Tuesday, 27 March 2018

Kebaikan dan Keburukan Kerap Menukar Template Blog


Blog bertukar wajah lagi.
Kali ni saya nak cuba guna template yang mesra SEO pulak. Tujuan utamanya adalah sebab nak naikkan PV blog ini. Blog dengan template mesra SEO lebih senang untuk naik ke rank pertama carian Google, jadi kenapa tidak saya cuba kan? Kalau betul boleh menaikkan PV, maknanya saya tak perlu tukar template lain lagi. Cuma kena maintainkan posting setiap hari sahaja.

Walaubagaimanapun, kerap menukar template blog bukanlah suatu amalan yang baik. Banyak masa terbuang disebabkan proses menyusun balik kedudukan widget untuk disesuaikan dengan template baru. Ada sesetengah blog mengatakan kekerapan menukar template akan mengakibatkan gangguan pada SEO sekaligus menyebabkan penurunan PV. Tapi saya tak sure betul atau tidak tentang effect pada SEO ini sebab bila check PV untuk harini sehingga jam 12 pagi dah mencatatkan PV sebanyak 223. Purata normal PV untuk blog saya biasanya tak tinggi macam ni. Mungkin effect mesra SEO template baru ni dah menunjukkan kesannya kot. Apa-apa pun nanti saya akan update balik result PV lepas beberapa hari.  Selain itu, keburukan kerap menukar template adalah iklan yang telah dipasang sebelum ini juga berkemungkinan besar akan hilang dan perlu dimasukkan semula yang mana prosesnya agak melecehkan kerana perlu cari balik code dan salin semula ke HTML template blog.


Kebaikan dan Keburukan Kerap Menukar Template Blog


Walaubagaimanapun, hasil daripada kerap melakukan try and error tukaran template ini menjadikan saya lebih mahir dalam menggodek blog (separa mahir la kot term yang sesuai sebab tak mahir sangat lagi pun). Dulu saya memang akan ambil masa yang lama untuk ubah template, sekarang rasanya saya lebih mudah faham dan tak takut mencuba dengan kebarangkalian salah tu adalah dalam 20%. Dengan menukar template ni jugak membantu blog saya untuk bekerja dengan lebih efisien memandangkan template sebelum ini tidak mesra SEO. Lagipun, adalah lebih baik saya tukar template bersesuaian seawal mungkin sementara domain saya ni masih baru lagi. Bulan depan baru masuk umur dua bulan domain ni. Saya ada share di post Tukar Nama Blog dan Domain.


Kebaikan dan Keburukan Kerap Menukar Template Blog


Tapi proses pemasangan template baru ni belum 100% lengkap lagi. Masih banyak nak kena touch up dan masih Blog di Bawah Penyelenggaraan. Memandangkan rutin harian menjaga anak itu lebih penting, maka kita tangguhkan dululah bab menggodek. Free nanti baru sambung balik. Sama jugak dengan posting ni, terpaksa berhenti di sini dulu walaupun ada banyak lagi rasanya nak tulis dan share.

Si kecik dah start berlagu tu..semoga hari ini lebih baik dari semalam :)

18 comments:

  1. Wahh blog akak dah kamching dengan SEO hehe :D nanti bila PV dah meletop-letops jangan lupa Hana pulak ya hehe >_<
    .
    Thanks for sharing!! :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la sampai meletop-letop kebabom tu Hana, merecik sikit je..tapi konfirm Hana di hati..cia..cia..cia..

      Delete
  2. jarang nak tukar template sebab malas nak hadap coding haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Leceh nak hadap coding ni tapi gatal nak tukar template jugak saya ni..haha..aduh

      Delete
  3. being blogger tu mmg stress kalau PV rendah...mau meroyan jugak kekdg tu hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aahla..tetiba moody PV rendah, ntah pape perangai blogger ni..haha

      Delete
  4. Tak suka tukar2 template sayang nanti PV merudum, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Tapi bila tukar ni PV macam xturun pulak, agaknya sebab SEO friendly kot

      Delete
  5. Zumal tak mahir sangat dalam tukar-tukar template ni. Kekadang bertahun tak tukar. Tapi teringin juga nak template cantik dan mesra seo tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try and error Zumal tapi before buat tu kena back up dulu template lama, takut tak jadi nanti boleh pakai balik template lama tu

      Delete
  6. nnt ajar laa sy... sbb sy rs mmg kena tukar templete laa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa nnt saya buat tutorial ye Anies, nnt saya inform awak okay

      Delete
  7. Sha tak mahir sangat buat coding nie.. perkongsian yang bagus auni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama Sha, ni gatal tangan namanya..

      Delete