Rabu, 21 Mac 2018

Tebus Nutox Renewing Treatment Lotion 150ml Percuma di Guardian Terpilih


Hari Ahad yang lepas, saya sempat bawa anak ke klinik memandangkan demam yang dialaminya bertambah teruk walaupun baru dua hari je demam. Lepas balik dari klinik, saya singgah makan di Giant dan terus singgah di Guardian. Tujuannya adalah untuk buat penebusan Renewing Treatment Lotion Nutox. Disebabkan saya baru menggunakan Nutox, so saya selalu terjah fanpage Nutox untuk dapatkan info cara pemakaiannya. Kebetulan pulak terbaca tentang program tukaran botol toner kosong dengan lotion Nutox ni jatuh pada tarikh yang sama saya nak bawak anak ke klinik, teruslah saya isi botol toner kosong dalam beg malam tu jugak.


Tebus Nutox Renewing Treatment Lotion 150ml Percuma di Guardian Terpilih


Sebenarnya program ni bermula dari 3 Februari lagi dan akan berakhir pada 1 April di Guardian yang terpilih. Syarat untuk buat penebusan adalah wajib bawa botol toner kosong dengan minimum isipadu 50ml dan mestilah selain daripada brand Nutox sebagai tukaran. Tukaran adalah terhad 1 botol seorang bagi 30 orang terawal sahaja. Bagi yang berminat nak buat penebusan, boleh terjah outlet Guardian pada tarikh dan tempat di bawah:

24 March - Guardian Central Square, SG Petani
24 March - Guardian Giant Bayan Baru
25March - Guardian Giant Superstore Kulim
25 March - Guardian Giant Queensbay Mall, Penang
31 March - Guardian South Giant S Kluang
31 March - Guardian Parit Raja Batu Pahat
1 April - Guardian Batu Pahat Mall
1 April - Guardian 1 Segamat Johor

Tebus Nutox Renewing Treatment Lotion 150ml Percuma di Guardian Terpilih



Anggaran harga market bagi Renewing Treatment Lotion Nutox ini adalah RM50 bagi 150ml isipadu. Walaupun namanya lotion tapi sebenarnya ia adalah toner dan di pakai di muka ye kawan-kawan. Jangan pakai kat tangan pulak. Botol toner kosong yang saya tukar aritu adalah brand lama yang saya memang dah tak pakai dan plan nak buang. Toner sekarang Clinelle masih banyak lagi, tunggu habis nanti baru start pakai toner Nutox pulak. Bila dah boleh tebus macamni, memang berbaloi sangatlah sebab saya pun baru nak berjinak-jinak dengan brand Nutox, at least tak payah beli trial pack. So kepada yang berada sekitar Guardian beralamat di atas, better grab peluang ni. Make sure pergi dalam pukul 1 tengahari.

10 ulasan:

  1. Balasan
    1. Lambat saya tau ni, alhamdulillah ada rezeki :)

      Padam
  2. Hana bukan pengguna Nutox... so Hana ni kira golongan yang rugi ke macam mana ni? *ehh? hahah ^^ nice sharing kak!!! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak rugilah Hana tapi kalau pi amek botol free ni level tak rugi tu up sikit jadi 80% :P

      Padam
  3. Ala takde botol toner kosong. Hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala tryla mintak pinjam dengan mak Zumal, pastu dah dapat nanti boleh share guna toner Nutox ni dgn mak. Mesti dia suka :)

      Padam
  4. alaaaa guardian area rumah tak terpilih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde rezeki la Farhanna..maybe next time ye

      Padam