Khamis, 31 Mei 2018

9 Tips Keselamatan Penting Sebelum Pulang Beraya


Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba. Pasti ramai yang telah membuat persiapan untuk menyambut lebaran tahun ini dengan perasaan riang gembira. Dalam kesibukan kita menyediakan persiapan lebaran, jangan leka untuk melaksanakan langkah waspada dalam aktiviti seharian bagi mengelakkan malapetaka menimpa.

Perkara yang paling menyeronokkan selain berbuka puasa dan sahur bersama adalah suasana ketika pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Kuih, baju, kasut, beg dan pelbagai barangan bertemakan hari raya tidak lupa untuk dibawa pulang bersama. Kemeriahan ketika pulang ke kampung ditemani kesesakan lalu lintas dan lagu raya adalah saat yang tidak dapat dilupakan.




Namun jika tidak dirancang dengan teliti, kemeriahan suasana perjalanan ketika pulang ke kampung halaman boleh menjadi mimpi ngeri. Cuba bayangkan semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, di pertengahan jalan baru anda teringat ada barang penting yang tertinggal. Atau juga mungkin anda baru teringat yang anda belum mengunci pintu dapur. 
Apa langkah anda seterusnya?

Rancang perjalanan anda, uruskan semua perkara penting sebelum memulakan perjalanan. Ini bukan sahaja dapat memastikan kelancaran proses pulang ke kampung malah mengurangkan risiko kemalangan pada harta benda dan keluarga.
Mari semak perkara yang perlu dilakukan sebelum pulang ke kampung untuk berhari raya.



1. Buat checklist barangan yang ingin di bawa pulang

Sediakan satu checklist barangan yang ingin dibawa pulang. Katakan anda akan bercuti di kampung selama seminggu, pastikan anda mencatatkan semua barangan yang ingin dibawa ke dalam nota checklist anda. Jika anda terlupa untuk membuat checklist, sebut pada pasangan anda barangan yang telah anda masukkan ke dalam beg. Minta pasangan anda ingatkan jika ada barangan yang belum disimpan. Pasangan anda bertindak sebagai checklist bagi anda. Jika tiada pasangan, anda boleh melakukan aktiviti ini bersama haiwan di rumah, itu pun jika mereka boleh berkata-kata :D




2. Servis kenderaan sebelum perjalanan.

Jangan mulakan perjalanan balik ke kampung selagi anda tidak melakukan servis pada kenderaan. Ini bagi mengelakkan masalah kereta tersadai di tengah jalan kerana breakdown. Check paras air, minyak dan perkara yang berkaitan. Anda boleh juga menghantar kenderaan ke pusat servis kenderaan untuk pemeriksaan optimum.


3. Isi minyak kereta secukupnya

Bagi yang akan pulang ke kampung halaman agak jauh dan perlu melalui lebuhraya, pastikan anda mengisi minyak kenderaan secukupnya. Kebanyakan petrol station di lebuhraya berkedudukan jauh antara satu sama lain dan amat sedikit kuantitinya. Ini amat menyulitkan jika kenderaan anda kekurangan minyak ketika dalam perjalanan. Walaupun anda boleh memandu keluar dari lebuhraya dan mencari pam minyak setelah itu, perkara ini akan menambah masa perjalanan dan melambatkan anda tiba ke kampung halaman.


4. Pastikan semua pintu dan tingkap rumah berkunci sebelum meninggalkan rumah

Penting untuk anda melakukan semakan terakhir pada setiap pintu dan tingkap rumah untuk pastikan ia berkunci. Pada musim perayaan, kes jenayah meningkat dua kali ganda lebih banyak dari biasa dan kes kecurian merupakan jenayah yang sering berlaku. Pastikan mangga yang digunakan untuk mengunci pintu kuat dan kukuh.




5. Cabut kepala tong gas

Nampak remeh tetapi jika tidak ditutup, ia boleh mengakibatkan kerugian beratus ribu ringgit. Anda tidak tahu samada terdapat kebocoran gas atau masalah lain yang boleh mengakibatkan letupan di dalam rumah anda. Jadi sebelum pulang ke kampung, buka dahulu kepala tong gas dan simpan. Elak sebelum terjadi.


6. Tutup suis dan cabut semua plug dari soket

Mungkin ada yang memandang remeh isu berkaitan mencabut plug dari soket serta mematikan suis barangan elektrik. Selain dapat menjimatkan tenaga elektrik, mencabut plug daripada soket juga mengurangkan peratusan berlaku kebakaran rumah. Sama juga halnya dengan mencabut kepala tong gas, lebih baik mencegah sebelum kena. Jika berlaku litar pintas semasa ketiadaan kita di rumah, ia mampu menyebabkan kebakaran.




