Khamis, 16 Ogos 2018

i-Suri KWSP bagi Suri Rumah Kini Dibuka untuk Pendaftaran


Berita baik untuk para suri rumah, i-Suri KWSP kini dibuka untuk pendaftaran!

Pendaftaran i-Suri atau Caruman Sukarela Insentif Suri telah boleh dilakukan bermula semalam bersamaan 15 Ogos 2018. Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang telah mendaftar di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan ke akaun persaraan bagi melayakkan mereka mendapat insentif kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan.


i-Suri KWSP Kini Dibuka untuk Pendaftaran


Golongan yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP di mana-mana 67 cawangan KWSP bagi menyertai program i-Suri. Individu yang telah membuat pendaftaran akan menikmati manfaat sama seperti ahli KWSP yang lain iaitu dividen tahunan bagi simpanan persaraan, pengeluaran pada peringkat umur 50, 55 dan 60 serta bantuan kematian dan hilang upaya.

Statistik eKasih menunjukkan terdapat 221,890 suri rumah, 98,536 balu dan 28,116 ibu tunggal daripada golongan miskin tegar layak menerima insentif kerajaan melalui i-Suri. Orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000 untuk sebarang pertanyaan mengenai i-Suri.

Untuk persoalan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000 serta melayari laman web www.kwsp.gov.my atau mengunjungi mana-mana cawangan KWSP di seluruh Malaysia.

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. Saya pun ingat nak pergi tanya jugak walaupun rasanya tak layak. At least puas hati dapat tau layak atau tak..

      Padam
  2. ini untuk yang memang tak pernah akaun kwsp ke?

    Saya pernah buat akaun kwsp dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan awak, ini untuk golongan dalam kriteria tertentu..bukan yang dah pernah atau tak pernah ada KWSP. Nak tahu lanjut, baik tanya sendiri di KWSP supaya lebih jelas :)

      Padam
  3. good info.. semalam g kwsp tp urusan lain.. terdengar perbualan staff kwsp dgn pelanggan bgtau nama pelanggan xda dlm ekasih. dia bgtau ekasih ada 3 jenis.. utk kelayakan ni xtau ekasih jenis mana.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh awak dah dapat info lebih awal la Ejulz, saya belum tanya lagi di KWSP..

      Padam
  4. bestnyaaa sapa dapat nii. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal, untukng dapat kwsp. Rasanya saya tak layak..hurm..

      Padam
  5. Wuuuu... adakah akak salah seorang yg bertuah tu?! Hehehe nanti bolehlah belanja Hana selalu yaa?! Hohoho hashtag gegurau jaaa >_<
    .
    Thank you for sharing kak!!! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala akak tak bertuahla Hana..tapi kalau nak belanja tu, boleh je. Jom datang Terengganu akak belanja :D

      Padam