Ahad, 25 Mac 2018

Measles atau Demam Campak


Apa itu measles? Adakah sama dengan demam campak? Jawapannya ya, measles adalah demam campak. Ia juga dikenali dengan nama rubeola. Penyakit ini biasa menyerang kanak-kanak dan dibawa oleh virus measles. Namun golongan dewasa juga tidak terlepas daripada diserang penyakit ini dan ia disebarkan melalui titisan air daripada saluran pernafasan pesakit.


Measles atau Demam Campak



Simptom

Demam
Batuk
Selsema
Mata merah
Bintik dalam mulut
Bintik-bintik merah di seluruh anggota badan - timbul bermula dari permukaan kepala seterusnya badan dan kaki. Akan mula kelihatan pada hari ke-3 hingga ke-5 setelah demam panas. Bintik ini tidak mengandungi air di dalamnya gelembungnya.



Golongan Berisiko

Kanak-kanak
Ibu hamil
Individu yang tidak mengambil suntikan vaksin measles
Individu yang terdedah kepada sebaran virus measles
Individu yang mempunyai sistem imun lemah


Gambar dari Astro Awani



Bagaimana Virus Merebak

Titisan air dari pernafasan pesakit (contoh melalui bersin) disebarkan ke udara dan jatuh ke permukaan suatu medium akan dapat bertahan selama 2 jam. Titisan air ini mengandungi virus measles yang dapat memasuki saluran pernafasan perumah baru dan membiak di dinding saluran tersebut seterusnya ke seluruh anggota badan. Perumah baru yang sihat pada awalnya akan mula mengalami simptom seperti di atas disebabkan sistem imun badan yang semakin lemah hasil serangan virus measles.

Jika sekiranya badan pesakit dapat melawan virus ini, maka pesakit akan kebal dan imun kepada virus measles sepanjang hayatnya. Namun jika badan pesakit tidak dapat melawan serangan virus measles dalam tempoh tertentu, maka pesakit terdedah kepada serangan kuman dalam paru-paru sekaligus boleh menyebabkan kematian. 



Rawatan

Tiada ubat yang dapat membunuh virus measles.
Doktor akan memberi ubat sapu bagi mengurangkan rasa gatal pada badan pesakit. Pesakit perlu dikuarantin di rumah dan elakkan dari melakukan aktiviti luar bagi mengurangkan penyebaran virus measles kepada orang lain serta mengelakkan jangkitan kuman lain kepada badan pesakit yang boleh mengakibatkan daya imun sistem badan bertambah lemah.

Pesakit perlu sentiasa hidrat dengan meminum banyak air masak untuk meningkatkan kadar perkumuhan badan. Pengambilan Vitamin A disarankan kepada pesakit untuk mengurangkan komplikasi yang teruk kepada pesakit.

6 ulasan:

  1. Hana tak pernah kena lagi T^T alhamdulillah... hehe :3 thanks for sharing kak ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebat Hana tak pernah kena..kuat imun sistem ni..salute lah..

      Padam
    2. Alhamdulillah,rezeki dapat imunisasi brutel haha >_<

      Padam
    3. Ahahahaha..tahniahla Hana :P

      Padam
  2. dulu dah pernah kena memang seksa fuhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun kena, memang 24 jam tak pakai baju..nasib baik kena masa kecik je..kalau time besar, haru kot

      Padam