7. Lapor kepada pihak polis, jiran atau ahli rukun tetangga

Jika anda merancang untuk bercuti lama, disarankan agar anda ke balai polis berdekatan untuk mengisi Borang Maklumat Balik Kampung. Borang ini disediakan bagi membolehkan pihak polis melakukan rondaan di sekitar kawasan rumah yang ditinggalkan oleh penghuninya semasa musim perayaan. Selain itu, anda boleh memberitahu jiran tetangga yang tidak pulang ke kampung untuk memantau rumah semasa ketiadaan anda.


8. Dapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan

Rehat dan tidur secukupnya sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung adalah penting bagi memastikan kesegaran tubuh badan dapat dikekalkan. Perjalanan pulang ke kampung sememangnya memenatkan kerana seharian berada dalam posisi duduk di dalam kereta. Selain itu, anda akan berhadapan dengan kerenah pemandu lain yang kadang kala boleh mencetuskan kemarahan. Kesesakan lalu lintas, mengantuk dan keletihan boleh membawa kepada masalah yang lebih besar iaitu kemalangan. Rehat dahulu sebelum bertolak dan jika keletihan ketika dalam perjalanan, berhenti rehat di R&R untuk mengembalikan kecergasan.


9. Rancang perjalanan

Pastikan anda mempunyai pelan rancangan sebelum bertolak pulang ke kampung halaman. Pada jam berapa anda akan bertolak, siapa yang akan pulang bersama, berapa banyak hentian anda akan berhenti atau beberapa perkara lain. Ini bertujuan untuk mengelakkan tersangkut dalam kesesakan dan sekiranya berlaku kesesakan jalanraya, anda tahu apa yang perlu dilakukan.



Jangan jadikan kegembiraan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri menjadi detik terakhir anda bersama keluarga. Elakkan malapetaka seperti kecurian, kebakaran dan kemalangan daripada berlaku.
Cegah sebelum terkena.

26 ulasan:

  1. dulu-dulu masa kecil rasa best sbb dapat pengalaman balik kg.. tpi sekarang rumah sendiri pun hanya 15 minit je dripd kg..

    Aerill Hassan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai mesti rindu zaman kecil-kecil dulu kan?

      Padam
  2. kereta mmng mnta diservis dah ni.. hehe nasib baik dpt bonus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, happy kereta dapat peruntukan raya. Saya tak dapat bonus :(

      Padam
  3. Kalau ditempat saya disebut Mudik Lebaran Mbak.

    Tips2 diatas memang perlu diterapakan agar rumah aman dan kita saat diperjalanan menjadi nyaman.

    Kalau boleh tanya, Upin dan Ipin Lebaran dimana yach... ? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh..pendek je ayatnya Mudik Lebaran. Hahahaha..tiap kali komen pun mesti tanya pasal Upin Ipin kan? Nanti saya kirim Upin Ipin ke Indonesia khas untuk awak Kang Nata :P

      Padam
    2. hahahah Betul---betul---betul.... Saya ni pengemar Berat Upin , Ipin, dan Cek ROs. :) Tolong sampaikan salam saya yach buat penulisnya. :) Salam Juga Buat Admin Blog ini, :)

      Padam
    3. Sayang sekali saya tak dapat nak tolong sampaikan salam mas sebab saya pun tak pernah jumpa upin dan ipin face to face. Lagipun jauh sangat nak ke pejabatnya..7jam perjalanan baru sampai..sorry ya mas :(

      Padam
  4. kdg2 sbb excited nk blk smpi lupa nk pastikn umah selamatšŸ˜Š

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayalah tu, tapi sejak berfamily ni..memang kena extra caution. Sayang keluarga.

      Padam
  5. Betul betul...kena wat checklist sebelum meninggalkan rumah... Slmt menyambut nuzul quran sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Canon Rider, selamat berpuasa ye :)

      Padam
  6. moga selamat pulang ke kampung. :)

    BalasPadam
  7. terima kasih.. semoga semua sahabat blogger dilindungiNya semasa balik kampung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..in shaa Allah. Thanks untuk doa :)

      Padam
  8. baru tahu ada borang maklumat balik kampung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha..dah boleh isi la lepasni Anna..

      Padam