Monday, 2 April 2018

Lajukan Blog Melalui Gambar


Saya baru tahu yang kelajuan sesebuah blog juga dipengaruhi oleh gambar.
Sebelum ni saya cuma tahu yang jumlah gambar mempengaruhi space hosting.

Kenapa kita nak melajukan blog?
Penting ke blog yang laju loading nya?

Lajukan Blog Melalui Gambar

Hasil daripada bacaan, saya boleh katakan bahawa penting bagi sesebuah blog bersifat fast loading.
Kerana kelajuan sesebuah blog mempengaruhi jumlah PV.


Bagaimana caranya?

Bayangkan jika anda adalah seorang pelajar yang sedang membuat assesment last minute. Jam 2 petang, anda perlu menghantar assesment kepada pensyarah. Jadi anda mencari informasi di dalam internet untuk mendapatkan maklumat segera. Malangnya laman web yang sedang anda buka mengambil masa yang panjang untuk load. 

Anda ada pilihan samada membuka laman web lain yang lebih fast loading atau menunggu pada laman web yang sedang anda buka.

Yang mana pilihan anda?

Dalam keadaan terdesak, pastilah saya akan membuka laman web baru untuk segera menyiapkan tugasan, laman web yang lebih pantas dengan informasi yang sama.

Jadi anda nampak keperluan melajukan blog anda.


Selain mempengaruhi jumlah PV, ia juga akan mempengaruhi carian di Google.

Google akan mengutamakan laman web yang bersifat fast loading untuk berada di halaman pertama enjin cariannya. Selain itu, apabila pengguna membuka laman web dan segera menutupnya, Google membuat tafsiran bahawa kandungan dalam blog tidak sesuai dan meletakkan blog di halaman carian yang ke belakang.

Hal ini sudah tentulah akan mempengaruhi jumpah pengguna yang melawat ke blog sekaligus mempengaruhi nilai PV.

Walaupun blog saya ni langsung takde dalam laman pertama di enjin carian Google..sobsob..namun saya pun bercita-cita jugak nak tengok ia berada di laman pertama. Jadi mulai hari ini saya akan lebih berhati-hati dalam memasukkan gambar ke blog.

Apa ciri-ciri untuk gambar yang sesuai?

  • Gunakan gambar bersaiz kecil. Sekarang, saya cuma memasukkan gambar yang bersaiz <50kb. Semasa mengupload gambar, saya cuma pilih saiz medium atau small sahaja.
  • Kurangkan meletak gambar yang tidak perlu. Tapi untuk tutorial, saya rasa lebih banyak gambar itu lebih bagus, senang untuk dijadikan rujukan.
  • Kemaskini semula posting blog sebelum ini, buang semua gambar yang tidak sesuai. Yang ini saya tengah buat.


Namun bagi yang menggunakan hosting berbayar, saiz simpanan adalah lebih besar berbanding pengguna yang menggunakan hosting blogger percuma seperti saya ni. Jadi mungkin tiada isu tentang space dan kelajuan blog.

Dulu suka cari blog dengan gambar yang besar sebab senang nak tengok. Sebab tu suka letak gambar besar-besar. Sekarang dah tak boleh nak upload gambar besar dan kena limitkan jumlah gambar.

Semalam, loading time untuk blog saya adalah 0.45sec.
Pagi ni dah jadi 0.39sec.
Happy :)

14 comments:

  1. alamak shu memang suka letak gambar besar-besar dalam blog ni :( hukhuk

    btw. anak shu baru 3 tahun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke? Ingatkan dah 5 tahun, nampak macam besar je anak Shu dalam gambar :)

      Delete
  2. Oh.. berpengaruh jugak gambar dengan loading blog.Heheh thank you for sharing kak! >_<

    ReplyDelete
  3. Siqah akan compress semua gambar yang Siqah nak upload agar saiz gambar lebih kecil. Siqah suka letak original size untuk semua gambar dalam blog. Biar nampak besar dan jelas. Hihi.

    Masih belum kemaskini entri blog yang lama T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba compress sebelum ni tapi bila compare saiz, saiz gambar yang dikecilkan lebih rendah dari saiz gambar yang compress. Tapi nanti nak kena cuba check balik sebab tak bestla letak gambar kecik2 ni

      Delete
  4. nice sharing :)

    https://aerillhassan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. sy prefer letak gmbr2 terasa lbh puas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka letak banyak gambar tapi tengok speed dah tak berapa nak laju ni, risau pulak..

      Delete
  6. OH macam tu. nice info sis. sekarang da tahu :)

    ReplyDelete
  7. tahu pasal gambar pengaruhi kelajuan blog tu tapi memang suka letak besar supaya terang jelas tapi tak la letak banyak sangat :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak suka letak gambar kecil sebab nampak tak menarik dalam blog..saya pun sama jugak

      Delete