Khamis, 22 Februari 2018

Kawan Psiko dalam Socmed


Mesti semua kawan blogger ada socmed kan? FB, IG, Twitter atau yang lain-lain?
Pernah tak perasan samada dalam friendlist kita tu ada kawan jenis psiko atau tak.

Harini sorang kawan dari friendlist facebook saya kasi gambar lucah. What the fish la..dahla arini puasa. Terus unfriend mamat tu. Sebelum ni pulak pernah sorang mamat mengaku couple dengan saya di gambar fb saya. Padahal jumpa pun tak pernah. Masa ni single available tak kawen lagi sebab baru lepas clash. So semua ingat saya curang sebab mamat tu keluarkan statement yang saya dah curang dengan dia.
Tepuk dahi..




Padahal niat berkawan dalam socmed ni lebih kepada sebagai platform untuk beramah mesra dengan kawan baru dan kawan lama serta sebagai batu loncatan kalau sekiranya meniaga, tak perlu susah dah nak bukak booth ke kedai ke sebab boleh buat iklan jualan secara online je.

Disebabkan takut jadi hal macamnilah saya memang privatekan IG untuk orang yang saya rasa secure berkawan sahaja. So dalam IG rasa lebih selamat nak share gambar dan aktiviti compare to FB. Dalam FB memang semua add, saya akan accept tapi nak share cerita agak terbatas sikit di situ.

Kalau korang, apa method yang korang buat untuk elakkan orang psiko dari add atau follow socmed? Share jom. Seriau teringatkan mamat lucah tadi tak hilang lagi. Geli kot..

10 ulasan:

  1. sekarang memang dah malas nak main fb dgn ig..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau guna solution ni memang elok sangat..kita convert ke blog pulak kan

      Padam
  2. Memang pernah terkena dgn kawan psycho..Dia ganggu semua friendlist perempuan saya, then ckp dia kenal melalui sy. WTH.. Geram betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelik kan perangai diorang? Agaknya xde member sangat nak kawan dengan dia tu yang nak berkawan dengan semua kawan awk tu..

      Padam
  3. Hana dah bertahun tak main fb... ig pun dah tak aktif T^T btw... Hana pernah terkena kat wechat dulu! Mungkin sebab tu lah kotnya Hana jdi takut nak guna social media...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke? Wechat pun pernah terkena aritu masa outstation kena kacau, tp skrg dah tak aktif wechat. Perlu ke x aktif FB dan IG jugak ni..erm..

      Padam
  4. kawan psiko dalam diam kann. haihh

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, setakat ini belum ada lagi yang psiko.. Sha memang privatekan IG dan FB.. kalau kenal atau mutual friend ramai baru approve..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah privatekan IG dan FB cuma ada pulak yg terlepas sorang dua tu..haish

      Padam