Tips Memilih Pasangan yang Ikhlas Dalam Masa Singkat


Belum ada pasangan tapi anda berhajat nak kahwin dalam masa terdekat? Maknanya anda belum ada calon tapi rasa gatal2 badan nak kahwin cepat? Hehe..don't worry..saya dulu macam tu jugak :P 
 Saya berjaya bertunang dalam masa 3 bulan lepas putus cinta dan dengan yakinnya 3 bulan selepas itu kami berkahwin. Tak bazirkan masa walau sehari pun. Nampak tak gatal badan kat situ? 

Tips Memilih Pasangan yang Ikhlas Dalam Masa Singkat

Macammana nak cari lelaki terbaik


  •  Jangan limitkan kawan lelaki anda. Walau pun ada tengah mengenali hati budi lelaki A, teruskan jugak mengenali lelaki B dan C hingga G. Jgn sesekali declare anda dan si A adalah pasangan..layan mereka sama level sahaja, sebagai kawan. Sound like a playgirl but u know yourself better than other kan?


  •  Jangan berani sangat nak keluar berdua, sebab anda pun tak kenal rapat dengan mereka..so kalau nak keluar, ajaklah member temankan. Tak pun jumpa je kat masjid, jangan keluar dari kereta..jumpa tengok muka jer macam yang saya buat dulu :P


  •  Lelaki yang banyak kasi hadiah, belum tentu terbaik. Maybe kasi hadiah untuk tackle hati je. Bila dah dapat, belum tentu akan dapat layanan elok macam masa awal-awal kenal.

  • Lelaki yang rapat dengan mak jangan dilepaskan. Sikit2 cakap pasal mak, sikit2 mengadu kat mak, selalu bawak mak jalan2..maknanya mereka tau syurga letak bawah kaki mak...pasti mereka akan tau menghargai isteri dan wanita.


  •  Kasi killer question dan nilaikan jawapan mereka. Contoh soalan..'saya ada adik yang sakit mental, parents dah pesan kalau jadi apa-apa kat diorang..saya yang kena jaga adik. So, awak okay tak?'. Dengar jawapan diorang, walaupun sebenarnya korang tipu je, takde pun adik gila. Kalau macam diorang berat2 nak jawab tu..baik carilah lelaki lain.


  •  Tanya orang yang kenal lelaki korang tengah berkawan tu macammana perangai dia tapi jangan sampai diorang tau. Maybe korang boleh tanya jiran sebelah rumah lelaki tu atau cikgu sekolah rendah dia..


  •  Lelaki terbaik paling bagus dan perfect adalah lelaki yang faham agamanya dan mengaplikasikan ajaran agama dalam kehidupan dia. Maknanya walau pun dia miskin ke, tak pandai ke, tak hensem ke tapi selagi dia amalkan ajaran agamanya, dia pasti akan jaga isterinya. Sebab menjaga pasangan termasuk dalam perkara yang ditekankan dalam agama. So automatik dia akan jaga isterinya :)


  •  Buat checklist habit diorang yang korang tak boleh nak tahan, contohnya dia suka dengar radio kuat2 dalam kereta sambil shuffle sampai bergegar kereta..tulis banyak mana perangai mereka yang korang tak suka tu dan tanya diri sendiri 'boleh tak korang hidup dengan lelaki perangai macam tu seumur hidup?'. Kalau boleh, proceed je.


  •  Macammana nak tau si dia yang terbaik? Lelaki itu datang ke rumah dengan mak ayah, tu maksudnya mereka ikhlas dan serius nak kahwin dengan anda. Macammana anda nak pilih yang mana terbaik? Tanya Allah, dia Maha Mengetahui..istikharahlah. Walaupun kadang2 jawapan tak datang direct lepas istikharah tapi paling kurang Allah tahu anda dah tanya dia dan Allah pasti kasi yang terbaik.

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. I read all that u write.
    Mmg betul i agreed.
    Satu pun dari yg u mention xblh dikecualikan..Saya dah terkena yg no.7
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. I pun dah terkena, itu yg keluar entry tajuk ni..semua based on my experience..thanks sudi singgah

      Padam
    2. Owh. Same...
      Ape nak buat kan? Terima jelah.

      Padam
  2. Jom..
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/05/kuiz-medical-1-by-dr-shikin.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak html kod utk copy banner boleh? Still new ber blog ni, bnyk benda i xtau lg..huhu ;)

      Padam
    2. Maybe ni blh tolong..
      http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/05/cara-letak-banner-backlinkkan-ke-blog.html
      Kalau x berjaya.. Inform ea..

      Padam
  3. Noted... Good point... Nk try cuba laa.. Pray for my luck n success yew... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gudluck fifie..
      Semoga bertemu jodoh dgn lelaki yg baek, penyayang, beriman etc..ameen..

      Padam
  4. betul semua kat atas tu...

    tambah satu lagi yek, sentiasa berdoa kpd Tuhan supaya dianugerahkan seorg suami yg baik, penyayang dan beriman..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Opss...
      Tertinggal yg paling penting, thanks Nani :)

      Padam
  5. semua ni good ! cikyan masih tak berani nk buat mcm yg pertama tu...jenis setia, kalo satu je bkawan, satu jela..tp at last kne tinggal jugak...sadis betul kisah cinta hakuuuu...sabar jela..hahaha... mgkin lepas ni kene luaskan lagi pergaulan tu kan...thanks tau !

    BalasPadam