Wednesday, 11 April 2018

Adakah Nilai PV Meningkat Selepas Tukar Template Mesra SEO?


Hari ini adalah hari ke-15 saya menggunakan template mesra SEO.

Sebelum ini saya menggunakan template blogger yang biasa. Tujuan utama saya tukar template ni adalah untuk menaikkan nilai PV blog. Saya dah set dalam otak yang template baru ni mesti boleh menaikkan PV blog saya, tapi betul ke tidak?

Jadi hari ni saya nak share jawapan kepada persoalan tu, betul ke template mesra SEO membantu naikkan nilai PV bagi blog saya? Sebelum tu biar saya ringkaskan tentang nilai PV harian saya sebelum tukar template. Nilai PV ni saya rujuk pada dashboard blogger, bukan menggunakan Google Analytics.

Nilai PV sebelum ni adalah dalam range antara 100 - 400 PV sehari. Purata sehari adalah dalam 200 PV. Ada hari nilai PV 100, esok 200, lusa pulak 400. Nilai PV tu tak konsisten. Selepas tukar template yang mesra SEO ni, nampak ada peningkatan sikit nilai PV antara 300 - 500 sehari. Purata sehari adalah 400 PV. Peningkatan tak banyak tapi lebih konsisten sebab setiap hari nilai PV antara 300 atau 400 PV sahaja.

Walaupun tak banyak peningkatan pada nilai PV tapi saya rasa langkah menukar template mesra SEO ni langkah yang baik. Susunan artikel yang lebih tersusun memudahkan pembaca mencari artikel yang diingini tanpa perlu skrol panjang-panjang. Lagipun blog saya ni dikira baru berumur 2 bulan hasil tukar domain hari tu, jadi jauh lagi perjalanan nak dapatkan PV yang tinggi. Kena banyakkan artikel dan blogwalking, nanti naiklah PV. Bersabar ye diri sendiri.

Selain itu, template baru ni ada kod meta tag yang memang dah tersedia dalam ruangan HTML. Kod meta tag membantu menjadikan template lebih mesra SEO. Tapi kena masukkan description details tentang blog ke dalam bahagian meta tag tu dulu. Untuk template blogger seingat saya takde kod meta tag ni tapi kita boleh masukkan kod meta tag ke dalam ruang HTML blog. Boleh search di Google kod meta tag.

Cuma yang peliknya tiba-tiba je nilai PV blog semalam naik mencanak sampai 1200. Entah apa sebab pun tak tau. Agaknya hasil daripada menggodek sana sini kot terus naik macam Menara Eifel. Hajat di hati nak kongsi graf details tapi terbantut dah. Nak tengok nilai pun tak nampak. Memang happy PV naik mencanak tapi rank alexa ni dah kenapa? Tengok rank boleh pengsan. Hurm >_<


Adakah Nilai PV Meningkat Selepas Tukar Template Mesra SEO?


Rumusan hasil daripada tukar template mesra SEO ni, terdapat peningkatan yang lebih sekata sebanyak anggaran 200 PV sehari sejak tukar template dalam tempoh masa 15 hari ni. Cuma semalam kes terpencil, entah kenapa tiba-tiba naik sampai ke 1200 PV tu.

Tapi bukan hanya disebabkan template mesra SEO semata-mata yang membuatkan nilai PV blog meningkat. Setiap hari pastikan buat posting dan blogwalk terutama kepada blog yang dah komen pada artikel kita sebagai tanda ucapan terima kasih.
Support satu sama lain, semoga nilai PV masing-masing terus meningkat lagi lepas ni.

Kalau nak belajar cara tukar template mesra SEO macam saya buat ni, boleh rujuk Tutorial Mudah Tukar Template Mesra SEO.

Tapi sebelum tu, boleh baca Kebaikan dan Keburukan Kerap Menukar Template Blog ni jugak.

18 comments:

  1. Sejak saya blogging setahun yg lepas dan baca banyak blog, saya dah mula tak percaya pada PV dashboard blogspot. Sebelum ni pun saya adah guna template mesra seo katanya, dan pernah berlaku PV yang mencanak sekali sehari. template bagi saya tak salah, dashboard tu yang salah. Selepas guna google analytics, nilainya lebih logik dan dari pembacaan, ianya lebih tepat.

    | blog aimanabdullah |

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tau tentang google analytics pageview ni minggu lepas Aiman, memang rasanya PV GA ni lebih accurate. Masalah saya buat masa ni ialah saya tak dapat nak access value pada GA saya sebab gatal tangan tukar template baru pulak beberapa hari lepass so data PV takde di GA. Btw thanks sharing, boleh saya jadikan awak master sifu lepasni :)

      Delete
  2. wah..tahniah..banyak kenaikan tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah Normi, saya pun taktau kenapa naik drastik sangat tiba-tiba tu >_<

      Delete
  3. Alhamdulillah.. makin gempak dah PV blog akak hehe >_< Keep going tau!! kasi up lagi sikit level PV tu hehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde gempak pun lagi lah Hana..banyak lagi nak kena buat ni :(

      Delete
  4. Tahniah dan nice sharing... Zumal sejak akhir-akhir ni dah kelaut PVnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita try tukar template mesra SEO Zumal. Tengok ada effect pada PV x..

      Delete
  5. dalam dunia blogspot ini saya tidak kisah sangat tentang PV..

    saya buat blog yang di blogspot untuk memudahkan kawan-kawan berblogwalking..

    tetapi untuk blog di Wordpress saya sangat teliti terutama untuk menaikkan artikel supaya berada di first page..

    dari situ UV akan naik secara organik tanpa perlu share di media sosial atau blogwalking..

    apa-apapun keep it up dalam dunia blogging yang penuh pancaroba ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah buat blog di Wordpress tapi tak berapa mahir sangat guna Wordpress. End up blog terbengkalai. Saya pun dah tak ingat apa email saya guna untuk blog tu dan apa nama blog yang saya guna >_<

      Delete
  6. lg bersemangat laa ya nk update blog pasni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sentiasa bersemangat update blog cuma PV je tak berapa semangat nak naik..huhu

      Delete
  7. Kalau menurut saya yang sering ganti2 tamplate, pengaruhnya memang ada namun bukan merupakan point yang utama yang mempengaruhi meningkatnya trafik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kang Nata, setuju sebab kadang-kadang trafik saya turun sangat kalau takde update. Jadi memang bukan sebab utama yang mempengaruhi nilai trafik yang tinggi :)

      Delete
  8. mungkin mempengaruhi tapi bukan pengaruh besar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Hans, effect kecil untuk SEO tapi bukan pengaruh besar :)

      Delete