Sabtu, 30 Jun 2018

Cerelac : Voucher Percuma dan Freegift


Dua hari lepas, saya terima bungkusan daripada PosLaju. Satu kotak besar yang nampak macam berat tapi tak berat mana pun. Tengok dari kotak dah tau bungkusan tu dihantar oleh Cerelac. Maknanya barang yang saya order melalui Shopee dah sampai. Yey! Tapi percaya tak saya cuma bayar RM5 sahaja untuk dapat kesemua barang dalam kotak besar ni?


Cerelac : Voucher Percuma dan Freegift


Saya telah sertai satu peraduan di Facebook yang dianjurkan oleh Cerelac dan terpilih menjadi salah seorang daripada pemenang. Hadiahnya adalah voucher barangan Cerelac berjumlah RM100 yang perlu ditebus melalui Shopee. Maknanya saya perlu buat belian melalui NestleOfficialStore dan membuat belian barangan Cerelac sahaja sebelum voucher bernilai RM100 tu expired.

Sebenarnya total harga untuk kesemua barang yang saya terima ni adalah dalam anggaran RM160 tetapi saya cuma bayar RM5 sahaja semasa proses tempahan. Banyak penjimatan kan? Yelah, bagi 9 bungkus Nutri Puffs, 2 kotak nestum, 1 plastik Omega Plus dan 2 mangkuk maggi saya cuma perlu keluarkan RM5 sahaja? Alhamdulillah..anda juga boleh dapatkan voucher RM100 daripada Cerelac ni secara percuma tau.


Cerelac : Voucher Percuma dan Freegift


Memandangkan saya cuma boleh menebus barangan Cerelac, jadi tak banyak pilihan yang ada. Kenapa? Sebab kebanyakan produk Cerelac adalah dalam bentuk makanan lembut seperti nestum tapi si baby kecil Ameera ni dah tak makan nestum. Sekarang Ameera makan nasi dan makanan pejal yang lain. Kebetulan masa saya sertai peraduan ni, Ameera baru berusia 6 bulan dan saya baru mula kenalkannya dengan bubur. Tapi sekarang Ameera dah masuk 10 bulan dan dah nak tumbuh gigi. Jadi dia lebih suka makan makanan pejal dan boleh dikunyah.


Cerelac : Voucher Percuma dan Freegift


Disebabkan tidak banyak pilihan yang ada jadi saya beli 9 bungkus biskut bijirin Nutri Puffs yang mana hanya ini sahaja makanan pejal yang boleh dikunyah ada dalam pilihan. Kemudian saya tambah dua kotak nestum untuk bayi berumur 8 dan 12 bulan setiap satu. At least kalau tak sempat nak masak, boleh guna nestum ni sebagai back up. Lagipun kakak pun boleh makan nestum berjemaah dengan adik.

Jadi total harga dalam RM106. Selepas ditolak dengan voucher dan coins yang ada dalam akaun Shopee, jadi saya cuma perlu bayar RM5 sahaja. Saya expect barang yang saya order itu sahaja yang akan sampai ke tangan, rupanya tidak. Saya dapat  tambahan freegift lagi dalam anggaran nilai RM60. Apa freegift tu? 1 plastik susu Omega 1kg dan 2 mangkuk maggi! Yay! Kebetulan saya memang selalu belikan emak susu Omega, jadi secara automatik susu ni akan jadi hak milik emak. Maggi pulak awal-awal kakak dah book untuk abi sebab abi suka makan maggi. Yang sedih maknya aje. Menang contest tapi hadiah untuk diri sendiri takde. Sobsob..


Cerelac : Voucher Percuma dan Freegift


Mesti ada yang tertanya-tanya ada lagi tak peraduan yang boleh disertai untuk menang voucher macam ni jugak. Ada, jangan risau. Kebetulan Cerelac sedang menganjurkan peraduan JomMammamKeluarga. Voucher RM100 untuk dimenangi buat 50 orang yang bertuah. Jangan terlambat untuk sertai ye sebab tarikh tutup adalah pada 30 Jun bersamaan dengan hari ini!! OMG saya pun baru perasan yang hari ini adalah 30 Jun dan saya pun masih belum sertai peraduan ni. Jom sama-sama kita wefie dengan Cerelac dan hantar ke peraduan tersebut sebelum jam 11.59 pm.

Tak cuba tak tau kan, mungkin rezeki anda pulak lepas ni dapat voucher percuma RM100.

19 ulasan:

  1. tahniah .... seronoknya tengok barangan yg dibeli ....

    BalasPadam
  2. alaaa tak makan produk cerelac ni. Tahniah akak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anna tak boleh join la camtu, nanti tak memasal kena makan nestum pulak :P

      Padam
  3. Terima kasih sebab selalu singgah di blog ejulz yg x seberapa ni :)
    1. Senarai Pengomen Tegar JUN 2018

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, ada nama saya terkeluar kat situ la..yey!!!!! :D

      Padam
  4. Bestnya! dapat sekotak besar dengan harga RM5.Seriously Hana is jealous hahah harap2 lepas ni makin murah rezeki lagi!! ^^ -amiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..harap Hana jugak dimurahkan rezeki, kalau dekat ni boleh akak share dengan Hana. Jauhla pulak >_<

      Padam
  5. Balasan
    1. In shaa Allah saya join nanti ye. Tunggu dekat closing date saya siap join. Hihi

      Padam
  6. Balasan
    1. Alahai takde rezeki Sha..nanti kita share contest lain yang best pulak ye. Mana tau ada rezeki Sha lepas ni..

      Padam
  7. banyak betul brg2nya... boleh jimat belanja dapur ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Bolehla jimat sikit dari takde kan..

      Padam