Kiasan Tentang Batu di Sepanjang Perjalanan
Pilih Batu Terbaik Sebagai Teman
Pada saat student itu diuji dengan persahabatan, dia sering tanyakan pendapat saya tentang perkara yang perlu dilakukan. Dia juga berada dalam fasa bersedih kerana merasakan ujian yang dilaluinya cukup besar. Bagi saya yang telah melalui fasa suka duka yang pelbagai dan lebih teruk ujiannya, saya merasakan masalah student saya itu kecil saja. Tapi sukar untuk saya luahkan dalam bentuk kata-kata. Bila saya kata, 'lepas ni awak akan jumpa banyak lagi masalah besar yang lain', rasanya macam saya tak faham tentang masalahnya pula walhal saya pernah melalui kejadian yang sama sepertinya berulang kali.
Jadi saya keluarkan satu analogi yang saya rasa mudah difahami olehnya. Saya juga gunakan kiasan yang sama sekarang kepada anak-anak tiap kali mereka pulang dengan cerita kawan di sekolah. Kiasannya begini,
Bayangkan kita sedang melalui jalan yang panjang. Kita mahu ke penghujung jalan. Di sepanjang jalan, kita akan nampak pelbagai jenis batu. Ada batu kecil, besar, berbentuk simetri dan pelbagai bentuk. Mungkin saat kita sedang berjalan, kita terpijak batu yang buatkan kaki kita sakit. Kita berhenti, menangis dan akhirnya berjalan kembali. Mungkin juga kita akan terjumpa batu yang cantik dan kita bawa batu itu bersama. Atau mungkin batu itu dah tak sesuai dibawa berjalan bersama, lalu kita tinggalkan ia. Matlamat akhir kita adalah untuk tiba ke penghujung. Mungkin bila tiba di penghujung jalan, kita tak membawa bersama apa-apa batu atau mungkin juga kita membawa satu atau dua batu bersama hingga ke penghujung.
Analogi ini sama seperti sahabat. Dalam hidup kita yang panjang bagai sebuah perjalanan, kita akan berjumpa ramai kawan. Kawan ini diibaratkan seperti batu. Setiap kawan ada perangai mereka tersendiri. Ada yang ikhlas berkawan dan ada juga yang berkawan kerana sebab tertentu. Jika suatu hari nanti, kawan berlalu tinggalkan kita..tak usah bersedih terlalu lama kerana perjalanan kita masih jauh, masih banyak batu yang akan ditemui di sepanjang perjalanan. Batu yang paling elok dan baik akan temani kita hingga ke akhir perjalanan dan yang tak sesuai, akan kita tinggalkan di sepanjang perjalanan. Itu adalah lumrah.
Bagitulah kisahnya tentang kiasan yang saya gunakan. Buat blogger ladybird, mukadimah ayat saja panjang..penjelasannya pendek saja haha. Anak murid saya itu pun sekarang dah selamat berkahwin dan mempunyai seorang anak. Semoga perkahwinan dengan suaminya yang juga merupakan bekas pelajar saya, berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah..aamiin..
10 Ulasan
Rini, awak adalah salah satu dari batu batu saya yang saya simpan untuk dibawa ke penghujung jalan.. tetapi kalau saya tak larat, saya tinggalkan awak di tepi jalan yer rini.. semoga awak baik-baik sahaja..
BalasPadamlady ada satu lagi metafora, melibatkan perjalanan juga.. yg ni ldy tak pernah cerita pada anak2 lagi sebab usianya belum sampai ke tahap tersebut. tetapi tentang batu ni, boleh diceritakan untuk kakak :D.. terima kasih Rini... anak2 lebih faham bila bercerita begini...
BalasPadambila bagi analog kisah batu mcm tu lebih mudah nak faham hehe
BalasPadamyang penting kawan tu bukan kepala batu or hati batu
BalasPadamhangus kita dibuatnya
hehehe
nama pun kita ni manusia
BalasPadammemang tak lari daripada masalah dan ujian...
kadang kala kita terpijak batu tajam dan sakit
tapi kita tetap terus jalan dan mara...
betullah, makin bertambah usia, makin berkurang kawan. tapi tak bermakna kita dah lupa makna persahabatan yang telah lepas. p/s: saya pun senang rapat dengan orang lagi muda yang seolah-olah younger version diri sendiri
BalasPadamPersahabatan sama ada kawan rapat atau kenalan di sekeliling.. kdg2 ia dtg dan pergi.. peredaran masa dan zaman akan byk mengubahnya.. kerja.. berkahwin .. anak2.. komitmen dan sebagainya.. batu2 tu boleh dipilih cuma saya rasa susah nak kekalkan di tangan :D
BalasPadamAnaloginya make sense 👍👍. Terkadang di usia semuda itu problem yg datang pasti dianggab berat, rasa tak sanggub utk memikul 😁. Padahal semakin beranjak dewasa, masalah yg datang memang akan lebih berat. Tapi saya setuju, tak mungkin ucap seperti itu ke orang yg sedang sedih Krn masalah. Nanti kita dianggab tak ada empati pula kan.
BalasPadamSaya pun dulu ramai kawan, sampai bikin Genk 😂. Tapi skr, bisa dihitung pakai 1 tangan. Kurang dari 5 yang benar2 akrab.
Sisanya, teman begitu saja, atau tak rapat
Rasanya cuma suami yg saya anggab sebenar2 teman, sahabat, pasangan, belahan jiwa, dan lainnya 😄.
Cantik digunakan batu sebagai kiasan.
BalasPadamsetuju rini
BalasPadam