Sunday, 11 February 2018

Clinelle Pure Swiss Thermal Spring Water


Kami terbeli dan kami menyesal.
Disebabkan perempuan dan skincare tak dapat dipisahkan, maka semalam kami telah shopping kat Watson sebab Watson tengah buat sale kan. Hajat hati nak beli produk Bio Essence Miracle Bio Water tapi disebabkan takde stok, kami grab Clinelle Pure Swiss Thermal Spring Water pasal kami memang pakai set skincare Clinelle sekarang.


Elok untuk kulit berminyak + berjerawat


Bukan produk ni tak elok cuma kami rasa tak sesuai dengan kulit muka. Actually, muka kami susah nak naik jerawat dan my concern sekarang just nak buat kulit lembap dan nampak basah. Tapi produk ni kasi reverse effect pulak. Rasanya lebih sesuai untuk mereka yang ada masalah kulit berminyak dan berjerawat kot since produk ni contain sulfur. Sulfur ada sifat antibakteria yang membunuh bakteria penyebab jerawat. Selain itu, ia akan menyebabkan kulit jadi kurang berminyak dan kering.


Next time beli lagi tanpa research. Padan muka

Dahla kami beli botol besar pulak tu pasal stok botol kecik dah habis. Tak silap harga asal RM37 tapi since Watson tengah buat promosi, so harga jadi RM28.80. Rasa macam nak let go je benda alah ni pasal tak sesuai kulit muka. Sesiapa yang ada masalah kulit muka berminyak dan berjerawat tu mai la pm kami. Kami let go RM25 sekali postage. Resit beli pun ada lagi ni. Lai lai..

6 comments:

  1. harap ada lah customer yang nak beli .. susah jugak kalau tak sesuai dengan kulit muka.. kan. . buka semua produk asal boleh apply jerr .. kena tengok jugak keadaan kulit kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu, yang penting lenkali kena research dulu sebelum beli..kalau taknak jadi camni..hurm

      Delete
  2. Hehe. Ika tak pernah pakai jenis cmni awak.
    Ika pakai safi je. Harap ada yang beli. Dun worry hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ika! Nasib baik dah ada orang book ni :)

      Delete
  3. yes better stop guna bila rasa tak sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi sgt tu Ray pasal muka ada satu ni je, rosak nnt aduhai..

      Delete