Jumaat, 16 Februari 2018

Skincare Local Brand Beracun


Pengalaman pertama kali pakai skincare dari local brand dah banyak mengajar saya jadi bijak. Kalau sebelum ni tak berapa panjang akal sangat nak fikir, sekarang ni dah start boleh fikir soalan-soalan yang macam ni:




Persoalan yang takde jawapan lagi ni:

1. Lepasan SPM/ Diploma/ Ijazah tak sempat kerja lagi dah boleh formulasikan bahan kimia sendiri untuk skincare. Hebat?

2. Lulusan bukan dalam bidang sains/ perubatan/ kimia tapi boleh buat formula sendiri? Saya lulusan kimia pun takleh nak buat formula sendiri (ok fine, ni sebab aku tak bijak..sigh)

3. Muka sebelum jadi founder berjerawat, hitam dengan jeragat tapi lepas jadi founder dah ala-ala artis Korea, cepatnya product tu bertindak. Tak bahaya ke untuk kulit? Macam pakai clorox kat muka pulak cepat sangat dapat hasil.

4. Kenapa packaging takde details pasal product, guna bahan apa, kilang di mana?

5. Kebanyakan produk local punya tekstur sama je. Krim kunyit ke, krim malam ke, krim siang ke semua sama tekstur dan color cuma bau dan packaging je lain. Apa semua ni korang guna krim KILO ke?





Tapi kira tak bijak tu boleh dimaafkan lah sebab masa tahun 2015 tu awareness pasal krim kilo rendah lagi. Sekarang baru start orang cakap tentang krim kilo dan pasal Khairul Yoi memperjuangkan pasal #skuadantikilo.

Tapi kira setahun jugakla pakai produk hampeh tu. Time stop pakai, naik jerawat pasir penuh satu muka yang gatal amat terutama bila berpeluh. Terpaksa tempek foundation tebal-tebal nak cover jerawat. Memang menyesal tanak pakai skincare local brand dah. Kalau terpaksa pakai pun nak kena reseach dulu betul-betul.


Padanla pakai produk hang muka kami jadi kusam, bahaya rupanya

Tapi since saya dah terkena ni so saya sebarkan berita duka ni supaya yang lain berhati-hati masa memilih skincare. Yang tak terkena tu, jangan sampai terkena. Better beli skincare di Watson atau Guardian je.

Tengok apa kata founder produk yang saya pakai kat atas tu. Hahaha..hanya mampu gelak je la. Harga satu set kecik pun beratus tapi racun..hampeh. Beli racun mahal untuk muka sendiri.

18 ulasan:

  1. Hana kalau bendaklah yg berkaitan dengan self care selalu beli kat Watson je ^^ thank you for the advice btw :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan jadi macam akak tau..padan muka diri sendiri

      Padam
  2. dari dulu tak berani nak pakai local brand lagi2 founder dia kebanyakan mcm gila glamor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..sekarang ni baru perasan perangai founder memasing, almaklumla dulu kami positif..

      Padam
  3. huurm.. local brand ni CT cuba hair serum je. product muka belom penah cuba.. masih setia dengan yang luar. lebih telus dan jujur lagi2 bab2 ingredients tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..local brand nampak macam ada something fishy somewhere

      Padam
  4. betul tu. rasa lebih selamat bila beli kt watson n guardian

    BalasPadam
  5. sama lahhh. Dah terkena dah dulu, dah serik dah

    BalasPadam
  6. Betul tu, kena hati-hati.. Kak Sue pun takut nak pakai sembarangan sekarang nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak Sue, masa muka elok lg ni lah nak jaga..kalau dah rosak, payah pulak

      Padam
  7. sama la...selalu tergoda dgn iklan2 tanpa fikir kesan sampingannya..tp skrg dah serik dah...hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe..kita belajar dari kesilapan kan. Next time tak buat dah..insoffff

      Padam
  8. Bahaya kan.. Kena check betul-betul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah terkena ni memang insafla pasni.huhu

      Padam
  9. Benda2 gini mmg bnyk di pasaran... Kalau stkt kesan cuma pd kulit x apa jg, takut kesan jangka pjg pd anak2 (especially bg ladies yg masih child-bearing age). Research menunjukkan ada toxic chemicals yg stay dlm bdn kita bertahun2. Nasib baik sis tau awal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah saya dapat tau kan? Kalaulah terlambat, kebetulan pulak tu mengandung tahun depannya tu..memang risau bila fikir balik..

      Padam