Selasa, 23 Januari 2018

Nestum Malaysia Contest


Alhamdulillah tahun 2018 bermula dengan gilang gemilang sebab bulan Januari ini sahaja kami dah menang 3 peraduan. Tahun lepas cuma menang 2 peraduan overall tapi tahun ni lebih bernasib baiklah rasanya. 

Thanks Nestum

Sebenarnya pemenang dipilih tahun lepas lagi tapi hadiahnya tahun ni baru sampai. Voucher RM50 Giant untuk dihabiskan. Makanya kami terus beli barang mentah untuk buat pizza dan dah berjaya kami tebus voucher ni kat Giant. Kalau nak join contest boleh like facebook page Nestum Malaysia. Rasanya masih ada on-going contest di page.

2 ulasan: