Khamis, 26 Julai 2018

Peraduan Menarik Julai 2018


Alhamdulillah saya menang contest Cerelac lagi! Yey!

Sebelum ni saya ada kongsikan tentang peraduan yang dianjurkan oleh Cerelac dan barang yang saya dah tebus dengan menggunakan voucher RM100 Cerelac di >> Cerelac : Voucher Percuma dan Freegift.

Pada masa itu, jumlah peserta yang sertai peraduan tersebut memang sangat sedikit. Jadi saya buat entry untuk maklumkan tentang peraduan Cerelac memandangkan jumlah voucher yang ditawarkan agak banyak. Tapi sayang sebab tak ramai yang sertai, mungkin tak ramai yang baca dan tahu tentang peraduan itu. Kalau tak silap saya hanya 10 peserta yang sertai manakala voucher yang ditawarkan adalah sebanyak 50 keping. Jadi memang sah-sah lah 10 orang yang sertai itu akan dapat voucher RM100 Cerelac :D


Peraduan Menarik Julai 2018


Untuk makluman, Cerelac selalu anjurkan peraduan di facebook fanpage nya. Jadi kalau taknak terlepas peluang menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Cerelac lagi, apa kata like dan set see first pada notification Cerelac. Klik link Fanpage Cerelac dan jangan lupa like okay.

Jom tengok dua (2) peraduan yang boleh disertai dalam bulan Julai. Saya dah sertai, anda bila lagi? Jangan sampai terlepas tarikh tutup ye.



Peraduan DSG 45th Anniversary


Disposable Soft Goods atau nama singkatannya DSG merupakan sebuah syarikat pengeluar lampin pakai buang berjenama PetPet, Fitty dan Certainty ingin meraikan ulangtahun ke-45 tahun mereka dengan menganjurkan peraduan DSG 45th Anniversary.

Tiga (3) hadiah utama setiap bulan berupa percutian ke Disneyland Hong Kong dan 100 hadiah mingguan berupa voucher daripada KFC dan Burger King ditawarkan kepada setiap pemenang.

Macammana nak sertai peraduan ini?

1. Beli mana-mana lampin pakai buang berjenama Fitty @ Petpet @ Certainty bernilai RM45 ke atas.
2. Muatnaik resit dan hantar maklumat peribadi ke nombor 012-6168803.

Layari laman web DSG untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup adalah pada 30 Julai 2018.
Saya telah menang hadiah mingguan. Harap dapat jadi pemenang mingguan pula :P



Peraduan Nestle Jurawwsic Challenge


Senang sangat cara nak sertai peraduan ini. Hanya minta anak anda makan cereal Nestle dengan gaya seekor dinosaur. Ambil gambar atau video kemudian upload ke ruangan komen facebook fanpage Nestle Breakfast Cereals Malaysia. Klik Nestle Cereal untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup adalah pada 15 Ogos 2018.

Jadi apa tunggu lagi? Jom menang bersama-sama. Goodluck and all the best :)

24 ulasan:

  1. Tahniah jadi pemenang, tak tau ada peraduan .. Kalau tau Bro join

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro join yang latest kat atas tu. Sayang kalau pakai produk dia tapi tak join, mana tau ada rezeki kan..

      Padam
  2. Tahniah kepada semua yang sertainya tu. Tapiii memang tak tahu langsung pasal peraduan ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Next time kalau ada peraduan lagi, sy up kat facebook. Nanti CikTie join sama tau..

      Padam
  3. Allhamdulillah... tahniah rini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, thanks Kak Sheila :)

      Padam
  4. murah betul rezeki akak. Nak join tapi tak guna produk ni hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Aah, takkan Farhana pakai pampers pulak..erm tapi bukan pakai ke :P

      Padam
  5. Balasan
    1. Alhamdulillah, thanks Mrs Pip :)

      Padam
  6. tahniah!! x dpt nk join contest2 tu sbb tkde baby and budak kecil kt rumah ni :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan seddih Khairil, nanti produce baby cecepat tau. Lepastu join sesama..

      Padam
  7. untuk menembusi hadiah anda..
    pergh ayat dia hehe..

    btw tahniah =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahhaha..perasan jugak part tu. Rasa nak pm je dia gtau ayat tu salah :D
      Btw thanks Siti..

      Padam
  8. Tahniah! Tahniah! Tahniah!! kak!!! >_< Semoga sentiasa bertuah hehehe :3 *Psstt!! Happy weekend <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiinnn..hahaha. Happy weekday Hana, pi sekolah nu. Jangan ponteng :P

      Padam
  9. allhamdulillah... tahniah rini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..terima kasih kak Sheila :)

      Padam
  10. tahniah.
    aida jarang join contest sebegini.
    teringin... tapi tu la, tak brape rajin hu hu hu hu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya memang cari contest untuk join sebab kebanyakkan yang anjur contest ni, saya pakai produk diorang. Rasa rugi kalau tak join, itu yang gigih sangat join tu :D

      Padam