Rabu, 18 Julai 2018

Alexa : Nilai Regional Rank Naik Tapi Global Rank Turun


Kenapa nilai regional rank Alexa naik tapi global rank turun?

Setelah dua minggu berturut-turut nilai ranking Alexa naik, kali ini ia kembali turun. Sedih sangat bila nilai regional rank daripada 12,000 naik sehingga 35,000 padahal entry blog sentiasa dikemaskini.

Walhal sebelum ini kalau post artikel baru, mesti nilai ranking Alexa akan turun perlahan-lahan walaupun lambat. Tapi kali ini nilai Alexa bagi regional rank consistent naik hingga mencecah 35,000.

Apa yang labih menghairankan adalah nilai pada global rank tidak berubah, tetap pada nilai yang sama iaitu sekitar 1,600,000.
Tapi kenapa???

Pelbagai cara saya buat untuk turunkan kembali nilai regional rank ini. Cari maklumat di Google, tanya soalan di Google Forum dan cuba teknik try and error pada blog. Lebih malang bila tiada satu pun artikel yang saya baca membincangkan masalah seperti yang sama alami.

Kebanyakannya berkongsi tips cara untuk turunkan nilai Alexa saja :(



Alexa : Nilai Regional Rank Naik Tapi Global Rank Turun



Jadi akhirnya saya pilih untuk abaikan sahaja nilai tersebut memandangkan nilai pageview harian sentiasa meningkat setiap hari.Bagi yang masih belum jelas tentang Alexa, nilai regional rank menunjukkan populariti sesuatu blog di dalam negara manakala nilai global rank pula menunjukkan populariti di peringkat seluruh dunia.

Jadi dalam hal ini, jika dikatakan blog saya kurang popular di Malaysia memang sangat mustahil kerana 100% pembaca adalah dari Malaysia dan saya juga set kan pada setting blog untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.

Semalam membawa berita bahagia bila nilai regional rank Alexa mengalami penurunan daripada 35,000 kepada 32,000.
Akhirnya...sobsob..

Hasil pembacaan di Google, beberapa langkah di bawah boleh mempengaruhi penurunan bacaan nilai Alexa. Tak pasti betul atau tidak sebab ada sesetengahnya saya dah lama buat tapi nilai Alexa masih tetap naik.

Tapi kalau kawan-kawan nak cantikkan lagi nilai Alexa, mungkin boleh cuba langkah di bawah.


Langkah Pertama - Ubah Bahasa pada Setting Blogger (1)

1. Log masuk Blogger > Setting > Language and formatting
2. Pilih Malay


Langkah Kedua - Ubah Bahasa pada Setting Blogger (2)

1. Log masuk Blogger > Setting > User settings
2. Pada Language on blogger.com (bergantung kepada profile yang kita pilih samada Google + atau Blogger), klik Google Account pada Define on your (setting saya guna Google +)
3. Masukkan Preferred Language


Langkah Ketiga - Letak Toolbar Alexa pada Google Dekstop

1. Klik Alexa Toolbar
2. Klik Install Alexa Browser Extension
3. Akan keluar tab baru Alexa Traffic Rank > Klik Added to Chrome
4. Lepas ni kalau nak check nilai Alexa, cuma klik saja pada icon Alexa tu.
Tak perlu Google dah.


Langkah Keempat - Masukkan Maklumat Yang Lengkap di Post Settings

Boleh baca di >> 5 Sebab Nilai ranking Alexa Turun.



Kesimpulan tentang masalah yang saya hadapi, nilai regional rank naik tapi global rank turun? Google sedang kemaskini datanya jadi mempengaruhi nilai regional rank blog saya di Alexa, sedapkan hati sendiri je ni :P
Jawapan tepatnya saya masih tak tahu.

Untuk memudahkan saya menyemak nilai Alexa setiap hari, saya install aplikasi Sinium SEO di telefon bimbit. Jadi jika saya nak tahu nilai ranking naik atau turun, saya tak perlu buka laptop untuk check pada toolbar atau taip pada google. Saya cuma buka Sinium SEO dan masukkan nama blog sahaja.


Alexa : Nilai Regional Rank Naik Tapi Global Rank Turun


Aplikasi ini memang sesuai dipasang di telefon bimbit para blogger.

Harapnya selepas ini, masalah berkaitan blog ni dah makin berkurangan. Nanti saya kongsikan pula cara saya berhadapan dengan masalah artikel tak terindeks di Google. Puas mencari sampai nak give up dengan blog ini dan buat blog lain dah. Nasib baik tak buat baru..

Nak tahu tak macammana caranya? Boleh komen Yes kat bawah :P

54 ulasan:

  1. A.S awak pun seorang pakar SEO jugaklah betul tak?...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taklah awak, kalau saya pakar SEO mesti ranking blog saya di tahap yang best..haha

      Padam
  2. wawa tak faham sangat sistem alexa ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak pening jugak kalau first time nak belajar pasal SEO, sama dengan saya..lama2 fahamla slow2..

      Padam
  3. Balasan
    1. Pening sikit pasal alexa ni, saya pun tak berapa reti jugak :D

      Padam
  4. alexa bukan berbayar dah ke skrang ni sis?tak pandai alexa ni..ritu nk cek ranking pon tak lepas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berbayar sis tapi saya register trial, sebelum sampai tarikh matang saya terminate jadi tak perlu bayar. Free boleh check sampai sekarang :)

      Padam
  5. Pernah check juga tapi tak letak dalam blog link tu. Senang nak check kalau letak kat blog kan. Actually tak la berapa arif tentang Alexa ranking bagai ni tapi penting untuk pengiklan nak notice kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun main godek-godek juga, masih tak berapa faham jugak. Harap lepasni ranking blog akan lebih baik..

