek coklat kukus!
Semalam ada rasa rajin sikit nak buat kek, tp memandangkan xder oven..so buat kek kukus jer. First sekali, cari resepi dulu. Jumpa resepi senang ni kat blog cikmatahari. Tp disebabkan xder mixer, guna method lg senang..pakai blender! Haha..

Kek Coklat Kukus Paling Senang

Resepi
(Semua adunan dah dikurangkan separuh dari resepi asal)


Bahan diayak sekali dalam mangkuk
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk coklat
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan dipanaskan atas dapur hingga sebati
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

Bahan diblend
2 biji telur ayam
1/2 sudu kecil esen vanila


Firstly, masukkan telur dan esen vanila dalam blender dan blend hingga kembang. Kemudian, masukkan bahan yg dah dipanaskan td ke dlm blender dan blend sebati. Lastly, masukkan bahan yg telah diayak sedikit demi sedikit ke dlm blender dan blend. Bila adunan dah sebati, boleh letak dlm bekas acuan yg dah disapu mentega. Kukus selama 45min @ sehingga masak.

Kek Coklat Kukus Paling Senang

Kek naek gebu betul sampai pecah2 siap kena penutup pengukus lg. Lepas ni, nak buat kek, xpayah guna mixer dah, guna blender jer. Kek pun gebu, tenaga pun jimat. Rasa pun sedap :P

Catat Komen

4 Ulasan

  1. Kalau tak pakai telur menjadi tak agak2 nye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menjadi kek yg xnaek la agak2nya..cer try buat dulu, nnt gtau result kat sini yer..ngee

      Padam
  2. nampak cantik dan gebu je :)

    BalasPadam