Isnin, 22 Januari 2018

Fitti Malaysia Contest


Alhamdulillah semalam dapat hadiah daripada Fitti Malaysia sebab menang contest hasil daripada join dalam facebook haritu. Tak sangka pun menang sebab Fitti takde umum apa-apa di facebook page, tiba-tiba aje abang PosLaju hantar barang.


Yahoo

Sebelum ni ada plan nak beli bekas untuk bento Auni sebab tahun depan dah nak hantar Auni ke sekolah, cadangnya mak dah kena start belajar buat bento. Eh tiba-tiba Fitti kasi bekas bento ni dah tak payah fikir nak beli lah. Dapat satu set tupperware sekali dengan beg Fitti lagi.


Comei jer beg dengan tupperware ni

Alhamdulillah murah rezeki. Selain tu bulan ni menang voucher jugak dari Watson dan Nestum. Buatlah lagi contest, boleh kami menang banyak-banyak..ngeee

2 ulasan: