Wednesday, 2 May 2018

Terima Hadiah Eye Warming Massager Panasonic EH-SW50-p


Berminat nak menang hadiah berupa Eye Warming Massager Panasonic ni tak?
Kalau berminat, sila teruskan membaca.

Alkisahnya, sebaik sahaja kami sampai ke rumah dalam jam 12.30 pagi pada Ahad lalu, jiran datang menghulurkan bungkusan plastik pada kami. Kebetulan beliau pun belum tidur. Jadi selepas mengangkat semua beg dan barang ke dalam rumah, kami terus buka bungkusan plastik yang diberi jiran tadi.


Terima Hadiah Eye Warming Massager Panasonic


Perasaan setiap kali nak buka bungkusan plastik berisi hadiah memang selalu dup dap dup dap. Memang tak sabar nak tengok apa yang ada di sebalik plastik. Jadi dengan penuh keterujaan kami menggunting plastik bungkusan tesebut. Perlahan-lahan..
Tada!

Hadiah berupa Eye Warming Massager Panasonic dah selamat tiba ke tangan. Sebelum ni, kami dah diberitahu yang kami merupakan antara pemenang bagi peraduan yang disertai di Facebook. Jadi kami memang tertunggu-tunggu juga hadiah ini tiba ke rumah.
Alhamdulillah dah selamat sampai pun.
Terima Hadiah Eye Warming Massager Panasonic


Eye Warming Massager sesuai digunakan bagi mereka yang sering terdedah kepada penggunaan komputer seharian. Selain memberi kesegaran pada mata, ia juga membantu menghilangkan kedutan di kawasan sekitar mata serta mengurangkan eyebag dengan cara penghasilan steam pada suhu 40 darjah celcius dan sistem urutan secara getaran. Eye Warming Massager mampu menyegarkan dan melembabkan mata sekaligus menghasilkan kesan relaks dan tenang semasa digunakan.


Terima Hadiah Eye Warming Massager Panasonic


Dalam kotak Eye Warming Massager terdapat 4 komponen utama iaitu pad silikon peka suhu, plat, hook dan soket. Sebelum menggunakan eye massager, ia perlu dicas terlebih dahulu.

Cara penggunaan pula senang sahaja. Cuma perlu basahkan plat dengan air, pastikan air masuk ke dalam lubang plat dan renjis seketika untuk membuang air berlebihan yang terdapat di luar plat. Kemudian masukkan plat ke dalam pad silikon dan klik pada butang TEMP yang terdapat pada pad silikon. Set masa selama 12 minit pada handphone anda dan bolehlah mula memakai Eye Warming Massager.


Terima Hadiah Eye Warming Massager Panasonic


Terdapat 2 tahap getaran iaitu perlahan dan laju. Kelajuan getaran adalah auto-set, jadi tidak perlu klik pada butang Vibration. Anda boleh memakai eye massager ini samada secara baring atau duduk. Hook disediakan jika ia dipakai secara duduk untuk mengelakkan Eye Warming Massager daripada jatuh dengan cara melilitnya ke belakang kepala.


Terima Hadiah Eye Warming Massager Panasonic


Harga bagi Eye Warming Massager Panasonic EH-SW50-p adalah sekitar RM550. Oh, mahalnya! Kalau nak beli sendiri rasanya memang tak lah. Rezeki dapat free.

Benda yang baik haruslah dikongsi. Jadi kalau anda berminat nak dapatkan Eye Warming Massager ni atau pelbagai jenis hadiah lain yang menarik, boleh sertai ColourfulRaya Contest. Hadiah utama adalah sebiji kereta! Kalau ada rezeki, anda boleh menang samada hadiah berupa kereta, barangan jenama Panasonic Beauty atau voucher beli-belah. Tarikh tutup penyertaan dah tak lama iaitu pada 31 Mei 2018.

Nak join? Just klik link di atas tu ye dan selamat berjaya :)

12 comments:

  1. Wahh tahniah kak!!! ^^ bestlah dapat massage2 mata :3 hehe semoga murah rezeki lagi dan lagi!!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..aamiin..semoga masin mulut Hana..haha

      Delete
  2. sy igt harganya dlm sekitar rm100-rm200 btw tahniah tauu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ingat harga lebih kurang tu tapi bila check online, mahai..huhu

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih Sha :)

      Delete
  4. wahhhh nak join jugak lah! Tahniah tau dah menang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat lagi nak join ni Farhanna. Goodluck tau :)

      Delete
  5. tahniah! mula mula tengok kegunaan dia teringin nak beli sekali harga hm hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm..harga boleh buat orang makan megi tengah bulan kan?

      Delete
  6. Tahniah! First time dengar pasal alat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome YS, saya pun baru tau pasal alat ni sebab menang. Kalau tak, memang sampai sudah pun taktau rasanya :P

      Delete