Salam Ramadan 2023

Saya agak sibuk minggu ini dengan urusan bank dan klinik. Kalau dulu saya sibuk dengan hal kedai, sekarang masalah datang dalam bentuk kesihatan. Hampir tiga minggu batuk berkahak, akhirnya saya terpaksa serah diri berjumpa doktor.


Pelik bila dah jumpa doktor ni sebabnya walaupun doktor hanya kasi ubat biasa saja yang memang saya dah makan sebelum ni, tapi bila balik ke rumah kesihatan makin baik. Penyakit pun seriau agaknya bila jumpa doktor. Batuk saya makin berkurang dan suara rock semakin merdu tapi sakit kepala masih ada lagi. 

Jumpa doktor

Hari ini saya ke bank untuk urusan SME i-First yang dah lama bermasalah. Nasib baik akhirnya semua berjaya disiapkan dan akaun bank syarikat dah berjaya dibuat. Bayangkan saya habiskan masa selama tiga jam di bank untuk buka akaun syarikat, buat maybank2u, dapatkan qr code akaun dan dengar penerangan tentang hibah.


Bila sampai di rumah, saya terlelap dengan anak-anak. Sebaik bangun tidur, saya buka komputer untuk update tentang urusan bank tadi. Alang-alang tu saya jenguk sekali blog yang hidup segan mati tak mahu ni. Kesian rasanya sebab dah lama saya tak dapat update cerita di sini. Kekangan masa dan masalah kesihatan yang tiba-tiba hadir menyebabkan mood nak menulis pun ke laut dalam.


Hari ini saya menulis di sini dengan harapan dapat bantu kembalikan mood nak menulis lagi lepas ini. In shaa Allah saya boleh kembali fokus buat perkara yang saya suka iaitu ambil gambar dan video sambil cari duit poket sesamah seriyal tanpa perlu fikir perkara lain dah. Bolehlah saya kembali blogwalking berjumpa sahabat blogger di rumah masing-masing lepas ini.


Sekarang dah masuk jam empat petang dan sepatutnya waktu begini saya dah wajib berada dalam dapur untuk masak hidangan berbuka. Tapi memandangkan suami dah tiga hari ajak kami keluar makan moreh menu colek di luar, jadi hari ini saya nak masak menu berbuka paling senang iaitu mee goreng. Yelah, malam nanti nak keluar makan lagi, jadi makan sikit dululah waktu berbuka nanti.


Salam Ramadan buat semua yang mengenali saya. Sepuluh jari saya susun memohon kemaafan jika sepanjang penulisan saya ada tercalarkan hati rakan-rakan semua. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu rahmat dan keberkatan dalam hidup kita semua. Buat rakan blogger yang saya belum balas blogwalking, in shaa Allah saya akan menyusul tak lama lagi. Muah!

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Balasan
    1. Salam Ramadan wak, semoga kita dapat bertemu lailatulqadar

      Padam
  2. penyakit pun seriau tgk doktor hehehe
    salam ramadhan utk akak sekeluarga :)

    BalasPadam
  3. salam ramadan rini, semoga cepat sembuh ya

    BalasPadam
  4. ni sy kena sakit tekak n batuk semula... mmg seksa tume puasa ni sbb x boleh nk minum. dah laa perit..

    btw salam ramadan 1444H

    BalasPadam
  5. kalau hilang mood blogging mmg susah nak seru hihi.. mama ni pn baru nak ok

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru ada masa sekarang mama, harapnya bolehla nak berblogging lagi pasni

      Padam