Tuesday, 20 March 2018

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!



Dah lama tak bersegmen, disebabkan baby tengah tidur..so sempat kalau saya nak join segmen oleh Azah ni yang diberi tajuk Aku Seorang Blogger. Taknak cerita panjang, just klik banner kalau berminat nak join. Tarikh tutup pada 30 Mac ye.





Blog ditubuhkan dan maksud?


Saya mula berblog pada Mei 2014 dengan url herlittlehome.blogspot.my. Nama herlittlehome dipilih memandangkan pada masa tu kakak masih kecil dan blog ini dibuat semata-mata untuk menceritakan aktiviti yang kakak lakukan di rumah kecil kami. Kebetulan pulak masa tu kami baru pindah rumah. Itu sebabnya diberi nama her-little-home. Tapi sekarang saya dah tak guna url tersebut, ditukar kepada nama saya sendiri iaitu nurzariniismail.com dengan tagline Bumi Luas Teruskan Berlari. 

Sebab utama tagline ini dipilih kerana saya taknak rasa yang saya hanya terperuk dalam rumah walaupun pada hakikatnya memang saya 24jam berada dalam rumah..haha..sadiss. Semakin bertambah usia ni semakin suka pulak saya buat sesuatu perkara yang mencabar, perubahan hormon mungkin? Perkara yang berlaku dalam rumah biasanya di bawah kontrol saya jadi ia tak begitu mencabar dan banyak perkara baru dan mencabar yang kita akan jumpa bila berada di luar rumah. Sebab itulah saya pilih nama bumi-luas-teruskan-berlari supaya adrenalin saya sentiasa dirembeskan dan saya rasa bersemangat. Tapi jangan salah faham, saya juga suka habiskan masa dalam rumah dan saya bersyukur sangat dapat berada dalam keadaan saya sekarang. Saya tahu ramai ibu yang terpaksa bekerja dan berjauhan dengan anak berharap dapat habiskan masa di rumah.
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan.


Cerita pahit manis sebagai blogger


Cerita pahit atau manis dalam berblog seingat saya tak ada sebab saya buat blog ni pun hanya untuk suka-suka sambil mengisi masa lapang. Jadi apa yang berlaku dalam blog tidak begitu memberi kesan dalam hidup saya. Walaubagaimanapun, saya gembira dengan kawan-kawan blogger sebab kebanyakannya memang sangat positif dan baik. Walaupun tak kenal dan tak pernah berjumpa tapi sikap mereka yang positif buat saya rasa yang ukhuwah tu boleh dihubungkan walaupun berjauhan.




Nasihat kepada blogger


Pesanan saya untuk para blogger adalah teruskan berblog. Kenapa? Kerana saya dah pernah berhenti menulis selama 2 tahun dan saya menyesal. Dengan berblogging, kita akan selalu membaca untuk mencari maklumat sekaligus dapat menambah pengetahuan. Kemudian apabila ilmu itu kita kongsikan dalam blog, sebenarnya kita telah membuat amal jariah apabila digunakan oleh orang lain yang mana secara tak langsung dapat menambah amalan pahala kita.

"Semua orang wajib berdakwah. Baik atau jahat, orang yang baru hijrah atau yang dah lama, tua or muda, semua wajib berdakwah dan layak berdakwah. Dakwah bukan semestinya berjubah dan berpurdah, atau juga berserban atau berkopiah, tetapi juga dalam usaha menyampaikan ilmu kepada orang lain. Kau boleh berdakwah dengan pelbagai cara. Melalui tulisan, percakapan, sikap dan akhlak yang kau tunjukkan."
-Kerana Syurga Bukan Percuma-

Sebab mati itu pasti, dan tak tahu bila masanya, saya pilih berkongsi pengetahuan sebagai salah satu cara menambah bekal amalan saya di akhirat nanti :)

16 comments:

  1. Selamat bersegmen dan teruskan menulis serta berdakwah...

    ReplyDelete
  2. singgah dari segmen yg sama ^^

    ReplyDelete
  3. Hana pun kalau boleh nak memperbanyakkan unsur dakwah dalam blog ^^ supaya on the spot buat amal jariah heheh ^^ keep on blogging tau kak! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait si kecik comel! In shaa Allah sempat lagi nak tambah amal ni, takut bila fikir tak lama atas bumi ni..semoga Allah permudahkan kita berdua ye

      Delete
  4. setuju dengan kata2 sis. setiap orang perlu sampaikan dakwah. nak berdakwah besar2an mungkin kita tak mampu, jadi sekadarnya sahaja yang kita mampu kan. mana tau dengan ilmu yang kita sampaikan harini, ada mereka mereka yang gunakan bila kita dah takde nanti. dengan adanya ilmu itu, in shaa Allah, pahala pun akan tetap mengalir walaupun kita dah takde nanti. saya sempat kenal sis dengan url herlitle home dan masih juga kenal sis dengan domain sendiri guna nama sis. moga2 ukhwah kita berpanjangkan hingga ke syurga Allah. amin ya rabbal alamiin. terima kasih ye sis sudi join segmen sy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah semoga Allah terima amalan kita. Thanks jugak Azah sebab sudi jadi kawan :)

      Delete
  5. Blogwalking here! dtg dari segmen yg sama jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sudi singgah, goodluck segmennya ye Asyiqin :)

      Delete
  6. assalamualaikum... sy dr segemen yg sama... salam ukhuwah dan teruskan berblog ya!

    ReplyDelete