Jumaat, 11 Januari 2019

Kenapa Jumlah Artikel di Homepage Blog Hilang dan Makin Kurang?


Sejak tiga bulan lepas, saya alami masalah jumlah artikel yang keluar di halaman pertama (homepage) blog tidak sama dengan jumlah yang telah saya tetapkan di blogger setting.

Sebelum ini saya setkan enam artikel yang akan keluar di setiap page termasuk di halaman pertama, tetapi saya perasan sejak kebelakangan ini hanya 5 artikel sahaja yang keluar di homepage.

Tapi masalah kecil je ni..
Abaikan la..

Kenapa Jumlah Artikel di Homepage Blog Hilang
Jumlah asal artikel yang patut keluar di homepage

Lima artikel per page..still not bad.

Namun sebulan kemudian, jumlah artikel berkurangan menjadi hanya empat artikel di halaman pertama dan di halaman seterusnya menjadi lima artikel sahaja. Makin lama makin berkurang, tidak mustahil nanti hanya tinggal satu artikel per page sahaja.

Aduhai..tepuk dahi..
Apa punca jadi macam ni?

Bimbang makin melarat, jadi saya terus cari jalan penyelesaian kepada masalah ini melalui Google, apa punca dan bagaimana cara menyelesaikannya. Macam biasa, masalah baru tentu ambil masa untuk diselesaikan.

Tapi kalau dibiarkan bimbang melarat pula nanti, nilai pageview pun makin berkurangan.
Ya, kebetulan nilai pageview memang tengah jatuh.

Terfikir juga untuk upah mereka yang arif selesaikan masalah ini namun macam biasa, rasa tak puas hati kalau tak cuba buat sendiri dulu. Cari punya cari, alhamdulillah akhirnya saya jumpa juga jalan keluar.

Punca Utama : Copy Paste daripada Microsoft Word

Bagi yang follow blog saya tentu tahu saya baru sahaja aktif dengan dunia blog bermula tahun 2018. Meskipun blog ini telah lama dibuat, namun sebelum ini saya berblog hanya sekadar untuk suka-suka dan selalu skip untuk update blog.

Sejak saya mula menukar domain kepada dot com, saya banyak menerima job berbayar samada review atau copy paste artikel bermula pada pertengahan tahun 2018. Ha..rupanya di sinilah masalah mula timbul!

Kebanyakan job copy writing yang saya terima seperti press release biasanya saya akan terus copy daripada Microsoft Word yang diberi dan paste ke dalam ruangan posting blog.

RUPA-RUPANYA TAK BOLEH BUAT MACAM TU YE KAWAN-KAWAN!!

Kenapa Jumlah Artikel di Homepage Blog Hilang
Kod HTML bagi artikel yang di copy paste daripada Microsoft Word

Kenapa Jumlah Artikel di Homepage Blog Hilang
Kod HTML bagi artikel yang di tulis terus ke blogger post

Gambar di atas menunjukkan dua perbezaan antara kod HTML yang disalin terus daripada ruang post blogger dan kod yang di copy terlebih dahulu daripada Microsoft Word sebelum di paste ke ruang post blogger. Perasan tak kod yang di copy daripada Microsoft Word berbeza dengan kod yang disalin terus?

Cara Mengatasinya

Masalah ini timbul apabila terdapat perbezaan pada kedua-dua jenis kod HTML tersebut.
Perbezaan kod ini sebenarnya mampu mengubah setting pada blog walaupun pada pandangan mata biasa nampak macam tak ada apa-apa perubahan pun pada artikel yang ditulis.

Akibatnya, susunan artikel di homepage boleh terganggu dan hilang seperti yang saya alami.

Langkah saya seterusnya?
Saya cuba copy dan paste artikel dalam bentuk notepad dan lihat kod HTML yang keluar namun tidak berapa menjadi, jadi saya pilih untuk cuba copy dan paste artikel menggunakan WhatsApp. Ini adalah mengikut kefahaman dan cara saya sendiri.

Hasilnya? Yey, berhasil!
Berikut adalah step-by-step yang saya telah buat :

Kenapa Jumlah Artikel di Homepage Blog Hilang
Contoh group WhatsApp diri sendiri yang cuma ada seorang ahli :P

  • 1. Buat WhatsApp group khas untuk diri sendiri (add suami atau adik lepastu kick out dari group. Terpaksa add orang sebab nak buat group at least kena masukkan seorang member kan. Bila dah kick member tadi, maknanya awak seorang je admin dan ahli dalam group tu).
  • 2. Pilih artikel yang anda ingin baiki daripada published artikel di blog hasil daripada copy melalui Microsoft Word sebelum ini. Kalau tak tahu yang mana satu adalah hasil daripada copy Microsoft Word, boleh cari artikel yang tertulis perkataan "MsoNormal" pada kod HTML (lihat contoh kod HTML dalam gambar di atas).
  • 3. Copy dan paste semua artikel tersebut dalam bentuk word (bukan dalam bentuk kod HTML) ke dalam group WhatsApp anda. Kemudian copy pulak semua daripada group WhatsApp tu.
  • 4. Klik New Post di blogger dan paste artikel tadi. Kalau nak letak gambar, letak siap-siap. Klik save (simpan sebagai draft) dan copy semua kod pada HTML.
  • 5. Buka artikel yang nak dibaiki tadi kemudian paste balik kod yang dah di copy sebelum ni. Klik update dan dah siap!
  • 6. Artikel awal yang guna sebagai draft tu dah boleh delete.

