Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Bantu Pelajar Orang Asli Kembali ke Sekolah


Permulaan bagi sesi persekolahan tahun 2021 menjadi titik sejarah baharu apabila Malaysia diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tujuan melandaikan lengkung Covid 19 yang kian bertambah saban hari. Hal ini memaksa pelajar meneruskan sesi pembelajaran daripada rumah meski dalam kepayahan demi memastikan generasi muda tidak ketinggalan dalam pelajaran walau dalam keadaan ekonomi negara terjejas akibat pandemik Covid 19.


Antara golongan yang turut sama terjejas dari segi ekonominya adalah masyarakat Orang Asli yang bergantung hidup sepenuhnya pada aktiviti pertanian dan hasil hutan. Bagai jatuh ditimpa tangga. Itulah peribahasa yang sesuai digambarkan apabila golongan Orang Asli di beberapa buah negeri di Malaysia bukan sahaja terpaksa melalui proses Perintah Kawalan Pergerakan malahan turut diuji pula dengan masalah banjir yang melanda negara baru-baru ini. 

Cerahi Kehidupan Bersama TOP

Banjir yang melanda beberapa buah negeri pada awal tahun ini menyebabkan aktiviti ekonomi tergendala dan seluruh masyarakat berada dalam keadaaan berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada dijangkiti wabak Covid-19. Tidak terkecuali buat masyarakat Orang Asli yang turut sama terkesan namun di sebalik halangan ini, keluarga Orang Asli masih bersemangat memastikan anak-anak mereka tetap meneruskan sesi persekolahan di rumah demi menjamin masa depan yang lebih baik. 


Prihatin dengan nasib yang melanda masyarakat Orang Asli, TOP selaku pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah telah melancarkan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ yang turut disokong oleh TESCO dan JAKOA dalam usaha membantu meringankan beban golongan ini. 


Seramai 420 pelajar Orang Asli dari enam buah sekolah di Pahang, Perak dan Johor telah menerima sumbangan berupa barangan kelengkapan kembali ke sekolah termasuk dua pelitup muka guna semula bagi setiap pelajar untuk perlindungan menghalang jangkitan Covid-19, dan serbuk pencuci TOP untuk basuhan sebersih-bersihnya pakaian sekolah mereka. Dana yang dikutip menerusi kempen ini lebih daripada jangkaan dan membolehkan TOP membantu 60 orang lagi pelajar sebagai tambahan kepada sasaran asal iaitu 360 orang pelajar.

Cerahi Kehidupan Bersama TOP

Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) iaitu Cik Ling Ai Li merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada TESCO, JAKOA dan pengguna jenama TOP atas sokongan mereka membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak Orang Asli di masa sukar ini. 


“Berdasarkan trend perbelanjaan pengguna, kami menjangka kutipan dana yang jauh lebih rendah, namun pengguna TOP yang berbelanja di Tesco tampil menyokong kempen kami kerana pendidikan dan kesihatan anak-anak Orang Asli merupakan usaha penting bagi mereka dan juga kami. Kami amat gembira dengan sikap prihatin dan kemurahan hati pengguna TOP. Walaupun pasukan kami tidak melawat sekolah-sekolah Orang Asli tahun ini demi menjaga kesihatan semua, matlamat kami melengkapi pelajar dari segi akademik dan membantu mereka melindungi diri daripada Covid-19 tetap diteruskan. Pasukan JAKOA membantu dengan menyalurkan maklumat dari lapangan dengan cekap di samping sokongan logistik bagi menyampaikan barangan keperluan pelajar ini ke komuniti yang terpencil. Terima kasih daripada kami buat semua termasuk Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, para guru dan ketua-ketua kampung Orang Asli. Masa depan 420 orang anak Orang Asli kini lebih cerah hasil sumbangan anda!” jelas Cik Ling.


Ketua Bahagian Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Cik Hanim Hamdan berkata, Tesco sebagai firma peruncit terkemuka menyokong penuh matlamat kempen dan memilih untuk menyumbang botol air dan bekas makanan. Ini bagi membantu pelajar Orang Asli mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 iaitu penjarakan fizikal. 

Cerahi Kehidupan Bersama TOP

“Matlamat kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP adalah sejajar dengan nilai yang dipegang oleh TESCO iaitu “Setiap Bantuan Walau Sekecil Mana Pun Akan Membuahkan Hasil Yang Besar”. Kami berbesar hati dapat menjadi rakan runcit TOP bagi kempen ini buat tahun kedua berturut-turut kerana kempen ini berjaya membawa impak positif kepada komuniti yang terjejas seperti ini. Pasukan kami memilih untuk menyumbangkan botol air untuk menggalakkan pelajar minum air dengan cukup dan bekas makanan untuk membawa bekal dari rumah bagi memelihara penjarakan fizikal dan kebersihan dengan makan secara berasingan di kala ancaman Covid-19 masih wujud. Harapan kami semoga kita semua dapat menjaga diri dengan mematuhi SOP pada masa ini,” kata Cik Hanim.


Antara sekolah rendah Orang Asli yang telah menerima sumbangan kembali ke sekolah menerusi kempen Cerahi Kehidupan Bersama Top ini termasuklah SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berprestasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok Johor, SK Terisu di Cameron Highlands Pahang dan beberapa buah sekolah Orang Asli di Perak seperti SK Kenering, SK Pahit, SK Batu 4 dan SK Pos Dipang di Jeram Perak yang telah rosak akibat tanah runtuh dan dibina semula dengan semangat kental oleh masyarakat Orang Asli di sana.


