Isnin, 12 Februari 2018

B.Liv Skin Smoothening Mask - Glow and Shine


Hari ni kami nak review skincare yang paling kami suka. Serius memang suka sangat produk ni sampai haritu kami duk kasi member office sorang-sorang try pakai. Ha..nampak tak macammana suka nya kami kat produk ni sampai nak semua member office pun pakai sama.

Produk itu adalah..

B.LIV SKIN SMOOTHENING MASK - GLOW AND SHINE


All time favourite


Tak tau apsal kami beli sebab time tengah skrol Shopee tu, terus terorder benda alah ni. Tapi kami tak menyesal malah bersyukur pulak sebab result dia memang superb kat kulit muka. Kami dah pakai 2 tahun produk ni dan tiap kali lepas pakai memang perkataan 'wow' tu tak hilang lagi lah. Best sangat. Harga time beli RM48 untuk 50ml.


Dah nak abes, kena beli baru pulak


First time guna, muka rasa pedih sikit tapi sekejap je, agaknya first time effect nak get balance dengan new product kot. Lepastu kulit muka rasa sejuk dan nyaman je. Need to apply atleast dalam 15 minit atau sehingga mask tu kering then boleh basuh. Lepas basuh tu memang rasa lagi sejuk fresh dan kesan boleh dilihat terus dari first penggunaan. Kulit muka jadi lembut dan licin, lepastu uneven tone nampak sekata sikit which is kulit jadi lebih fair. Memang padanla dengan nama Glow and Shine tu.

Sekarang suami kami pun pakai semua produk yang kami pakai. Tiap malam kami buatkan spa muka untuk beliau. Beliau tukang tadah muka..hihi

8 ulasan:

  1. Hahah bestnya main spa2 tiap malam heehehe ^^ Hana pun kengkadang buat jugak kat Mrs.Mom :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok main spa ni, jimat duit jugak. Nanti mintak Mrs Mom tolong facial Hana pulak ye

      Padam
  2. Menarik.. x pernah tahu ada brand ni.. boleh cuba lepas ni.. singgah sini n follow.. #160.. Tq sudi singgah blog www.leaazleeya.com..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni Lea boleh cuba pulak..memang best. Thanks sudi singgah :)

      Padam
  3. cer suruh suami lak pakaikan utk sis :P hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian suami penat balik keje nak suruh dia pakaikan, takpe nanti weekend kita paksa dia pulak facial kan kita ye

      Padam
  4. terbaek..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Partime UBER Driver

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik..kita pi melawat driver UBER ni satgi ye

      Padam