Selasa, 24 April 2018

5 Sebab Nilai Ranking Alexa Makin Turun


Dua minggu lepas saya ada share tentang Adakah Nilai PV Meningkat Selepas Tukar Template Mesra SEO.

Pada masa itu ranking alexa bagi blog ini jika tak silap saya berada pada nilai 90 000++ bagi trafik rank di Malaysia. Geram je tengok nombor besar sangat, kalau tukar angka tu jadi duit okay la jugak.


5 Penyebab Nilai Ranking Alexa Makin Turun


Tapi sekarang nilai alexa dah berkurang menjadi 28 000++. Alhamdulillah, banyak penurunan dah. Lepas ni target nak masuk bawah nilai 10 000 rank, dapat tak dapat belakang kira. Kita niat je dulu :D

Saya pun tak tahu kenapa boleh turun banyak nilai alexa rank ni tapi ada beberapa perkara yang saya buat tiap kali nak post artikel baru. Saya rasa mungkin ini adalah antara penyebab yang membantu turunnya nilai alexa bagi blog nurzariniismail.com.


5 Sebab Menurunnya Nilai Ranking Alexa


1. Masukkan Permalink bagi artikel semasa membuat posting baru

Sebelum ini saya tidak pernah ubah pada ruang Permalink untuk sesuatu posting kerana pada anggapan saya ianya automatik. Walaupun ada ruangan custom untuk diubah sendiri, tapi kenapa perlu susahkan diri?

Rupa-rupanya Permalink membantu enjin carian mencari artikel. Jika saya letak tajuk yang panjang bagi sesuatu artikel, saya hanya perlu letak keypoint pada permalink yang memudahkan carian bagi enjin pencari.

5 Penyebab Nilai Ranking Alexa Makin Turun


Bahagian ini adalah bahagian crucial kerana jika kita telah menyiarkan posting, permalink ini sudah tidak dapat diubah lagi. Kecuali jika kita revert posting tersebut kepada draft, jadi kita boleh ubah pada permalinknya dan post kembali.

Akan tetapi jika kita ubah permalink selepas revert pada draft akan menyebabkan error pada blog yang boleh mempengaruhi enjin carian sekaligus mempengaruhi nilai alexa. Pendek kata jika mahu selamat, letak permalink yang terbaik dan jangan ditukar lagi. Itu lebih baik.

Namun bagi posting berbentuk giveaway, saya tak ubah permalink dan biarkan set secara automatik sahaja.



2. Masukkan Search Description bagi artikel semasa membuat posting baru

Bahagian Search Description membantu pembaca mencari artikel yang diingini dengan lebih cepat. Bagaimana caranya? Lihat gambar di bawah.

5 Penyebab Nilai Ranking Alexa Makin Turun


Serach Description adalah bahagian kita menulis rumusan bagi sesuatu artikel. Bahagian rumusan ini akan berada di bawah tajuk dan nama blog semasa dalam carian Google. Dengan adanya bahagian rumusan, ia akan membantu pembaca mengetahui isi penting yang kita bincangkan dalam artikel.

Jadi, jika kita dah tulis Search Description, pengguna mendapat gambaran awal tentang artikel kita. Secara tak langsung memudahkan pembaca.



3. Masukkan Title dan ALT pada gambar

Saya memang akan masukkan gambar pada setiap posting yang saya buat. Suatu hari, saya berniat nak tengok macammana gambar yang saya letak pada artikel akan keluar pada image carian Google. Jadi saya taip satu tajuk artikel saya pada Google dan tekan search image.

Apa yang mengejutkan, gambar yang saya letak pada artikel tersebut dah bertukar dengan artikel saya yang lain yang langsung tiada kaitan dengan gambar pada carian Google. Maknanya ada error pada blog tapi saya tak tahu.

Jika pembaca klik pada gambar tersebut tapi isi artikel tidak berkaitan dengan gambar, agaknya pembaca akan terus membaca? Tentu tidak.

Jadi untuk mengatasi masalah ini, saya mula masukkan title dan ALT image pada setiap gambar. Selain dapat mengelakkan masalah yang sama terjadi lagi, ia dapat membantu SEO bagi artikel kita.




