Siapa Blogger Pemurah yang Selalu Kasi Hadiah kepada Pengomen Tegar?


Awak tau tak blogger mana yang suka kasi hadiah pada pengomen tegarnya? Ramai saya tak tau tapi kalau salah seorangnya saya tau, ANIES dari >> aniesandyou.blogspot.com! Saya sendiri dah tiga kali terima hadiah daripada Anies, malu pulak jadinya.


Padahal saya memang akan balas setiap komen yang singgah di blog, cuma bezanya lambat atau cepat je. Kebetulan saya kenal Anies dari cerita beliau ke Taiwan dan suka baca blog travelnya sambil tengok gambar, almaklumlah tempat tak pernah sampai katakan.


Siapa Blogger Pemurah yang Selalu Kasi Hadiah untuk Pengomen Tegar?
Hadiah latest kali ketiga ni :)

Tiap kali saya tinggalkan komen, Anies pasti akan balas balik komen di blog saya. Jadi saya pun akan ulang balik benda yang sama. Sehingga dah jadi kebiasaan akan rasa hairan kalau Anies tak balas balik komen. Yelah, dia tak sombong dan pasti akan balas setiap kunjungan, kalau lama tak balas tu mesti terfikir "maybe Anies busy kot". 


Tapi mula2 tu tak tau pun yang Anies akan kasi hadiah pada pengomen tegar di blognya. Kali pertama dapat hadiah, terkejut dan happy. Kali kedua, terkejut dan segan. Kali ketiga ni, terkejut lagi tambah malu. Haha..asyik kasi hadiah, malu pulak sebab kita tak balas pape pun wak..


Siapa Blogger Pemurah yang Selalu Kasi Hadiah untuk Pengomen Tegar?
Kali kedua dapat hadiah comel-comel ni..

Mula2 ingat Anies akan pilih mana-mana nama pada list pengomen tegarnya untuk diberi hadiah, tapi lepas kali  ketiga terima hadiah lagi, jadi saya rasa mungkin Anies beri hadiah kepada semua pengomen tegar agaknya. Betul ke Anies? Semoga murah rezeki Anies dan bertambah kayalah saya doakan. Aamiin reramai ye kawan2..


Sebenarnya komen saya di blog Anies bukan target sebab nak hadiah pun cuma suka baca blog Anies dan memang akan balas kunjungan. Lagipun Anies pun jenis yang selalu balas juga, lagi tak putuslah komen saya di blog beliau. Sesiapa yang nak kenal Anies ni, boleh ke blog Anies ye. Boleh refer link kat first pharagraph tu.


Siapa Blogger Pemurah yang Selalu Kasi Hadiah untuk Pengomen Tegar?
First hadiah, tudung bawal..sampai sekarang saya guna :)

Untuk Anies, terima kasih banyak2 dan semoga ukhuwah berpanjangan..aamiin :*

Catat Ulasan

34 Ulasan

  1. Wah bagus juga ya biasa ngasih giveaway untuk pengunjung setia,,,ingin juga bisa seperti itu...nanti deh kalau ada rejeki hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bener tu mas, mungkin bisa kok lepas ini saya terima hadiah dari mas pula untuk giveaway? :D

      Padam
  2. Bagusnyee...rajin...semoga rezeki murah selalu bagi pemberi dan penerima

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah, terima kasih. Semoga murah rezeki juga untuk CikMa :D

      Padam
  3. hadiah yg atas sekali tu sama ngn saya..hihi

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Pergilah spam komen banyak2 kat post Anies wak..

      Padam
  5. melambung-lambung sy dibuatnya heheheh

    sama2 ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, jangan melambung tinggi sangat. Karang nak landing kat bumi payah pulak. Haha..btw thanks tau Anies :)

      Padam
  6. Tahniah awak, semoga murah rezeki awak dan Anies..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Shikin, semoga murah rezeki awak jugak..aamiin..

      Padam
  7. dulu selalu singgah blog anies hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah tak singggah ke CikAsh? Bolehla singgah balik lepasni..

      Padam
  8. Anies adalah blogger Femes..

    mana tahu lepas nie Anies boleh hadiahkan kereta Mustang ok juga tu hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi..Mustang tu rasanya tahap kasi betis nak peha dah ni wak..haha. Tak baik tau. Kita syukur je walaupun tak dapat Mustang. Cuma harap2 boleh dapat banglo la sebijik..kuikui..

      Padam
  9. Alhamdulillah rezeki tu. Semangat saling menyokong tu yang paling penting. Ana pun cuba sebaik mungkin membalas setiap kunjungan di blog ana. Terima kasih rini sudi selalu singgah :).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 Ana, saya pun cuba buat benda yang sama. Mungkin lambat nak balas tapi akan set juga masa untuk balas balik komen sebab orang sudi melawat, kita takkan nak sombong kan?

      Padam
  10. tahniah.. dulu saya pun pernah dapat dari beliau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih wak..semoga beliau sentiasa murah rezeki hendaknya..

      Padam
  11. Tahniah! Mrs. A pun pernah dapat souvenir daripada Anies

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Mrs. A. ramai juga yang pernah terima hadiah dari Anies kan? Semoga murah rezeki dia..

      Padam
  12. Tahniah.. semoga dimurahkan rezeki blogger2 pemurah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..in sha Allah semoga terus dimurahkan rezeki untuk mereka. Terima kasih ye wak..

      Padam
  13. Sama macam Zarini.. suka berbalas komen dengan Anies..
    Tahniah Zarini.. comel hadiahnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sha. Saya pun suka pergi blog Sha sebab Sha tak pernah putus komen kat sini. Thanks tau Sha :)

      Padam
  14. hehe kakak ni memang rajin memberi. sekali dia mai bom blog kita tudia..
    habis semua entry dia terjah =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Baik betul dia ni, semoga murah rezeki beliau selalu..

      Padam
  15. Terasa dihargai pulak kan tapi dalam masa yang sama terasa malu pulak rasanya.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..betulla wak. Tebal muka jugak rasanya sebab selalu terima tapi tak memberi balik..hurm

      Padam