Walaupun terdapat sekatan pergerakan rentas negeri dan banjir di beberapa buah kawasan, pasukan JAKOA berjaya mengatur penghantaran 150 karton kelengkapan kembali ke sekolah yang serba baharu terdiri daripada pakaian seragam, kasut, stoking, beg sekolah, alat tulis, kotak pensel, pensel warna, buku latihan, botol air, bekas makanan, dua helai pelitup muka guna semula dan satu pek 750gm serbuk pencuci TOP Super Hygienic untuk setiap pelajar, di samping alatan pendidikan seni dan ukulele untuk sekolah. Sumbangan ini diharap dapat melindungi para pelajar daripada wabak Covid-19 sekaligus menyuntik semangat untuk kembali ke sekolah dan meringankan beban kewangan para ibu bapa. 

Cerahi Kehidupan Bersama TOP

“Ramai dalam kalangan komuniti Orang Asli tidak mempunyai ekonomi yang kukuh. Pandemik Covid-19 telah menjejaskan lagi mata pencarian mereka manakala banjir yang melanda turut menghalang proses pemulihan sesetengah kampung. Kempen kembali ke sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP adalah tepat pada masanya kerana ia meringankan beban kewangan ibu bapa, memberi motivasi dan melengkapi anak-anak ini untuk kembali ke sekolah, di samping sumbangan pelitup muka guna semula yang melindungi daripada wabak Covid-19. Kami dapat melihat keprihatinan terhadap komuniti Orang Asli dalam kempen tahun ini dengan tambahan sumbangan serbuk pencuci TOP Super Hygienic bagi setiap pelajar dan satu kilogram serbuk pencuci TOP untuk kira-kira 3,000 orang penduduk kampung yang amat kami alu-alukan. Kemurahan hati rakyat Malaysia, TOP dan Tesco ini akan sentiasa diingati,” kata Prof Juli Edo selaku Pengarah JAKOA. Beliau turut memuji para petugas TOP, TESCO, pasukan JAKOA, para guru dan orang awam yang telah bermurah hati memberi sumbangan dalam kempen ini. 


Pasukan logistik JAKOA yang telah membantu menghantar lebih 200 karton serbuk pencuci TOP berjaya membawa keceriaan dan mengukir senyuman kepada ratusan keluarga Orang Asli sekaligus meringankan beban kewangan serta memberi semangat kepada anak-anak Orang Asli untuk terus menjalani sesi persekolahan mereka. Merupakan produk cucian daripada Lion Jepun, TOP terkenal dengan konsep kehidupan bersih menyeluruh yang menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih demi keselesaan dan kesejahteraan hidup yang lebih baik. Menerusi inovasi teknologinya, TOP memperkenalkan Teknologi Micro-Clean yang handal menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan begitu efektif supaya kebersihan pakaian sentiasa terjamin.  


TOP telah menyumbangkan serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap pelajar serta anggaran 3,000 orang penduduk kampung bagi memberi mereka manfaat cucian berteknologi tinggi yang mampu mencuci pakaian termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup separa muka kain dengan sebersihnya. Telah dianjurkan selama enam tahun berturut-turut, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP memberi motivasi kepada pelajar dari komuniti terjejas dan isi rumah B40 untuk berusaha mencapai kemajuan dengan merangsang keyakinan diri serta mendidik para pelajar mengenai penjagaan pakaian supaya kekal bersih. Kempen ini telah berjaya membantu hampir 2,900 kanak-kanak sekolah berusia antara 7 hingga 17 tahun dari 85 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli dan NGO anak yatim serta anak-anak ibu/bapa tunggal.


“Serbuk pencuci TOP Super Hygienic dan cecair pencuci TOP Odour Buster amat sesuai digunakan terutamanya semasa pandemik ini kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria* untuk perlindungan maksimum. Ia juga mempunyai teknologi anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau peluh  dari pakaian yang sangat kotor, memberi keharuman yang menyegarkan kepada fabrik,” tambah Cik Ling. 

Cerahi Kehidupan Bersama TOP

Menurut Tok Batin masyarakat Kampung Orang Asli Sg. Getan, Pos Terisu, Cameron Highlands, Pahang, ahli komunitinya amat gembira dengan bantuan yang diterima memandangkan ramai yang sedang menanggung beban kewangan dan juga kebimbangan mengernai keselamatan anak-anak mereka apabila kembali ke sekolah. 


“Terima kasih kepada TOP, Tesco, JAKOA dan semua yang tidak melupakan kami. Bantuan ini benar-benar meringankan beban yang kami tanggung. Banyak keluarga di kampung kami tidak mampu membeli pelitup muka untuk anak-anak mereka, namun masih mahukan anak-anak ini mendapat pendidikan yang sempurna supaya boleh berjaya. Anak-anak kami amat teruja dan gembira menerima kelengkapan kembali ke sekolah manakala ibu bapa berasa lebih yakin dengan perlindungan yang disediakan iaitu pelitup muka. Terima kasih juga atas sumbangan serbuk pencuci TOP. Inilah semangat sebenar #kitajagakita!” kata Ahmad bin Nanggong.

Catat Komen

6 Ulasan

  1. tahniah kpd semua yg terlibat. anda mmg 👍👍👍

    BalasPadam
  2. semoga urusan dipermudahkan.. TOP memang pilihan seisi keluarga. suka warna pink

    BalasPadam
  3. bagus program mcm ni..tahniah kpd semua yg terlibat..

    BalasPadam
  4. moga orang Asli tidak ketinggalan jauh sangat berbanding kaum lain di Malaysia

    BalasPadam