Book Giveaway by JJM & Friends


Dah lama rasanya saya tak join giveaway yang dianjurkan oleh blogger di blog. Reasonnya simple, sebab jarang menang. Haha..so kalau ada giveaway, biasanya saya tak tertarik hati nak join melainkan untuk sesetengah kes seperti giveaway yang dianjurkan oleh JJM dan kawan-kawan ni yang diberi nama Book Giveaway by JJM & Friends.


Kenapa yang ini terkecuali? Sebab hadiahnya adalah buku!!! Sejak saya meneruskan kehidupan sebagai emak bukan kaki sosial media, bukulah yang jadi peneman. Punyalah saya suka buku hinggakan saya baru perasan yang saya tak sempat nak renew buku yang saya pinjam di pustaka sebelum ini. Makanya esok saya kena hantar dan of course lah bakal di denda >_<


Tapi takpe, buku punya pasal, denda pun no hal. Since giveaway yang dianjurkan oleh JJM dan kawan-kawan ni menepati syarat hadiah yang saya suka, maka tanpa dipaksa..saya join dengan senang hati dan berharap bakal jadi salah seorang pemenang. Bagi yang nak sertai, just klik banner okay. Tarikh tutup giveaway adalah pada akhir bulan ini. 


Btw selingan sikit, saya tengah gigih baca buku Dale Carnagie bertajuk How to Win Friends and Influence People. Serius best! Tak hairanlah kenapa banyak buku yang quote tentang buku Dale Carnagie ni, even saya pun start mencari buku beliau lepas baca quote dari buku How to Invest Like Warren Buffet. Sangat recommended buat sesiapa yang nak baiki hubungan dalam persekitaran dan masyarakat terutama golongan bos yang selalu berdepan dengan kerenah pekerja ni. Good choice!

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. InshaAllah kali ni menang!!

    BalasPadam
  2. good luck rini. smeoga ada rezeki rini dalam GA ni. Amin.

    BalasPadam
  3. Hi awak. Terimakasih banyak-banyak tau sebab sudi join giveaway yang ika anjurkan dgn rakan-rakan yang lain. Semoga berjaya <3 Nanti check no peserta di entry yang sama ya.

    BalasPadam
  4. Syabas sis, sebab giat menambah ilmu dengan membaca. Baca fiksyen pun best juga, dapat tenangkan fikiran dan luaskan imaginasi.

    BalasPadam