Ternyata bila dah adjust balik kod HTML bagi semua artikel yang di copy paste sebelum ini, keesokan harinya jumlah artikel yang keluar pada homepage meningkat kepada lima.
Yahooooo..tapi kemudian..

Sedihnya..

 Sebab langit tak selalunya cerah..sobsob..

Bila saya post artikel seterusnya, jumlah artikel di homepage kembali menurun kepada empat artikel sahaja.
Sobsob..

Punca Kedua : Tak Masukkan Jump Break dalam Artikel

Sejujurnya saya tidak tahu apa fungsi jump break dan tidak pernah menggunakan butang itu. Namun disebabkan masalah yang berlaku, baru saya tahu jump break digunakan untuk memotong intoduction artikel yang berada pada homepage.

Maksudnya, jika kita klik insert jump break pada perenggan pertama artikel, pengenalan yang akan keluar di homepage adalah sehingga setakat jump break itu sahaja. Jika ingin baca lebih lanjut, maka pembaca perlu klik pada perkataan read more.

Jump break biasanya diletakkan pada akhir perenggan pertama artikel.

Kenapa Jumlah Artikel di Homepage Blog Hilang
Letak jump break pada akhir perenggan pertama dan klik simbol seperti dalam gambar

Jadi apa kaitan di antara jumlah artikel yang berkurangan dengan insert jump break?

Saya tidak tahu tetapi mengikut logik fikiran, jika Google menyimpan terlalu banyak pengenalan pada halaman pertama blog, jadi susunan kod tentu agak berserabut. Maka tidak mustahil ada artikel yang hilang kerana tenggelam pada halaman pertama.

Artikel ini tidak hilang selamanya daripada blog tetapi hanya hilang pada homepage sahaja ya. Di page kedua, artikel seterusnya akan keluar dan artikel yang hilang pada halaman pertama tidak akan anda temui. Namun ia tidak bermaksud artikel anda hilang daripada Google search engine.

Ala..boleh buat analogi macam seorang budak kurus tidak dapat dilihat kerana diselindungi oleh budak gemuk di hadapannya. Ha..macam tu la apa yang saya bayangkan. Kalau salah kefahaman saya ni mohon maaf ye sebab saya bukan orang teknikal :P

Jumlah Artikel di Homepage Kembali Pada Asal

Selepas menambah jump break pada artikel barulah saya boleh tarik nafas lega. Tiada lagi masalah jumlah artikel berkurangan dan hilang daripada homepage.

Kenapa Jumlah Artikel di Homepage Blog Hilang
Dah berjaya! Total 6 artikel per page lulus!

Inilah antara sebab kenapa saya suka cuba selesaikan sendiri masalah di blog terlebih dahulu kerana setiap kali berlaku masalah, saya tentu akan dapat lebih banyak ilmu berguna. Dan ilmu yang ada ini tak baik disimpan seorang kan, jadi sebab itulah saya kongsikan di sini. Semoga bermanfaat ya!

10 ulasan:

  1. Wahhh pandai lah rini ,, x terlintas pasal jump break tu hii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan saya pandai kak, Allah kasi ilham ^_^

      Padam
  2. Ohh tak tahu jugak sebelum ni fungsi jump break tu.. Ralit baca dari awal sampai akhir barulah faham problem..nanti nak try lah apply apa yang kak rini share ni.. 👌

    Thank you

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti masukkan jump break dalam setiap artikel yang husniey tulis tau. At least tak perlu tukar dah kalau ada apa2 jadi lepasni..

      Padam
  3. Oh, baru tahu tak boleh copy. Terima kasih atas info.

    BalasPadam
  4. Ana pun skrg copy paste dlm whatsApp je dulu. Mujur ada 2 nombor so senang lah copy paste tu.

    BalasPadam
  5. Baru tau rupa2nya blog pun ada jump break.. hehehe

    BalasPadam
  6. kalau artikel panjang sangat, memang jadi macam tuh,

    BalasPadam
  7. dulu kalau muncul masalah mcm ni sy rajin dok godek2 tp sekarang mmg x de masa nk buat mcm tu... thumbs up utk puan blog krn berjaya selesaikan satu persatu maslah yg timbul

    BalasPadam