      Padam
  6. Masa- masa mula blogging dulu selalu gak check..la ni dah malas nak check walau komited pada blog..lepas ni nak check la..hehehe...alexa ni more untuk tahu kedudukan blog kita mengikut popularity luar dan dalam negara kan..x tau la SA nyer blog tangga ke berapa..last time check 29K++ in Malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun aritu bersemangat nak check tapi bila start dah makin bertambah nombor ni jadi geram pulak..aish..

      Padam
  7. saya selalu juga check alexa, hampir setiap minggu check & sometimes ada naik dan ada turun..nice sharing.. byk juga psal alexa yg saya tk tahu..

    Aerill Hassan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun banyak yang masih taktau. Sekarang tengah pening apsal ranking global dan regional ni bercanggah sangat nilainya >_<

      Padam
  8. mek pedulikan pv mek harian dan bulanan. lagi stu post tu kena exceed dengan mek punya target. heheh. yg ni tk prnah tekan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penting jugak untuk tengok nilai alexa sebab boleh tau macammana progress blog kita. Cuma bila nombor naik tu, rasa tak bestla pulak..

      Padam
  9. Oh.. it's a great post to know about our alexa ranking.. it's important to know our own site well..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah indeed..atleast we could improve our blog site if we detect increase in number of alexa rank.

      Padam
  10. to be honest i dont understand. haha. but will try to understand. thanks for introducing us to something new

    BalasPadam
  11. Senang baca tulisannya. Jadi nambah ilmu SEO nih. Terus berbagi tulisan sebegini yah, soalnya penting banget buat kita para blogger. Makasihh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak berapa mahir dengan SEO Abby, nak berkongsi selalu pun tak dapat >_<

      Padam
  12. tak pernah lagi global turun, selalunya regional kejap naik, kejap turun sebab tak konsisten hihi anyway harap blog akak kembali pulih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..thanks Pana, really hope la dia kembali pulih :(

      Padam
  13. Dulu rajinlah check..la ni dah malas nak check dah. Rasanya dh bertahun jugak tak bukak alexa ni..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..taknak check ke? Mana tau dah masuk bawah 10k..best tu :)

      Padam
  14. saya tak pernah tahu pun apa funsgi alexa ni mungkin lepas ni kena explore benda ni.. heee.. thanks for sharinggg sisss

    BalasPadam
  15. Perkongsian Yang sangat baik. Tambah ilmu saya pasal blog ni . Lepas ni kena praktikkan lagi untuk blog.

    BalasPadam
  16. Tq untuk perkongsian ini. Sedikit ilmu yang dapat saya manfaat dlm penambaikpulih penulisan di blog dan mampu meningkatkan ranking

    BalasPadam
  17. Thank you for furnish me Alexa information. I have read some article for Alexa. After read your post, I get better understanding for Alexa.

    BalasPadam
  18. dulu amik tau pasal alexa ni.. tp skrg dah tak.. huhu.. tp bila ada perkongsian ni rasa nak buat semula lak kaji pasal alexa ni... thanks share info berguna....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh check balik pasal alexa, nanti Wawa share apa yang dah dapat ye. Saya penat dah nak baca pasal alexa ni..huhu

      Padam
  19. saya pun dari dulu pening juga dengan alexa ni.. ranking ni penting tau untuk blogger yang buat paid review

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kalau PV sendu memang susah nak dapat paid review macam blog saya ni..aish..

      Padam
  20. Thanks for sharing tips like these, I will try and do more research to have a better understanding.

    BalasPadam
  21. Apa kebenda rank alexa.. Penting untuk blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penting jugak untuk tengok performance dan ranking blog kita Alexa ni Bro Ahmad..boleh google je pasal Alexa :)

      Padam
  22. Semoga ranking lbh naik lps ni:)

    BalasPadam
  23. kalau blog sy agaknya statik je dr mula smpi ke sudah hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takkanlah Anies, cuba check dulu. Mesti terkejut tengok page rank best nanti..

      Padam
  24. Zumal dah lama tak ambil tahu pasal ranking blog. Tapi kalau tahu risau stress ja. Hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha..betul jugak tu Zumal. Tapi satu lagi yang best, kita mesti nak cuba turunkan rank tu kalau dah tau..macam penyakit je :D

      Padam
  25. Dah lama Ika tak check alexa ranting blog sendiri.Almaklumlah tak popular hahha.Entah berapa juta tah ranking Ika huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba check Ika, rasanya mesti dah turun nombor tu. Makin lam berblogging, makin turunla dia..agaknya sekarang blog Ika dah turun sampai bawah 10k kot..

      Padam
  26. aida x pernah cek alexa :)
    ada baca2 aje blogger update pasal ranking.
    aida kurang minat nak tahu plak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu..pendapat saya sebagai blogger memang kena tau kedudukan ranking blog kita di tahap mana. Atleast kalau tau, kita boleh cari jalan macammana nak turunkan nilai tu..ni cuma pendapat sendiri je, kalau tak check pun takpe Alexa ni :)

      Padam
  27. Untuk sekarang ini rank alexa masih besar di blog saya, semoga nanti makin ciut..

    Ternyata ada aplikasi hp nya buat cek alexa..
    Oke keren nian lah..

    Salam : konten gaptek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh check rank alexa di blog je, makin senang kan sekarang?

      Padam