Monday, 12 March 2018

Ikan Laga Bertelur


Dua minggu lepas, husband belikan ikan untuk kakak bela sebagai pet. Beli 5 ekor ikan molly dengan harga RM10. Seminggu bela 4 ekor mati. Hairan la kenapa tapi kitorang agak sebab tak cukup oksigen. Kiranya dah membunuh tanpa niat la ni.

Tiga hari lepas pergi beli lagi tapi kali ni 2 ekor ikan laga jantan dan betina. Tukar ikan sebab ikan laga tak leceh sangat nak bela. Semua sekali RM8 termasuk makanan ikan. Campurla ikan berdua tu dalam akuarium kecik sekali dengan si ikan molly yang masih hidup.


Ikan Laga Bertelur


Esoknya time nak kasi makanan, tengok ada banyak buih dalam akuarium. Excited sebab ingat nak dapat anak buah. Tapi suami kata itu bukan telur ikan, telur ikan tenggelam. Aish..baru nak excited kan. Arini nak kasi makanan, tengok ikan laga betina tu macam lemah je tersangkut celah-celah pokok. Nak mati pulak ke? Tak boleh jadi ni. Terus angkut akuarium pergi dapur untuk tukar air.


Ikan Laga Bertelur


Tapi tetiba je rasa nak google dulu telur ikan laga macammana. Ha..rupa-rupanya suami bawak ajaran sesat! Nasib baik check dulu, kalau tak kesian baby ikan tak sempat keluar tengok dunia. Buih yang banyak tu memang telur ikan rupanya. So cepat-cepat asingkan si betina laga dalam bekas lain dan si molly dalam bekas lain. Ikan laga betina kena asingkan sebab taknak dia makan telur-telurnya. Ikan laga jantan yang akan ambil alih untuk jaga telur sampai menetas. 


Ikan Laga Bertelur


Padanla ikan laga jantan tu sensitif sangat, nak kasi makanan pun siap kembang ekor sirip semua. Lepastu asyik pusing dekat buih-buih tu je. Rupa-rupanya tengah jaga anak. Penyayang betul bakal bapak ni. Beruntungla bini awak >_<

Semoga anak-anak selamat menetas ye. Tak sabar mak sedara nak jenguk ni.

8 comments:

  1. Replies
    1. Kiut miut kan? Dah lama tak bela ikan..ni baru start balik, semoga semua panjang umurla hendaknya

      Delete
  2. Nasib baik google dulu, kalau tak kehilangan anak ikan ye.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan? Kesian anak ikan tak dapat tengok dunia pulak

      Delete
  3. Hehe dulu Hana pun ada pet jugak tapi bukan ikan lah... bunny tapi dah arwah sebab Hana tak cukup penyayang kan hmmm... T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesian bunny. Bila dah mati tu Hana masak tak si bunny tu? Makan pun sodap..haha

      Delete
  4. fuhhh nasib baik tak buang anak-anak dia hahhaa tak sabar jugak nak tengok ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai Farhanna..telur tu tiba-tiba hilang bagai bubble pulak, rasanya suami cakap aritu dah betoi kot..hurm :(

      Delete