Isnin, 16 Julai 2018

Hadiah Comel daripada Shikinrazali.com


Alhamdulillah, saya dapat hadiah comel daripada sahabat blogger Shikinrazali.com!




Saya mengenali blog kepunyaan sis Shikin Razali ini seawal tahun 2014. Pada waktu itu, nama blog beliau masih lagi Starlavenderluna.blogspot.com. Saya pada ketika itu masih terkial-kial nak buat blog tapi sis Shikin dah sampai ke tahap blogger otai.

Kemudian saya berhenti berblog dan kembali aktif pada tahun ini. Kali ini perkenalan berpanjangan kerana saya menyertai team yang sama dengan sis Shikin iaitu team BPT, cuma kami masih belum berkesempatan bertemu mata.

Rupanya sis Shikin juga berasal dari Terengganu tetapi kini menetap di Sepang. Selain sibuk dengan kerja hakiki sebagai seorang Pembantu Perpustakaan, beliau juga menawarkan perkhidmatan urut terapi buang angin bagi muslimah di sekitar kawasan Sepang.

Hebat wanita ini sebab dapat membahagikan masa dengan baik antara kerja hakiki, kerjaya sampingan, blogger dan sebagai seorang isteri!

Sis Shikin juga merupakan orang pertama yang berkongsi maklumat kepada saya mengenai kewujudan group Whatsapp BPT. Kalau tidak saya mungkin akan jadi ahli team BPT tak sah taraf hingga akhir hayat. Terima kasih sis Shikin :D

Saya ada kongsikan ceritanya di >> Ahli Blogger Pantai Timur Tidak Sah Taraf.

Disebabkan dah mula kenal, jadi sekali sekala saya tinggalkan komen di ruangan komen blog sis Shikin. Tapi tak sangka pulak yang sis Shikin memang hargai komen yang ditinggalkan di blognya dan sering beri hadiah kepada blogger yang melawat dan komen di blognya.




Rezeki saya pula kali ni untuk terima hadiah daripada sis Shikin, hadiah pun comel dan kiut je. Buku nota mini dan magnetic bookmark yang comel, alahai..rasa sayang pulak nak buka plastik. Terima kasih kepada sis Shikin untuk hadiah penghargaan ni. First time saya dapat hadiah semata-mata sebab komen.

Bersemangat rasanya nak komen lagi lepasni :P

Kepada rakan-rakan yang mencari tukang urut terapi muslimah untuk buang angin, boleh hubungi sis Shikin ye. Boleh pilih samada nak urut di rumah atau pergi ke rumah sis Shikin sendiri. Cas perkhidmatan pula antara RM35 dan RM45 sahaja. Hubungi nombor di bawah untuk maklumat lanjut.




Buat sis Shikin, semoga berjaya dalam semua perkara yang sis lakukan dan sentiasa dimurahkan rezeki. Jom serbu blog sis Shikin di shikinrazali.com. Mana tau ada peluang untuk dapat hadiah comel juga, tapi jangan lupa tinggalkan komen dulu ye :)

18 ulasan:

  1. comelnya magnetic bookmark tu! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kiut dan comel sangat! Sayang nak buka plastik :P

      Padam
  2. cutenyaa.. seronok dapat hadiah kan.. singgah follow..")

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok sebab comel :D
      Thanks sudi singgah sini :)

      Padam
  3. kalau dkt nk jg cuba service shikin ni... ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah kan? Saya pun terfikir servis buang angin badan tu macam best je kalau dapat buat. Mesti berangin je..

      Padam
  4. Tahniah, memang comel betul hadiah tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kiut miut sangat kan? Saya suka!

      Padam
  5. sahabat blogger aida ni.
    kalau aida ada masa, sure nama aida naik as top komentator blog shikin :)
    suka tinggalkan komen di blog yg aida singgah.
    jadi habit dah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, nama aida selalu naik di top komentator. Memang hebatlah camni..tapi memang bagus tinggalkan komen, senang orang nak tau kewujudan kita. Saya pun buat macamtu..

      Padam