Saturday, 5 May 2018

Hadiah Daripada Prego Malaysia


Alhamdulillah, nampaknya bulan April dan Mei adalah bulan istimewa bagi saya. Selain menyambut ulang tahun perkahwinan, ia juga bulan saya dapat bercuti bersama ibu, ayah dan adik beradik. Tak lupa juga bulan saya menang banyak hadiah :D


Hadiah Daripada Prego Malaysia


Saya terima hadiah daripada Prego Malaysia ini sehari selepas terima hadiah Eye Warming Massager daripada Renault Malaysia. Pada ketika hadiah dihantar, kami tiada di rumah. Masih juga jiran yang tolong simpankan tapi kali ini jiran yang tinggal di rumah sebelah kanan pula. Terkejut juga masa ambil hadiah daripada jiran sebab kotaknya besar dan berat. 
Tak tahu apa isi yang ada di dalam.


Hadiah Daripada Prego Malaysia


Macam biasa proses membuka kotak berisi hadiah memang amat mengujakan. Terasa berdebar-debar seolah ingin bertemu kekasih hati. Sebaik kotak dibuka..tada! Stok makanan daripada Prego beserta kalendar 2018. Orang yang paling gembira adalah kakak Auni. Makanan kegemaran dia datang dalam kotak besar, hari-hari pun boleh request nak makan apa. Boleh jadi stok makanan kakak hingga akhir tahun nanti.

Terdapat 16 tin sos (8 perasa berbeza x 2 tin setiap satu), 6 plastik pasta serta 1 kalendar terdapat di dalam kotak hadiah ini. Kebiasaannya saya hanya akan beli pasta Angelhair dan Sphagetti beserta sos Carbonara Cendawan dan Tradisional apabila ke kedai, memang jarang saya beli yang lain. Iyelah, untuk masak sphagetti bolognese atau carbonara sahaja. Rupa-rupanya masih banyak lagi sos pasta yang saya tidak tahu.


Hadiah Daripada Prego Malaysia


Antara pasta yang saya terima adalah 2 x Sphagetti, Angelhair, Fettucine, Macaroni dan Spiral. Manakala untuk sos pula, 8 jenis sos berbeza yang diterima adalah sos Carbonara Cendawan, Ayam Cendawan, Keju dan Herba, Cendawan, Tomato, Selasih dan Bawang Putih, Alfredo Cendawan, Lada Hitam dan Tradisional. Sos Ayam Cendawan dan Lada Hitam merupakan produk terbaru daripada Prego Malaysia.


Hadiah Daripada Prego Malaysia


Ternyata setiap sos memberi rasa yang unik dan berbeza. Sebagai contoh, hari ini saya memasak pasta Spiral dengan sos Ayam Cendawan untuk dijamu kepada adik yang datang singgah ke rumah. Suapan pertama beliau terkeluar perkataan 'sedapnya'. Mungkin disebabkan rasa berbeza daripada pasta yang selalu saya masak sebelum ini. Elok juga jika saya sering tukar perasa sos pasta ni. Boleh pelbagaikan rasa makanan dan mungkin rasanya lebih sedap dari yang biasa dimakan.

Saya telah mencuba sos Carbonara Cendawan, Ayam Cendawan, Keju dan Herba serta Tradisional. Bagi saya, sos yang paling saya suka adalah sos Ayam Cendawan. Rasanya lebih sedap dan berkrim membuatkan saya makan tanpa henti. Jadi, sos Ayam Cendawan berada di ranking pertama pilihan perut saya. 


Hadiah Daripada Prego Malaysia


Lepas ini saya nak cuba masak pasta dengan sos Lada Hitam dan Alfredo Cendawan. Nampak unik sangat cuma masalah utama adalah tidak tahu resepi. Tapi jangan risau, kita buat macam biasa. Try and error dan cari resepi online. Lepas makan banyak pasta, harap lepasni bolehlah kami anak beranak cakap Bahasa Itali dengan fasih walaupun tak belajar :D

Oh, lupa nak beritahu. Peraduan Prego ini dah berakhir sejak Februari 2018. Jadi tak dapat nak kongsi peraduannya. Saya pun tak sangka akan menang sebab dah lama sangat peraduannya berakhir. Walaubagaimanpun, terima kasih Prego Malaysia atas hadiah yang tak disangka ini :)

Untuk yang berminat nak lihat resepi pasta daripada Prego, boleh rujuk di Prego Malaysia.

22 comments:

  1. banyaknya dapat.puas lah berprego.
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kenyang tapi hantar sikit kat umah mak dan mak mertua ni..

      Delete
  2. Tahniah dear.. rezeki Allah kan luas. Seronok dpt hadiah.. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki Allah kasi, thanks Shah :)

      Delete
  3. Alhamdulillah.. Betul-betul rezeki besar nie.. Puas makan pasta ye sis.. Tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kenyang makan, terima kasih Sha :)

      Delete
  4. Maha Suci Allah.

    Inilah dinamakan rezeki yang tidak disangka-sangka

    tak terfikir nak menang..

    tetapi Allah bagi juga

    Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mrhanafi, Alhamdulillah rezeki Allah kasi :)

      Delete
  5. seronoknya dapat macam-macam dari prego

    ReplyDelete
  6. Wow, congrats! Bestnya dpt hadiah dr Prego! Mcm2 perisa pulak tu. Akak jelez.... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala..jangan jeles kak, mai datang rumah..saya masak special untuk akak :)

      Delete
  7. Tahniah! Tudia.. banyaknya xD

    ReplyDelete
  8. banyaknyaaaa habis laa nnt dah mkn semua lidah pun bertukar slang italy hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah anies walaupun tak pi belajar bahasa Itali pun :D

      Delete
  9. sedapnya.. tahniah..
    ni 7 keturunan makan spageti x habis nih.. hahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silapla Pha Is, dah nak habis. Tak sempat sampai raya dah habis kot, jangan tunggu 7 keturunan..haha

      Delete
  10. wahhhh bestnya dapat hadiah dari prego! Fav brand kot kalau bab spaghetti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh like page Prego Malaysia kat fb awak, aritu ada beberapa contest jugak prego buat. Mana tau ada rezeki menang kan..

      Delete