Wang Tidak Dituntut Boleh Semak Secara Online

Sedang saya skrol Twitter, ternampak ada yang kongsikan cara bagaimana untuk semak wang yang tak dituntut atas nama kita secara atas talian. Eh, sekarang dah boleh semak duit tak dituntut melalui online? Senanglah!

Wang Tidak Dituntut Boleh Semak Secara Online

Tapi apa maksudnya wang yang tidak dituntut? Ada ke orang yang taknak tuntut duit sendiri? Sebenarnya wang tak dituntut terjadi bila kita tak kendalikan wang milik sendiri dalam tempoh masa tertentu. Contohnya masa kecil, ayah bukakan akaun bank atas nama kita tapi bila dah besar kita terlupa tentang itu. Jadi bila tak dikendalikan dalam tempoh tujuh tahun, duit tersebut akan jadi wang tak dituntut.


Bukan itu saja, banyak punca terhasilnya wang tak dituntut. Samada ia adalah wang dividen, gaji atau tuntutan insurans yang tak diterima oleh pemilik dalam tempoh tertentu, kesemua wang tersebut akan diserahkan kepada pihak pendaftar iaitu Akauntan Negara Malaysia untuk dikendalikan. Pihak pendaftar bertanggungjawab untuk membayar balik wang tak dituntut sekiranya dipohon oleh pemilik sah.


Wang Tidak Dituntut Semakan Online

Mudah sebenarnya nak semak wang tak dituntut secara online. Saya cuma perlu lengkapkan sedikit maklumat diri dan semak menggunakan nombor kad pengenalan sahaja. Cuba lihat langkah di bawah:


Semak Wang Tak Dituntut

1. Klik link ini https://egumis.anm.gov.my/register/refunduser.

2. Isi semua maklumat yang diperlukan dan tekan butang daftar.

Wang Tidak Dituntut Boleh Semak Secara Online

3. Kemudian klik link ini https://egumis.anm.gov.my/login.

4. Masukkan nama pengguna dan kata laluan.

5. Lengkapkan alamat rumah dan nombor telefon lalu tekan Simpan.

6. Tekan pada Klik Di Sini untuk Carian Wang Tak Dituntut.

Wang Tidak Dituntut Boleh Semak Secara Online

6. Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan Cari.

7. Sekiranya ada wang yang tak dituntut, maklumat berkaitan akan disenaraikan berserta jumlah. 


Senang kan? Tapi untuk buat semakan wang tak dituntut ini ada had tau. Hanya dua kali semakan sahaja dibenarkan dalam masa satu hari. Saya sendiri tak dapat nak tangkap layar jumlah wang tak dituntut saya kerana dah buat lebih daripada dua kali semakan untuk hari ini. Kalau nak tengok juga, boleh buat semakan esok pula. Tapi yang pasti, jumlah wang tak dituntut saya yang ada tak sampai tiga angka pun. Haha..sedih! 


Awak taknak semak ke berapa jumlah wang tak dituntut yang awak ada?

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Dah semak dan dah ambil . Lumayan jugak. Rezeki...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah rezeki tu wak, ada terbaca yang claim dapat sampai 13K.

      Padam
  2. mesti byk agaknya duit sy yg x tuntut tu hahahahahaha (bunyi mcm ada juta2 je)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada juta-juta, janganlah lupa sahabat kat sini haha

      Padam
  3. mama punya wtd ada la sikit tak ingat dh tuntut ke belum hihi

    BalasPadam
  4. Adda baru tuntut..3 angka je dari akaun bank yg dah tak aktif tapi ada duit simpanan dalam tu..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, tiga angka tu banyak Ada..bolehla buat belanja anak-anak buka puasa

      Padam
  5. Tqsm for sharing dear. Dah cek, Alhamdulillah, ada rezeki. Besok blh tuntut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, banyak tak dapat tu kak? Hihi sibuk je nak tau kan

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail