Gunakan Agen Pelaburan Unit Trust Anda Secara Total

Saya pernah mengikuti seorang senior mengendalikan booth jualan dalam kawasan hospital bagi mewar-warkan mengenai pelaburan unit trust kami. Sebelum ini saya memang seringkali bertugas untuk membuka booth namun ini adalah pengalaman pertama kali saya menyertai booth jualan bagi mempromosikan produk pelaburan.


Apa yang saya lihat, ramai daripada golongan veteran dan berpencen yang datang untuk bertanyakan mengenai pelaburan unit trust pada masa itu. Kebanyakan mereka mendapat wang KWSP dan tidak tahu kemana wang tersebut mahu dilaburkan. Namun saya tidak mahu berkongsi cerita tentang golongan veteran ini. Cerita saya adalah mengenai seorang wanita pertengahan usia 40-an yang meninggikan suara kepada kami ketika dihulurkan pamphlet unit trust kepadanya. Saya terfikir, mengapa beliau agak kasar meski status sosialnya adalah seorang guru? Penolakan secara lembut kan tak mengapa?


Tips melabur unit trust


Kini setelah saya berkecimpung sendiri dalam bidang ini selama beberapa tahun, baru saya tahu tentu ada alasan kukuh mengapa wanita tersebut menjadi agak pengerus apabila disebut perkataan unit trust kepadanya. Pendapat saya, tentu beliau pernah mengalami kerugian dalam pelaburan ini. Mungkin agak mudah untuk saya membuat wang bertambah dengan unit trust kerana saya adalah seorang konsultan namun bagi pelabur, tentu agak sukar bagi mereka.


Mengapa saya kata demikian? Cuba bayangkan, saya mendapat akses mudah mengenai harga seunit dana pada hari ini, dana apa yang sedang uptrend, dana apa yang perlu saya elakkan dan sebagainya kerana saya adalah salah seorang daripada konsultan namun bagaimana pula dengan pelabur? Mereka tidak mempunyai kefahaman tentang harga seunit dana, dana mana yang sedang mengalami kejatuhan dan bagaimana mengendalikan pelaburan mereka.


Oleh sebab itu, saya menyeru kepada para pelabur untuk gunakan agen atau konsultan pelaburan anda secara total untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman mereka kerana apabila anda melabur unit trust, sebenarnya anda telah membayar komisen kepada mereka.


Gunakan Konsultan Pelaburan Secara Total


Ini kerana, jika anda mengambil sikap 'tak mengapalah, wang pelaburan saya tentu sedang beranak pinak sekarang', sebenarnya anda silap. Dalam pelaburan unit trust terdapat tahap risiko kerugiannya yang tersendiri. Sebab itu disebut 'high risk, high return' dan 'low risk, low return'. Jika anda pernah mengalami keuntungan dengan unit trust, anda juga akan merasai kerugian dengan unit trust. Tiada jaminan wang anda sentiasa beranak pinak. Sebab itu saya sebut, gunakan agen pelaburan anda secara total untuk mengoptimumkan keuntungan.


Konsultan unit trust akan sentiasa membuka graf prestasi dana yang dilaburkan oleh syarikat mereka pada setiap hari, jadi mereka lebih tahu samada harga sedang naik atau turun dan bilakah waktu terbaik untuk anda melabur. Anda pula punyai wang untuk dilaburkan dan anda tentunya berharap pelaburan unit trust akan memberi keuntungan yang lebih baik daripada ASB bukan? Sentiasa ingat ianya wang anda, jadi anda ada hak untuk mendapatkan keuntungan maksimum. 


Tips Melabur Unit Trust


Tentu ada yang berfikir, 'oh, saya kena tanya tentang pelaburan saya setiap hari kepada agen'. Jangan salah anggap, bukan begitu maksud saya. Sentiasa dapatkan update mengenai pelaburan anda daripada konsultan namun bukan setiap hari. Pelaburan unit trust adalah pelaburan jangka panjang, tidak sesuai bagi simpanan jangka pendek. Jadi mungkin setiap sebulan sekali atau tiga bulan sekali, anda boleh follow up dengan konsultan mengenai keadaan terkini pelaburan anda.


Tips Penting Pelaburan Unit Trust

Dengan cara ini, anda akan tahu waktu bilakah yang paling sesuai untuk anda menambah pelaburan atau mengeluarkan kesemua wang pelaburan anda. Ingat kata kunci penting, tambah pelaburan semasa harga rendah dan jangan keluarkan wang pelaburan semasa sedang rugi! Jika anda gunakan cara ini, in shaa Allah pelaburan anda akan sentiasa positif dengan nilai kerugian dapat diminimumkan.


Terdetik untuk saya kongsikan mengenai hal ini memandangkan saya telah melihat angka kerugian yang besar dan juga angka keuntungan yang juga besar dengan unit trust. Percayakan konsultan anda dan jangan lupa untuk gunakan mereka secara total samada dari segi pendapat, ilmu atau kemahiran dalam bidang unit trust. Teruskan melabur dan saya doakan pelaburan anda terus beranak-pinak. Jangan risau jika pelaburan anda masih belum membuat keuntungan, kerana itu sebabnya mengapa pelaburan unit trust hanya sesuai untuk jangka masa panjang. Jadi bersabarlah dan tanya agen anda langkah seterusnya.


Bagi anda yang masih tercari-cari syarikat unit trust bagi tujuan pelaburan, anda boleh melabur di PMB Investment Berhad yang menawarkan hanya dana patuh syariah dalam portfolionya. PMB juga turut dikenali sebagai Amanah Saham MARA sebelum ini dan telah berada selama lebih daripada 50 tahun dalam industri kewangan dan pelaburan. Saya adalah konsultan unit amanah PMB Investment. Anda boleh hubungi saya di sini >> zarinipmb.wasap.my untuk sebarang pertanyaan mengenai unit trust.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. topik yang serius tetapi diulas dan dikupas dengan amat menarik sekali..

    moga penulisan ini beri manfaat yang besar kepada pembaca yang lain juga

    BalasPadam