Sunday, 25 March 2018

Saka : Jangan Biarkan Ia Merayau


Minggu lepas saya sempat singgah ke perpustakaan negeri selepas pulang dari klinik. Sempat sambar 8 buah buku tapi salah satunya novel bertajuk Saka. Tiga kisah pendek dalam satu novel. Saya suka baca novel ni. Ayatnya pendek tetapi jelas. Berbeza dengan tulisan Ramlee Awang Murshid yang panjang dan lebih berteka-teki, novel ini senang difahami dan sesuai dibaca oleh mereka yang tak berapa rajin nak membaca novel (pesanan ni ditujukan buat suami tercinta). Walaubagaimanapun, saya tetap RAMians :)

Ada tiga kisah dalam novel ni yang berbeza masa, tempat dan situasi, jadi masa baca novel mood saya pun turut berubah-ubah. 
Jom baca prolog sikit, petikan pendek untuk promosi blog dibenarkan oleh publisher.


Ku seru! Kembalilah! Sekali kau kembali, selamanya kau abadi di dunia ini! Kembalilah!ARGHHHHHHHTubuh yang mula mengeras itu tiba-tiba bangkit. Matanya terbuka. Suaranya parau dan serak. Anak matanya tidak lagi hitam tetapi putih. Seketika kemudia, dia senyap semula. Angin berhenti serta merta, begitu juga hujan.Alang berdiri tegak dengan tubuhnya yang kekar langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia pernah mati. Alang menoleh dan melihat tubuh yang terbaring di dalam balutan kain kuning. Alang menghulurkan tangannya. Disambut perlahan-lahan oleh Jura. Jujur, di dalam hatinya terasa takut.


Saka : Jangan Biarkan Ia Merayau


Cetakan pertama Mei 2017. Penulis oleh Nur Cahaya, Azizon Othman serta Web Sutera.

6 comments:

  1. Baca tajuk dah rasa seram.. tapi gagahkan juga buka sebab nak baca jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Time nak taip prolog tu tetiba rasa seram pulak..tapi gigihkan jugak nak taip..haish

      Delete
  2. Cover buku pun dah cukup buat Hana pakinson >_< Nak selak muka surat pertama apatah lagi T^T huhu
    .
    Nice review kak!! :D

    ReplyDelete
  3. Sebab seram tu yang akak pinjam ni Hana..haha

    ReplyDelete
  4. cover buku pun dah seram sangat dah, inikan pulak isi dalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi dia terbaik..dont worry Farhanna..haha

      Delete