Bagaimana cara nak masukkan title dan ALT image ni?

1. Right klik pada gambar yang diingini > Klik Properties
2. Masukkan Title Text dan ALT Text
3. Klik OK

Saya masukkan title text dan ALT text yang sama dengan tajuk artikel untuk mengelakkan kekeliruan. Terpulang pada anda nak letak title dan ALT text yang bagaimana.


4. Artikel yang panjang adalah lebih bagus

Seperti yang saya beritahu sebelum ni, Google menganggap artikel yang lebih panjang adalah lebih terperinci dan baik. Apa yang saya perasan, artikel panjang yang saya taip mendapat lebih banyak pageview di bandingkan dengan artikel yang pendek seperti giveaway yang saya sertai.

Jadi, kalau nak dapatkan nilai alexa yang lebih rendah kena mula menaip artikel yang lebih panjang kerana SEO lebih sukakan artikel yang lebih panjang. SEO suka, Google suka, tinggi pageview automatik raking alexa menurun.


5. Buat entry setiap hari

Yang ini memang tak dinafikan. Saya sedang dalam proses membuat entry setiap hari walaupun kadang-kadang tak sempat masa dan idea. Pilih satu masa yang memang anda senang nak menaip. Saya pilih menaip waktu tengah malam, awal pagi baru post. Tapi kadang-kadang tak tentu masa jugak.


Apa-apa pun harap membantu walaupun sedikit buat mereka yang berhasrat nak turunkan nilai ranking alexa. Bagi yang dah berada dalam ranking rendah tu, tahniah lah.
Doakan saya dapat join sama :P

26 ulasan:

  1. no 4 bleh buat tp yg no 5 n lain2 tuuuu... erkk😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya #5 tu bercinta jugakla nak buat..tak sempat kadang2

      Padam
  2. Tips baru ni. Thanks share :)

    BalasPadam
  3. Oh konsep dia makin rendah makin power erk? haha nampak sangat Hana tak serious berblog! hehe :3 anyway chaiyok!chaiyok! kak! Inshaallah boleh punya! ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah betul tu Hana..kalau Hana cuba check ranking alexa untuk google.com rating #1. Kira dia la yang paling power tu. In shaa Allah boleh..aamiin. Thanks Hana :*

      Padam
  4. bagus sangat tips ni, banyak ilmu dapat hari ni. Terima kasih kak auni :D

    BalasPadam
  5. Yang no 3 tu selalu lupa nak buat.. kikiki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..samalah dengan saya. Kadang2 dah pos baru adjust balik sebab lupa

      Padam
  6. siapa yang belum ada pengalaman dengan dashboard wordpress..inilah strategi yang biasa untuk plug in SEO..

    memang terbaik la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya memang tak reti wordpress, blog wordpress dulu pun dah ke laut..haha

      Padam
  7. Terima kasih kerana sudi singgah di teratak kecil ejulz yang x seberapa :)
    1. Senarai Pengomen Tegar APRIL 2018

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Ejulz inform, tak berapa sempat nak blogwalking sekarang. Nanti saya blogwalking rumah ejulz ye :)

      Padam
  8. Sebelum saya koment saye mau tanye, Upin Ipin ada disini tidak ? :)

    Sejujurnye saye tak tau ape penyebab Rank Alexa Jadi Kurus.

    Tapi klu boleh cakap sikit, dari pengalaman saya tulisan super panjang turut mempengaruhi Rank Alexa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha..napaan kamu nanya upin ipin di sini? Kakros saja yang ada. Upin sama Ipin nya enggak ada..haha. Kan? Saya pun setuju tulisan panjang pengaruhi alexa. Yang lain tu saya agak je :P

      Padam
  9. Mrs. A pun baru aje nak praktikkan permalink tu.
    Bila baca pos ni macam complicated lak rasa huhuuuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takdela complicated sangat Mrs A. Mula2 mungkin rasa leceh sikit tapi lama2 nanti automatik kita buat sendiri. Caiyok ye Mrs A :)

      Padam