Friday, 6 April 2018

Peraduan Menarik April 2018


Alhamdulillah..

Masih ingat lagi tak Peraduan PetPet yang pernah saya share sebelum ni? Kalau tak ingat, boleh refer balik di Contest PetPet Malaysia.

Sebelum ni saya dah terima Whatsapp dari PetPet beritahu bahawa saya adalah salah seorang pemenang bagi peraduan tersebut. Pihak PetPet beri pilihan samada nak tuntut voucher di pejabat atau dihantar ke rumah melalui Pos Malaysia.

Jadi saya pilih untuk dihantar melalui pos.
Tapi tiada jaminan dari pihak PetPet jika voucher hilang semasa proses pengeposan.

Saya okey je, kalau voucher tak sampai ke rumah maknanya takde rezeki lah tu.
Tapi hari ni nampak adik posmen masukkan surat dalam petisurat. Rasanya hadiah PetPet dah sampai. Yeay!

Peraduan Menarik April 2018


Voucher Mydin bernilai RM100 :)
Lepas ni bolehlah pergi shopping di Mydin.


Peraduan Scan dan Menang


Bagi sesiapa yang belum like facebook fanpage PetPet Malaysia, bolehlah like sekarang. PetPet sangat aktif menganjurkan peraduan.

Sekarang pun PetPet tengah menganjurkan Peraduan Scan & Menang.
Hadiah berupa produk penjagaan bayi organik dari Jepun untuk dimenangi.
Pasti menang! adalah tagline nya.

Macammana cara nak sertai Contest Scan & Win ni?

1. Beli 1 pek mega PetPet dengan logo 'Scan & Win'.
2. Keluarkan kad 'Imbas & Menang'.
3. Imbas kad QR atau hantar nombor siri.
4. Isikan e-borang dan tebus hadiah.

Yang paling penting, peraduan PetPet sangat senang diikuti tapi syarat wajib mestilah kena beli pampers PetPet. Tarikh tutup peraduan adalah pada 31 Julai 2018.

Rujuk syarat penyertaan di PetPet Malaysia untuk details.


Peraduan 125 Tahun Johnson's


Peraduan Johnson's juga masih berlangsung dan sekarang merupakan minggu ke-5 untuk Peraduan Meraikan 125 Tahun Johnson's.

Hadiah menarik berupa belon dan bakul berisi pelbagai produk Johnson's disediakan setiap minggu. Selain itu, satu tin comel  berisi 4 produk mini Johnson's juga menanti pemenang dan seramai 125 pemenang dicari pada setiap minggu.




Pada tin tersebut akan dicetak nama pemenang.

Jadi masih sempat kalau anda nak sertai peraduan 125 Tahun Johnson's ni sebelum ianya berakhir pada 30 April 2018.

Macammana nak sertai Peraduan 125 Tahun Johnson's?

1. Ambil gambar saat kegemaran anda dengan produk Johnson's.
Kalau taknak selfie, boleh mintak tolong suami atau anak yang bergambar.
2. Letak caption, tag dan hashtag Johnson's.
3. Share gambar anda di ruangan komen facebook JohnsonsbabyMY.

Rujuk syarat peraduan di Johnson's 125 Years Contest.

Atau anda juga boleh like fanpage Johnson's Malaysia. Senang untuk dapat update terbaru dari mereka. Dan yang penting Johnson's juga aktif menganjurkan peraduan.


Peraduan Jom Menang


Selain itu, Johnson's juga sedang menganjurkan Peraduan Jom Menang.
Peraduan ini berlangsung sehingga 2 Mei 2018.

Hadiah utama berupa sebuah motorsikal untuk dimenangi. Pelbagai hadiah menarik lain seperti multicooker, oven dan set pinggan mangkuk juga menanti pemenang bertuah.

Macammana cara nak sertai Peraduan Jom Menang?

1. Beli produk Johnsons/ Listerine atau Carefree di Mydin terpilih bernilai RM10 ke atas dalam satu resit.
2. Jawab soalan.
3. Tulis nama, nombor kad pengenalan dan jawapan pada resit.
4. Hantar ke nombor 010-274 2628 melalui Whatsapp.

Boleh rujuk Mydin Jom Menang Contest untuk maklumat lanjut.
Jom join sama-sama.

Tak sabar pulak nak tunggu hadiah dari Johnson's. Saya pemenang Peraduan 125 Tahun Johnson's minggu ke-4.
Alhamdulillah :)

16 comments:

  1. Tahniah sis, btw peraduan johnson tu menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Syiqin :)
      Jom join Johnson tu..mana tau ada rezeki nanti

      Delete
  2. puas tu berbelanja kt mydin byk brg boleh borong ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tapi macam taktau lagi nak beli apa, tunggu masuk Mydin dulu automatik habis la voucher tu nanti..

      Delete
  3. bestnya dpt hadiah :)

    https://aerillhassan.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..benda yang paling best dalam hidup salah satunya adalah dapat hadiah :D

      Delete
  4. Jomlah kita join hehehe >_< thanks for sharing kak!!! :3

    ReplyDelete
  5. tahniah menang
    wah banyak contest yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Hans :)
      Jom try join, mana tau ada rezeki nanti..

      Delete
  6. alhamdulilah rezeki sis menang voucher pet2 tu :) yang belum ada anak boleh join jugak tak peraduan lain2 tu? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh bolehlah Azah..semua boleh join. Beli pampers tapi hadiahkan kat member, before tu ambil dulu kod dalam plastik packaging pampers..haha

      Delete
  7. Saat yang paling indah sekali ialah shopping...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopping dan perempuan berpisah tiada..setuju mrhanafi!

      Delete
  8. wahhhh bestnya menang voucher pet pet! Rezeki kak auni nak bershopping!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..bolehlah nak belanja kejap. Sampai maximum limit voucher, hulur duit husband la pulak :P

      Delete