Wednesday, 24 January 2018

Resepi Sphagetti Carbonara

Semalam kami masak sphagetti kegemaran Auni, carbonara. Pasal malas nak masak kan, makanya masak sphagetti aje lah. Check bahan macam tak cukup. Ayam tinggal part tulang je, fresh milk takde tapi just go on jugak.

Kebetulan bahan ni ada..bolehlah
Resepi Sos Sphagetti Carbonara

Ayam - potong kecil (bahagian isi lagi elok)
Bawang putih - 3 biji ( potong kecil)
Lada hitam - setengah sudu besar
Air - satu gelas
Sos Prego Carbonara - setengah tin
Mozarella cheese - anggaran 2 sudu besar
Susu tepung (kami guna Fernleaf) - 2 sudu besar
Campbells sup cendawan powder - setengah plastik
Sphagetti

Tunggu ayam masak, pakai tulang lagi kan dah jenuh menunggu
Campur semua bahan lepas masukkan ayam dan bawang. Tunggu masak jer lepastu

Cara Masak Sos

1. Tumis bawang putih sampai wangi kemudian masukkan ayam. Masak ayam sekejap dan tambah air sedikit sebab taknak bawang putih hangit. Masukkan lada hitam dan masak hingga ayam lembut.
2. Masukkan susu tepung, sup cendawan powder, sos Prego, cheese dan air. Kacau sampai agak-agak dah masak. Kemudian perasakan dengan garam. Dah siap.

Cara masak sphagetti pulak just masukkan sphagetti ke dalam air mendidih yang dah ditambah dengan sesudu minyak dan secubit garam. Masak sampai sphagetti lembut dan kemudian angkat dan tos.

Dah siap..jemput makan semua
Kalau masak sphagetti carbonara memang tak payah risau nak makan apa malam ni dah pasal confirm Auni nak repeat order makan lagi. Jadilah semalam omputih sekejap..arini start jadi melayu balik. Erm..nak masak apa ye tengahari nanti?

6 comments:

  1. sedapnya , terliur tengok.
    Boleh makan ulang-ulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..boleh makan ulang2 tu yg best tu, xyah masak lain dah..hihi

      Delete
  2. fuhhh cikyan suka spageti carbonara ni.. serius best.. sbb rasa cheese tu yg menarik..cikyan suka cheese.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita..feveret jugak. Nak ajak CikYan makan tp xabes pulak :P

      Delete
  3. Pergh!! Menyelerakan.. Lama Sha tak masak camnie.. nak buatlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..boleh..mai kita makan cam omputih sekali sekala kan? Haha

      Delete